expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 19, 2012

Minat modelling tapi...., sampai bila anda nak jadi macam ini??

Salam... Em ramai betul pendapat dan macam-macam soalan tentang modelling yang saya terima. Sampai satu tahap saya fikir, Ya Allah nape gadis dan wanita Melayu ni suka fikir negatif? (Bukan semua la)

Boleh ke saya jadi model? Saya ni pendek la tak sesuai.. Saya ni tak cantik.. Saya tak layak lah jadi model.. Alamak jauhlah, susah nak pergi takde transport. Saya minat jadi model tapi...... 

Emm saya sendiri pun mengeluh bila mendengar pendapat-pendapat sebegitu.. -___- Anda tahu tak everybody diciptakan dengan bakat dan kebolehan tersendiri? Cuma kita je yang nak atau taknak mencuba dan mengasah bakat dan kebolehan itu! Sebab?? Kurang keyakinan, tak mampu, takde masa, kekurangan yang ada pada diri, tak tahu camne nak mencuba, dah cuba tapi tak berjaya, takde wang ringgit, jauh dari tempat tinggal dan 1001 macam sebab dan alasan lagi. Anda tau tak, saya juga macam anda. Pernah merasa semua perasaan-perasaan negatif tu. Sampai satu tahap, eii siapalah aku nak menjadi model? Boleh ke aku catwalk ni? Nak posing depan kamera pun kaku macam tiang gol. Dan yang paling ketara adalah sifat malu plus takut! 

Adoyai.. Please lah adik-adik, kakak-kakak.. Yang lelaki pun sama. Kenapa mesti ada TAPI dalam setiap apa yang anda teringin nak buat? Nape tak berusaha?? Nak duduk di zon selesa? Takut susah? Nak senang-senang terus? Camtu..? Em fikir-fikirkanlah..:)

Soal anda layak atau tak layak, semua orang layak. Jadi model tiada kelayakan tertentu macam anda nak apply kerja kerajaan mahupun swasta. Yang penting adalah confident dan tak cepat mengalah!=) 

Bila anda asyik fikir negatif lepas tu luahkan pula benda tu pada orang lain, secara langsung bukan anda je yang down dan stress, cas-cas negatif meresap masuk plak kat orang lain. Anda belum cuba atau mungkin TAKNAK LANGSUNG mencuba, adalah kerugian yang amat besar sekali. Jiwa anda minat dan teringin tapi minda anda menghalang fizikal anda melakukannya. Jadi model memang senang tapi bukan terus-terus jadi hebat. Itu sebablah penting pergi kelas/training/kursus/seminar/bengkel dan sebagainya. Ilmu takde camne nak buat kan? 

Anything saya share dalam ni about my modelling career adalah untuk sama-sama mengajak rakan-rakan wanita dan gadis di luar sana yang selama ni hanya tengok dari jauh orang bermodelling but now anda pun boleh mencubanya! Anda sanggup seksa jiwa dan raga anda dengan tidak membenarkan diri anda melepaskan diri dari belenggu negatif tu. Tak kasihan ke? 


Saya sendiri bermula dengan zero a.k.a 0. But Alhamdulillah saya beranikan diri terus mencuba, dan kalau anda nak tahu saya telah invest ribuan ringgit untuk capai tahap sekarang. Itulah perngorbanannya. Tak pernah complaint pun duit banyak habis, tempat shoot jauh, penat dan sebagainya. Tiada benda mudah dalam dunia ni. Pernah shoot sampai jauh-jauh tanpa diberikan apa-apa bayaran semata-mata nak tambah portfolio! Stay berjam-jam untuk catwalk dan photoshoot. Kalah dalam macam-macam contest sampai menangis. Dikritik oleh otai-otai. Dan segala macam benda saya dah lalui. Tapi saya rasa masih jauh lagi perjalanan saya. Anda camne? Mencuba atau tak? Tepuk dada tanya kata hati anda.

Berikut adalah petikan kata-kata motivator Hisham Salleh (Personaliti TV/Pengacara RTM/Motivator) yang anda patut pegang:

Ramai mahu menjadi model. Tapi berapa ramai yang benar-benar mahu menjadi model? Ia dua perkara yang berbeza, MAHU DAN BENAR-BENAR MAHU. 


Menjadi model pasti menjadi impian.. tetapi berapa ramai yang tabah melalui cabarannya? Dan berapa ramai yang benar mahu mendalami ilmunya? Dan berapa ramai yang membuat pelaburan untuk merealisasikannya? Hanya yang melalui antara 3 perkara ini akan bergelar sebagai model. Tiada apa yang mudah, melainkan rezeki dan tuah. 

Topup untuk mendering yang tersayang, mampu di beli setiap hari, makan mahu kfc, pizza hut, starbucks, baju mahu yang berjenama, kasut mahu yang terbaik, perfume mahu yang original, jam perlu yang berjenama, tapi bila bercerita mengenai pelaburan untuk ilmu memantapkan diri, seringgit akan di persoalkan. 

Jika inilah sifatnya, jangan persoal bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya. Kerana seorang yang profesional, beribu telah di laburkan, penat lelah usah di kira, dan itulah yang menjadikannya seorang yang bernilai dan profesional.

Anda punya pilihan sendiri, mahu mencapai impian dengan ilmu atau mahu mencapai impian dengan belas kasihan.

Perkongsian ikhlas kerana saya melaluinya :) 




Wat sesiapa yang berminat dalam bidang modelling especially bertudung/berhijab, saya menyeru anda untuk pergilah belajar dahulu. Laburkan sedikit wang untuk belajar tentang penampilan dan keyakinan diri. Sampai bila anda hanya nak tengok dan terus-terusan berfikiran macam kat atas tu? ;) Yang tak pandai catwalk akan diajarkan catwalk. Yang kaku dan keras depan kamera, akan diajar cara berposing ikut kemampuan anda. Yang tak cantik, akan ajar anda camne nak jadi cantik. Yang tak terpilih untuk catwalk/ menang dalam contest/competition, adakah itu yang lebih penting? Sebagai model/talent profesional, terpilih atau tak terpilih bukan perkara utama, yang penting mencuba dan anda telah mengkreditkan satu lagi pengalaman dalam portfolio anda. Kalau 100 orang join bukan kesemua 100 tu akan menang/terpilih. Belum cuba, awal-awal dah letakkan diri di tempat paling bawah. Jangan sesekali begitu okeys...;) 


Misya : Maaf if terkasar bahasa.

7 comments :

CikNana said... Reply To This Comment

wah..bagus nie tau..:)

Sue-Rya Qistina said... Reply To This Comment

bagus ni sis. saya benar2 berminat. nnt saya email details ok :)

Aimi Syahirah said... Reply To This Comment

@CikNana jom nana join us!=)

Aimi Syahirah said... Reply To This Comment

@Sue-Rya Qistina Good girl..! Semangat macam ni yg saya nak. Cuba dulu k.=)

Wilson Khor Woo Han said... Reply To This Comment

Everyone is made beautiful and unique in our own special ways.

Even though modelling is not really my forte, there is one thing that I really agree with you, Cik Misya:

If you really want to do it, get it done. Starting off with nothing is not an excuse for not trying. Almost everyone starts off with nothing anyway.

Even when I started writing poetry back in high school, I started from scratch as well. :p

Be it modelling, dancing, drawing... or even writing, whatever passion you have for your talents, it would only be a waste if you do nothing about it.

You want it? Really really want it?

Then get moving.

Your choice. Your gain. ;)



Wilson Khor W.H. @ Seymour Nightweaver

nurul nabila said... Reply To This Comment

Kak.. sy tringin nak jadi model. tp ktinggian sy xcukup..ktinggian sy cuma 153 cm je.. akak rsa sy dtrima x untk jd model

Dewy Wiez said... Reply To This Comment

Ketinggian sy 156 , ketinggian nak jdi model brpa ek ? Then start umur 18 dah blh ke ? Xpun bwah 18 ? Bagi respon k :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...