Rimas dengan entri 18SX!!

Salam.. Erm sejak kebelakangan ni saya tengok ramai blogger especially dari kalangan lelaki update entri tentang isu-isu 18SX! Takde benda lain ke nak dikongsi?? Apa tujuannya? Sah-sah korang nak melariskan entri plus menaikkan traffic. Kannnn...??

Serius bila open je dashboard terpampang entri-entri 18sx, rasa macam nak lempang je blogger tuh! Dengan harapan entri tu dibaca oleh semua followernya kot. Owh come on la, banyak benda lagi boleh diupdate. Bukan nak salahkan kaum lelaki semata-mata. Kekadang yang gugurl ni pun ada juga! Tambahan lagi yang dah berumah-tangga. Motif nak story hal dalam kelambu? Datang bulan pun nak bagitahu ke?? Tips-tips nak wat benda alah tu, apa tujuannya? Bukan kah itu mengaibkan? Simpanlah sikit rasa malu mu wahai kaum Hawa.. ;)

Saya puji abang Ben Ashaari, walaupun seorang lelaki, takde pula dia update benda-benda tak senonoh.  Follower beribu-riban juga. Tak kisahlah if hari-hari dia nak story about his son, tapi at least kita sebagai follower a.k.a pembaca tak sakit mata tengok entri-entri berbaur lucah ni. Rasa macam gangguan seksual pun ada. Cukup-cukuplah kat TV, filem, majalah, paper, kita dihidangkan benda-benda camtu. No need to use that 'thing' untuk melariskan blog anda. 

Ni tak, pasal sex-toy pun nak diupdate! For what? Menggalakkan orang buat benda tak senonoh? Please la kawan-kawan blogger kat luar sana. Pembaca kita kadang-kadang bukannya sekepala ngan kita. Ada tu kategori bawah umur lagi. Bila nengok benda-benda gitu, sedikit sebanyak mempengaruhi dorang. Dah tu, benda tu tersebar.. Tak memasal dia dan si penulis dapat dosa free. Nak ke? Cubalah update entri berilmiah skit. Tak semestinya kena jadi Ustaz/Ustazah but at least jadilah seorang blogger yang punya rasa tanggungjawab mendidik masyarakat dalam pembangunan minda yang sihat dan positif melalui pembacaan blog. Faham?

Minta maaflah, sekali dua ok lagi anda update entri-entri camtu. Masuk berkali-kali, sorrylah, i have to unfollow you.. Lepa ni akan lebih berhati-hati follow blog orang. Tersalah langkah, 'cuci mata' lah gamaknya! Huhu. Saya ni takdelah alim tapi at least takdelah terlalu jahil. Understand? Harap difahami..:)



Cik Misya : Luah masalah peribadi kepada Allah s.w.t lebih afdhal.

Comments

  1. Betul lah cik misya..saya sokong. tak sangka ada blogger macam tu.

    ReplyDelete
  2. nak kejar trafik punya pasal.
    macam tulah.

    try baca entry saya yang ni.

    http://www.syazwancdm.blogspot.com/2012/10/beli-coli.html

    tak lucah kan?

    ReplyDelete
  3. @Syazwan Che Deraman Minda yang sihat & produktif akan mempunyai banyak kaedah dan cara untuk menaiktaraf/meningkatkan sesuatu. So fikir-fikirkan..=) Mungkin gunakan tajuk yang lebih sesuai dan sopan. We're Malaysian, penuh adab dan kesopanan.=)

    ReplyDelete
  4. Kalau 18sx nie kemungkinan besar ramai yang dapat search di google. Traffic pun tinggi.

    ReplyDelete
  5. I notice jugak darl... bley nampak jugak entry-entry berbaur 18SX dan entry-entry yang cerita pasal hal dalam kelambu... Dah semakin banyak kowt?

    Ermm...maybe dah ketandusan idea sangat kowt? And it's true jugak...maybe because of nak naikkan traffic... Hu hu hu...

    ReplyDelete
  6. kata hati kita sama lah.

    malu nak baca. yang tukang tulis tu takde rasa pa pe ke?

    ReplyDelete
  7. hehe dorg alang-alang nak buat entri camtu baik buat blog download cerita 18sx terus....lagi trafik kaw2 boleh dapat...audience international lagi...huhu...

    ReplyDelete
  8. Aku stuju. mdah bagai musim pulak. Heran betul la dorang ni.. nak kejar traffik la tu.

    ReplyDelete
  9. entri 18sx cara blogger paling malas nak dpt glamour..senang org baca..tapi blog mcm tu selalu jadi perhatian...serius sampah!

    ReplyDelete
  10. salah satu medium yang membawa kepada gejala sosial ialah internet.
    saya harap, penulis blog berfikir elok-elok dulu sebelum menulis..
    tak semua orang pandai berfikir sebagaimana yang si penulis inginkan..=)

    ReplyDelete
  11. Nak tarik trafik punya pasal, sampai sanggup keluarkan isu sebegitu. Memang tak patut. Sepatutnya kita jaga sensitiviti orang lain juga.

    ReplyDelete
  12. Setuju 100% dengan Cik Misya :-)

    ReplyDelete
  13. salam kenal, dari bloglist KA, done follow.. hit me back ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts