expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 16, 2012

Orang Malaysia memang kaki lantak! Huhu..

Salam semua. Huhu sedeynya hari ni lunch macam tak lunch. Huhu. Gi turun kat cafe, sume dah clear! Dok pusing-pusing kat Anjung pun sama licin lauk-pauk! Nak order goreng-goreng, err lambatlah plak rasa. Berapa ramai lagi dok beratur menunggu order memasing.

Hasilnya, sebiji cheese tart dan 10 biji kaya balls je jadi santapan tengahari saya. Huhu. Dah macam orang diet plak ye. Takpela, rezeki juga ni. Beli dua benda alah nibje dah RM6 lebih. Putrajaya, nothing is cheap!

Kesimpulannya, orang Malaysia ni memang kuat makan! Pantang saya lewat ke cafe skit, takpun gi la mana-mana kenduri, majlis bagai, for sure kaki lantak menunjukkan taring. Yang paling saya geram, dah amik bebanyak, pastu tak habis!! Uish memang wat saya marah. Dats why kalau orang cakap kat saya, nak diet la, nak kurus la apela, saya malas nak dengar. Hakikatnya bila tiba time 'makan-makan' besar, tengokla sape yang bukan main laju ke hadapan.;-) Tak payah tunggu majlis, hari biasa-biasa pun lebih kurang. Pastu duk complaint, dah gemukla, berat makin naik la, apela. Aiyooo tension plak kita mendengarnya! Huhu.

Next time ingat la, orang-orang yang lebih susah yang nak makan nasi sesuap pun payah. Kita pula di Malaysia terlebih makan. Bak kata filem Cinta Kolesterol, 'lemak sana sini!!' Huhu. Pape pun jaga kesihatan uols okeys.:-)

Cik Misya: Masa melancong ke Vietnam, takde sorang gemuk pun saya jumpa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...