expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 7, 2012

Dapat tawaran daripada TV Alhijrah??

Salam.. Huhu semalam saya dapat panggilan daripada TV Alhijrah! Ahaks.. Ada tawaran menarik ke?;)) Jeng-jeng-jeng.. Terkejut jugalah sebab tak pernah-pernah orang TV call saya directly. Guna nombor phone office plak tuh! Berdebar juglah masa pemanggil tu perkenalkan dia dari channel tersebut. Mahu tak melompat! hehe but still cover lagi. Kat office kot takkan nak terkinja-kinja tak tentu pasal. Nak je cakap, ya saya seorang model! Nak offer saya job ke? (Hihi kalau tak tahu malu la!)Yela mana lah tahu dapat offer modelling job kat TV famous ni ke kan.. Ngee.. (hati berbunga-bunga lah kononnya!) ^_________________^


Then, saya pun dengarlah apa sebenarnya wanita di sebalik gagang telefon mahukan daripada saya. Cite punya cite, rupa-rupanya.... bukan dia mahu offer saya modelling job tapi just nak tanya cara nak sebut satu perkataan saintifik! Hikhikhik.. Sebabnya dia nakkan kesahihan sebutan perkataan tu takut pengacara yang akan mengendalikan sebuah rancangan tu tersalah sebut mahu kena saman! Adoyai, lain ditunggu lain pula yang tiba. Yela, sape lah saya ni kan nak diundang secara personal untuk rancangan TV. Jauh sekali lah nak jadi model TV. Ngee... 

Nak tahu apa perkataan yang ditanya tu? Sejenis organic compund yang boleh menyebabkan lung cancer. Nama benda alah tu ialah BENZOPYRENE. Huhu.. Cara menyebutnya bend-zo-pai-rin. Jika bergabung dengan DNA maka ia boleh merosakkan sel-sel tubuh badan lalu menyebabkan kanser. Klik gambar untuk maklumat lanjut.



Nak tergelak juga lepas habis perbualan telefon tu. Tapi takpela, at least saya dapat membantu dorang. Dah memang saya kerja Kementerian Kesihatan kan. Kenalah membantu apa yang terdaya walaupun sebenarnya ia bukan dalam bidang saya...:)



Cik Misya : Tak glamour.


17 comments :

Syida Rasyidah said... Reply To This Comment

ala, baru nk ucap congrats tadi, tak pe next time mungkin ada rezeki kan? :D

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

tq share this ye

Mira Adzlia said... Reply To This Comment

hihi..igtkn yela dorg offer jd model..adeh...xpe2..nnti mst ader rezki jugak :)

NoEn said... Reply To This Comment

hehe...

Nurmujahidah Ismail said... Reply To This Comment

adess,,,, huhu,,, insya ALLAH,, akan datang nant,, :D

khaifaiz said... Reply To This Comment

best jadi model.. terasa sy pun mcm teringin...

SURIA AMANDA said... Reply To This Comment

insyaallah ada rezki cik misya nanti kan...

Mohd Noor Shawal said... Reply To This Comment

hahahhahaha.. kelakar lah entri akak ni.. pepon..insya'allah nanti akan ada rezeki punya, ok?? dont worry.. :)

Aety Hassan said... Reply To This Comment

insya Allah.. mesti ada rezeki cik misya nanti.. ^_^

NasZ said... Reply To This Comment

La... saya ingat betul-betul jadi model kat tv al hijrah. hahaha. anyway, takpe, insya Allah suatu hari nanti tercapailah impian awak tu.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Ratu Hatiku said... Reply To This Comment

hehe..tergeliat jgklah nk nyebut tu... Xpe insya Allah ada rezki nnt :P

Herma Julianny said... Reply To This Comment

oo, ingatkan dapat tawaran tadi..
takpa, tak lama lagi dapatlah tawaran..=)
glamer juga tu..hihi..

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

haha suspen je....

\\ Izzah // said... Reply To This Comment

Opsss 'tahniah' hehehe :)
Kite tag sis :)
--> http://rahasiabelogaku.blogspot.com/2012/11/giveaway-time-end-year-giveaway-by.html

caliph shuriken said... Reply To This Comment

jgn risau laa, nanti ada laa rezki awk kt channel tu ^^

D i n said... Reply To This Comment

hahaha lawak betol la :D

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said... Reply To This Comment

Murah rezeki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...