expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 12, 2012

Menanti detik perubahan hidup di Maal Hijrah 1434H

Salam.. Alhamdulillah tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru! Oh maaf ya, bukan tahun baru kalendar Masihi tu tapi kalendar Islam.. Maal Hijrah yang ke 1434H. Atau biasanya disebut sebagai Awal Muharram, permulaan baru kalendar Islam... 


Bersempena segmen anjuran blogger yang tidak asing lagi dalam dunia blogging iaitu Hasrul Hassan, saya sebagai salah seorang umat Islam yang masih diberikan nafas oleh Allah s.w.t. ingin mengambil kesempatan membuat azam baru untuk tahun baru 1434H yang bakal menjelma tidak lama lama lagi. 

InsyaAllah tahun hadapan saya bakal bergelar seorang isteri buat Incik Tunang yang tercinta. Saya harap dapat menjadi seorang isteri yang terbaik dan solehah buat bakal suami saya. Saya juga mengharapkan rakan-rakan di luar sana mendoakan yang terbaik untuk kami. InsyaAllah kalian akan diundang ke majlis bermakna tersebut. (Maybe after Syawal tahun 2013).


Sebagai insan biasa, seharusnya kita sering membuat kesilapan dalam hidup. Untuk tahun baru ni, saya berazam akan menjadi manusia yang lebih berhati-hati. Tak mahu lagi jadi seorang yang mudah terpedaya dengan kata-kata manis orang lain. Saya selalu je kena marah dengan incik tunang sebab suka wat sesuatu tanpa fikir sedalam-dalamnya. Now, Alhamdulillah memang betul kata-katanya dan saya sentiasa percaya jika niat kita baik, sentiasa ingat Allah s.w.t, InsyaAllah semua perkara kita buat pasti dipermudahkan. Amin..:)


Jadi, sesiapa nak join segmen menarik ni, boleh klik banner Hasrul Hassan di atas atau klik SINI untuk penyertaan.


Cik Misya : Berdebar menanti hari bersejarah itu.

1 comment :

hasrul hassan said... Reply To This Comment

Moga impian menjadi isteri solehah bakal menjadi kenyataan, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...