Kempunan nak makan pulut kuning cicah sambal!

Salam.. Erm pagi semalam murah rezeki saya sebab ada orang bagi pulut kuning bercicahkan sambal tumis. Bcos tuan yang memberinya dapat jawatan tetap setelah beberapa tahun kerja sebagai pegawai sambilan. Uish terliur kot menengoknya! Dah lama tak makan pulut kuning. Plus still panas lagi pulut tu. Segar! Yummy..!


Tapi sayangnya, tetiba bos call. 'Misya, you need to go to PICC now! Ada meeting with MAMPU!' Haiyaaa... Rasa malas datang bertimpa-timpa. Kerja lain banyak lagi perlu diselesaikan. Benda-benda adhoc gini la yang wat saya lemah semangat. huhu. Plus belum sempat nak menjamah secubit pun pulut kuning ni. Terliur dibuatnya tapi takdelah sampai meleleh-leleh. Hahaha..:p Tapi apakan daya, saya menurut perintah sajalah. Sebab memang meeting tu melibatkan saya sebagai wakil tunggal Unit yang saya lead. So dengan sedihnya terpaksa meninggalkan pulut kuning yang sedap ni kat kawan-kawan yang lain. Yela, takkan nak bawa plak ke PICC kan. Sebab dengar khabarnya makanan kat sana lagi sodap! hehe..;)

Sempat snap on the way to PICC. Luckily ada officemate jadi peneman sebab dia pun kebetulan dapat arahan yang sama. 

Sampai-sampai sana terus meeting then lunch. Yippy! Kekecewaan terubat bila melihat makanan yang super menarik untuk diratah! hehe.. Itulah rezeki.. Alhamdulillah. Kira tak rugi lah melepaskan pulut kuning tapi dapat makanan yang lagi sedap. hehe..


 Our lunch.. Sangat sedap! Berbaloi-baloi. PICC kot! Memang pape event di PICC, katerer yang dipilih sangat berkualiti dan yang paling penting bersih + selamat dimakan.

Minum petang... Bihun perisa tomyam. Siap ada chicken wing! Roti rolls tu plak saya tahu katerer ni beli dari mana. Sebab dulu saya pernah praktikal kat kilang wat roti tu.. Memang kenal sangat ler.. Ngehehe..


Thus, kesimpulannya jangan lawan cakap bos sebab ada kebaikan apa yang terselit di situ. Wah! Apakah statement ini? Heh tapi betul lah kot. Hihi..^^


Cik Misya : Sedekah pulut kuning selepas khatam Quran.

Comments

  1. hehe..dapat makanan lagi sedap..tapi bila sebut pulut kuning saya pun rasa macam nak makan pulut kuning cicah sambal lah..sedapnya.

    ReplyDelete
  2. wah!nmpk sedap laa pulut kuning tu..

    ReplyDelete
  3. selalu dpt mkn pulut kuning dgn kari je..hehe..

    wahh..rezeki x kira di mana kan kak..=D

    ReplyDelete
  4. arghhh terliur jugak tengok pulut tu. dicicah rendang bestt

    ReplyDelete
  5. Sedapnye mihun tu.. sya ska mkn mihun.. hehe

    ReplyDelete
  6. pulut kuning kalau makan dengan kari kambing syok tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts