Tersalah blogwalking ke blog lucah! Cett!

Salam. Astagfirullazim..! Tengah-tengah blogwalking sambil tinggalkan jejak di ruangan komen blog, tak terperasan salah satu blog yang saya singgah tu blog yang tak senonoh! Yang dikategorikan sebagai blog lucah!! MasyaAllah mengucap panjang saya... 

Tengok pemiliknya, macam lelaki Melayu. Tapi memang Melayu pun saya rasa. Bile tengok profilnya, lagi panjang istigfar saya..! 

Bukanlah nak mengaibkan but entahlah. Walaupun dia bagi warning blog dia memang untuk orang dewasa sahaja tapi tak mungkin orang takkan click. Dah plak tu kadang-kadang dia selalu gak blogwalking (nampak kat dalam chatbox kengkawan). So apa tujuannya kalau dia wat blog tu? Hmm ntahla.. saya tak berani nak komen sangat. Saya tengok yang pompuan pun suka gak sampai jadi follower lagi blog dia. Allah hai..

So far dia takdelah tinggalkan komen-komen berbaur lucah (rasanya la) kat mana-mana blog. Tapi kalau lama-lama dibiarkan tanpa kita sedari kita plak jadi mangsa kegilaan seksual nya tu. Karang bagi link, macam saya nak promote plak blog dia. Lagi ramai plak karang yang nak terjah! 

Yela sebelum ni saya pernah share satu story about 18sx ni dalam entri INI. Mana taknya, blogger yang konon-konon femes suka benar update entri berunsurkan kelucahan. Benda tu kekadang tak perlu dimasukkan pun. Yela, sebagai blogger, at least tak dapat berdakwah macam ustaz pun kita cubalah sampaikan benda-benda yang baik-baik. Saya sendiri dalam tempoh 2 bulan ni Alhamdulillah capai gak 1k follower. Syukur.. Takde pun nak melucah tak tentu pasal dalam blog untuk tarik traffic atau follower. Em takpela maybe tuan punya blog fikir lain. Cuma impact nya akan datang kepada pembaca-pembaca mahupun bakal pembaca yang mungkin cetek akalnya, dok ketagih hadap benda-benda gitu. Tak turun kat orang lain takut turun kat ahli keluarga sendiri. Wallahualam.. Pape pun hati-hati la k..


Cik Misya : Perbanyakkan melihat alam semulajadi ciptaan s.w.t yang sememangnya indah tiada tandingan.


Comments

  1. Lagi??ishh..tak suka lah. Bukan apa meracun fikiran dan hati je.

    ReplyDelete
  2. hihi...biar jadi pengajaran kpd blogger2 pompuan kalau nak follow at least baca la entri2 blog dulu...ada jugak kes pakai software sampaikan msg berserta link blog dorg boleh tersalah parking kat chatbox 18sx...mcm mana aku tahu? haha...ada la...

    ReplyDelete
  3. ish2 . . depa nie xde kerja kerja ker, . .mcm2 lah sekrang.

    ReplyDelete
  4. err..xda benda lain ke selain lucah2??byk lg boleh bt dlm blog ni...aishhh..
    duniaa duniaa..

    ReplyDelete
  5. ish..ish...tak da keja nak buat la tuh

    ReplyDelete
  6. ishhhh takut la ntah pape nak wat blog pun tak yah la yang lucah2 aduahi cam psycho je he he

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts