expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 12, 2012

Kerana saya, seorang budak lelaki yang takut nak berkhatan, now dah berani nak berkhatan!!

Salam.. Musim cuti sekolah ni kan for sure adik-adik kat luar tu dah planning memacam kan? Ada gak yang parent memasing dah plan nak wat pe untuk anak memasing. Huhu seronok kan? Tapi ada part yang mungkin tak seronok especially wat kanak-kanak lelaki bila tiba musim cuti sekolah. Ahaks.. Apakah itu? Nape perempuan tak terlibat? Hihi. Geli hati pulak bila terfikir. Bukan lah nak fikir tak senonoh tapi yela one day nanti saya pun bakal ada anak lelaki.

Nak tahu apa sebabnya? Sebabnya, bila cuti sekolah je, adik-adik lelaki kebanyakannya akan bersunat a.k.a berkhatan! Ahaks.. Ada kisah menarik yang saya nak kongsikan kan sini. Tak memasal saya jadi inspirasi wat seorang pelajar lelaki (umur 14 tahun kalau tak silap) untuk bersunat! Haha.. Dengar macam kelakar tapi memang itu yang terjadi! 

Asalnya, saya terbaca satu post dari sorang budak lelaki ni kat facebook. Dia punyalah takut nak sunat! Hihihi.. Ingatkan takde lagi budak sekarang takut sunat walaupun semua guna peralatan berteknologi tinggi. Kira takde dah guna batang pisang then panggil tok mudim tuh. 


Saya saja je try psiko-psiko adik ni. Dia kelihatan sangat takut nak bersunat. Sedangkan umurnya dah menginjak ke alam dewasa. huhu. Rupa-rupanya dia ditakutkan oleh abang dan sepupu-sepapatnya. Mana lah budak ni tak takut! Compare dengan adik lelaki dan cousins lelaki saya semuanya berani nak bersunat. Yang umur 5 tahun sunat pun ada tau! ;)

Lama-lama malas dah nak nasihatkan budak ni sebab ibarat mencurah air ke daun keladi. Huhu. Takpela, yang penting saya dah berusaha. Then terbacalah komen-komen lain yang sound dia supaya bersunat. Yang bagi motivasi pun ada. Bila sunat orang ramai datang jenguk pastu dapat hadiah dan duit. Huhu pandai budak sorang tu psiko.

Dan at last............! Kakaknya message saya...! Akhirnya adiknya tu nak bersunat!!


Hihi.. Kelakar pun ada saya rasa. Yela, saya rasa memang adiknya ni takkan sunat sampai bila-bila. Agaknya berkat doa semua orang termasuk family dia. maka terbuka hati adik ni nak bersunat. InsyaAllah cuti Awal Muharam, Khamis ni adik ni akan bersunat. Yeay!! Huhu.. Selamat menempuh alam lelaki sejati. Eceh..! Ahaha.. ;p Sampai mak dia ucap thanks dan berkirim salam pada saya! Huhu saya hanya bantu yang boleh makcik. Alhamdulillah...=)

So wat adik-adik lelaki kat luar sana yang masih lum sunat tu, tak perlulah takut. Jangan percaya cakap orang kata sakitlah, apa la.. Malu tau kalau umur awak dah besar tapi tak sunat lagi. huhu. Selamat bercuti!=)


Cik Misya : Anak lelaki, mudah dijaga tapi sukar dididik.

3 comments :

Mimie Najib said... Reply To This Comment

so funny!..takut ye..dah 14tahun kira lmbat la dik ooii nak sunat..hehehe
alhmdulillah..akhirnya lembut hati.. :)

D i n said... Reply To This Comment

haha besa la tu kawan2 takutkan die la tu sampai takut :D

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

ya Allah dah 14 tahun tu...lagi besar lagi seksa dalam proses pemulihan nanti...maklumlah byk dugaan...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...