expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 24, 2012

Istilah-istilah yang WAJIB diketahui sebelum bergelar seorang model!

Salam.. Ramai betul yang berminat nak jadi model ya? Huhu.. Alhamdulillah if minat sudah ada tapi bakat perlu diasah, dan ilmu perlu dicari. Bukan mudah nak jadi seorang model dan selagi anda belum ditawarkan sebarang job berbayar maka anda bukanlah lagi seorang model tapi hanya seorang talent. Talent ni perlu diasah bakatnya untuk terus maju dan berdaya saing sebaris dengan model-model sedia ada.:)

So, hari ni saya nak kongsi sedikit istilah-istilah yang WAJIB setiap talent/model tahu bila involve dalam bidang modelling. Jangan nanti orang tanya mana portfolio/profil? Then anda terpinga-pinga tak tahu apa ke bendanya. Susah camtu dik.:) Jom lihat kamus kat bawah ni ya..

Talent : Bakat-bakat baru dalam bidang modelling/ bidang-bidang lain.

MUA : Make-Up Artist (Jurusolek). Kalau yang senior biasanya dorang tak mahu dipanggil  sebagai MUA. Terus panggil make-up artist. Glamor gitewww...;)

Photog : Jurugambar/Photographer

Portfolio : Koleksi gambar-gambar anda pernah shoot/ fashion show/ anything yang anda buat berkaitan dengan dunia modelling. Boleh gunakan facebook/blog/ hardcopy album untuk create portfolio. (Contoh di SINI)

Profil : Maklumat diri anda beserta gambar-gambar anda sebagai model.

Compcard : Sekeping card (saiz A4) ala-ala resume untuk anda apply any kind of modelling job. (Contoh di SINI)

Casting : Interview yang dijalankan terhadap model bagi menawarkan job. So uols kenalah bawa compcard/profil/portfolio bila pergi casting ni. (Contoh di SINI)

Test-Shoot : Sesi photoshoot singkat untuk pemilihan model bagi job yang akan ditawarkan. (Contoh di SINI)

Seterusnya istilah-istilah yang perlu biasa didengar bila nak wat photoshoot. Photog akan sebut perkataan-perkataan ni untuk dapatkan shot yang dimahukan. Jadi jangan terpinga-pinga bila dengar arahan photog time photoshoot. Nanti dorang dah taknak offer dah job kat uols.. 

Close-Up (CU)  : Gambar anda dari dekat (Kepala, wajah, bahu)

Medium Close-Up (MCU) / Half-Body/ Half-Shot : Gambar anda separuh (Kepala hingga pinggang

Full-Body / Full Shot : Sepenuh badan

Extreme Close-Up : Pandangan mata atau part-part tertentu pada subjek (talent).


Untuk setiap arahan shoot kat atas ni, anda kena lah pandai-pandai menggayakan gerakan tubuh badan anda dari segi penggunaan tangan, kaki, lenggok tubuh, pinggang dan pandangan mata serta wajah. Untuk lebih mahir, rajin-rajinlah ke kelas modelling sebab anda akan diajar kaedah pose yang betul. Then, rajin-rajin join event photoshoot untuk memahirkan diri dalam teknik posing yang betul. (Contoh event di SINI)


Oopps! Lupa nak pesan, if anda sorang model berhijab, elakkan pose yang tidak sesuai seperti mengangkang, baring, meniarap atau pose-pose yang hanya sesuai untuk talent free-hair. Jaga etika anda sebagai model bertudung okeys.. Tu sahaja tips kali ni. Nanti saya share lagi ok!=)


Cik Misya : Belajar dari pengalaman.

6 comments :

piko ija said... Reply To This Comment

nk jadi model jgk la....hehe

fatin amalina husna said... Reply To This Comment

wahh..tips yg bagus kak..=)

eimah siti said... Reply To This Comment

wahhhh...ada jugak ye istilah2 utk jd model ni...huhu

fifie said... Reply To This Comment

Bagus tips nie, tapi fie tak minat lah nak jadi model. hehe

ash said... Reply To This Comment

wahh baru tahu istilah2 ni.. hehe unik

Ms Qiya Saad said... Reply To This Comment

Baru tau..sebelum jadi model kena jadi talent dulu..dan banyak juga istilah baru kena belajar..hihi..thanx tau for this info..sangat berguna untuk saya yang minat sangat2 bidang modelling ni..cuma tak tau macam mana nak mula..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...