expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 12, 2012

Pernikahan Shaireen & Saiful.. Ala-ala floria!=)

Salam.. Syukur Alhamdulillah cousin kesayangan saya iaitu Shaireen Fauzan dan hubbynya Saiful Imran selamat dinikahkan pada 10 November 2012 yang lalu. Ala-ala di taman bunga kot majlis pernikahannya. With all flowers yang menghiasi pelamin mini dan hantaran, pergh memang grandlah majlis akad nikah kakak kesayangan saya nih. Huhu. Apa-apa pun saya sangat happy sebab akhirnya Kak Shaire disatukan dengan jejaka pilihannya selepas mengharungi tempoh perkenalan yang sangat lama. Kisah pertunangan dorang pun saya pernah story kat SINI

So malam ni saya share la sedikit photo-photo kenangan yang sempat saya snap during majlis pernikahannya. Saya datang agak lewat, tak sempat snap gambar sebelum dan semasa akad nikah berlangsung. Hanya mendengar dari luar rumah melalui speaker besar tatkala lafaz nikah dituturkan oleh Tok Kadi muda dan disambut oleh Abg Im. Agak straight juga Tok Kadi ni. Siap tanya Rukun Iman semua tu, suruh baca surah-surah lazim. Perghh mahu tak ketaq lutut abg Im! Hehe. Tapi takpe, sekali lafaz je dah sah dorang jadi husband and wife. Tahniah!!^^

 Hantaran dari kedua belah pihak. 9 berbalas 7.. Mak Uda Sarah (mama Kak Shaire) yang gubah sendiri hantaran belah perempuan. Fresh flowers tau! Kelas gitewww...

Penuh bunga-bungaan! Sireh junjung is the best!! 

 Me with Kak Shaire.. Ahakss terasa diriku pendek! Kak Shaire pakai heels 7 inci kot! Hehe.. Tengok pelamin kat belakang tu, penuh bunga-bungaan kan? Macam berada di Pesta Floria!! Superb!


Both of them so sweet kan? Alhamdulillah selamat dinikahkan.. Wardrobe Kak Shaire tempah sendiri tau. Tak sewa dari mana-mana butik pengantin. Memang dia sangat kreatif dalam berfesyen. Kalah i yang model ni tau! Ngeee...

 Khemah tetamu di luar rumah. Dari jauh nampak happening sangat-sangat majlis ni. Walaupun hujan turun, tetap ramai yang hadir memeriahkan majlis. 

 Hiasan kamar tidur pengantin. masuk-masuk je terus.. Wow!! Very exclusive design! Memang berbeza la compare sebelum majlis sebab saya pernah tumpang bermalam kat sini. Hehe.. Masa tu penuh dengan barang-barang perkahwinan Kak Shaire. Now, rasa macam magic je bila bilik tidur dihias sebegini. Cayalah Kak Shaire!!=)

Gabungan warna yang sangat menarik. Putih purple.  Kontra dan penegasan di situ ya. (Ayat seni la kononnya!)

 Hantaran daripada pihak perempuan. Meriah kan? Hasil tangan Mak Uda ku sentiasa menjadi.

From lelaki.. (Rasanya ada hantaran dari perempuan termasuk dalam gambar ni. Huhu)


So, next entry nanti saya share majlis persandingan dorang plak. Lagi grand you! Huhu. Al maklumlah saya jadi pengapit. hehe. Busana yang saya pakai sebagai pengapit pernah saya story dalam INI. Tunggu entri penuh bout this wedding event ya!=)


Cik Misya : Nikah sekejap saja tapi persediaannya sangatlah merumitkan.

3 comments :

Mimie Najib said... Reply To This Comment

sweetnya pengantin.. :)

TiranaAduka said... Reply To This Comment

salam sis aimi
Nice info.

norzibeautilicioushouse said... Reply To This Comment

wah..cantiknya... indahnya pernikahan mcm dalam taman bunga.. tahniah kepada your cousin dan doakan semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...