expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 12, 2012

Saya dah terbang dengan JET, anda bila lagi?

Salam semua...=) Today nak share dengan uols about one course yang saya sertai baru-baru ini. Apa yang paling best, melalui course yang saya join ni, saya dapat tambah ilmu tentang sesuatu yang di luar kotak pemikiran saya selama ini. (wah over!) hehe tapi memang betul. Jangan tak percaya, saya berpeluang menaiki JET ok!;) And syukur Alhamdulillah saya pulang dengan minda dan hati yang penuh dengan ilmu untuk dipraktikkan serta tangan tidak kosong. Apakah itu? Jom view!

Inilah kami!=) Yes, kursus pengacaraan 'Jadilah Emcee Terbaik' (JET) by Hisham Salleh.. Kenal tal sape HS ni? Haa mesti jarang tengok TV1 kan? Huhu.. He is one of pengacara rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM). Merangkap CEO Akademi Empayar Siti Murni (his wife). Saya belajar kelas modelling/catwalk/photoshoot dengan beliau dan Siti Murni. Actually saya ada khabar-khabar kan pada anda semua tentang kursus ni di SINI. InsyaAllah akan ada beberapa sesi lagi dalam tahun ni if anda berminat nak join.





Atas ni semua gambar-gambar semasa sesi kursus berjalan. Mesti uols tertanya-tanya apa yang best sangat pasal kursus ni kan? Then mesti uols fikir, penting ke untuk uols join kursus ni? Apa faedahnya? Huhu.. Belum kenal belum tahu. Dah kenal, tergila-gila! Ecehhh! Huhu.. Haa kursus macam ni la penting untuk anda kat luar sana yang langsung takde keyakinan dalam diri nak bercakap depan orang ramai. Bukan takat nak jadi emcee/pengacara majlis sahaja but masa nak wat presentation paper work/tesis, nak interview kerja, nak buat announcement, nak handle mesyuarat/majlis besar, nak deal dengan orang ramai, hah inilah benefitnya! 

Walaupun saya lebih dekat dengan dunia modelling but tak salah if saya belajar ilmu-ilmu lain yang berkaitan. Dari situ bakat dan kebolehan kita berkembang dan tak mustahil anda boleh jadi seorang yang versatil. Ingat senang ke nak jadi emcee? Fuh, banyak persediaan rupa-rupanya! So kalau nak tahu, susah senang nak jadi emcee tu, apa salahnya anda luangkan masa sehari dengan Personaliti TV Hisham Salleh nih. Serius anda takkan mengantuk walau sesaat pun semasa kelas berlangsung!


Wajah saya semasa kursus. Excited dengar ilmu baru! Bukan setakat mendengar, malah mencuba jadi emcee ala-ala real event! Siap praktis vokal melalui latihan menyanyi okeys.. [suara saya tak sedap] Bajet nyanyi lagu Jacklyn Victor, Gemilang. Habis merah muka menahan malu!;p


Cafe di Palm Garden IOI Resort.. Our lunch was here.. Sorry tak sempat tangkap gambar makanan. tahu-tahu dah habis. Hehe. But makanan kat sini memang sangat banyak dengan pelbagai pilihan. Tapi sayang, perut saya kecil, tak dapat nak rasa semua. Heh.

Mineral water.. Cett ini pun nak tangkap gambar.;p

Akhirnya...!! Saya dah jadi emcee! Wah giteww..;p InsyaAllah segala ilmu yang diberikan oleh HS akan dimanfaatkan sebaik-baiknya. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Jauh lagi perjalanan. So far pengalaman mengacarakan majlis agak sedikit banding rakan-rakan peserta yang lain. Saya pernah jadi emcee zaman study dulu. wedding saudara-mara dan function kecil-kecil di office. 

 This is us! Seronok dapat kenal rakan-rakan dari various latar belakang. Yang datang dari Sarawak pun ada tau! DJ Radio pun ada! Abang Polis pun ada okeys! ;)
 

Dan.... yang paling saya tak sangka, saya terpilih as Peserta Harapan Wanita Terbaik untuk JET kali ini! Terkejut mak! Hehe. Tq to HS for choosing me. I thought somebody yang lebih menyerlah. Saya cuma menyerlah part menyanyi tu je! Hehe..


Inilah hasil dalam paper bag Peserta Harapan Wanita Terbaik tu.. hehe.. Yang paling best JET kali ni, HS hadiahkan setiap orang poster mini bertandatangan beliau serta kata-kata dorongan + semangat edisi terhad okeys!



We are graduated!=) 


So, untuk uols yang berminat nak terjun dalam dunia pengacaraan atau nak tambah ilmu camne nak jadi emcee, tak kisahlah event besar atau kecil, apa salahnya invest sedikit tambah ilmu di dada. Jangan sombong/kedekut dalam mencari ilmu sebab ilmu itu yang akan menentukan jatuh bangunnya anda tak kira dalam apa jua bidang.=) Boleh juga invite HS datang ke tempat anda conduct the training. Yuran yang dikenakan sangat berpatutan compare dengan kursus-kursus lebih kurang sama yang dikendalikan oleh personaliti TV/Artis. Niat HS cuma satu, Jadilah Emcee Terbaik!=)




Cik Misya : Dah lama tak naik flight.

4 comments :

luqman zakaria said... Reply To This Comment

ingatkan naek jet di udara,,,upernyer lain..tapi macam best jer joined course nih!

vidalsisah said... Reply To This Comment

Waaaa... pasneh boleh jadi pengacara tv la ya. chaiyok dek misya.

CikNana said... Reply To This Comment

eh..tahniah2..teddy bear tu pun hdh jua ke?he

F.A.R.A.H.W.A.H.E.D.A said... Reply To This Comment

heeee.... ^_^... ingatkan naik jet terbang ke mana-mana tadi... rupanya course ... tapi cam menarik jer course tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...