expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 19, 2012

Petua Dilimpahkan Rezeki || Solat Sunat Dhuha

Salam semua.. Now adalah waktu paling sesuai untuk menunaikan solat sunat Dhuha. Anda pernah tunaikannya? Banyak fadhilatnya.. Dahulu saya pun kurang arif tentang solat sunat Dhuha ni but now Alhamdulillah saya harap saya terus istiqamah melakukannya..:) 


Antara fadhilatnya yang paling utama adalah dimurahkan rezeki... InsyaAllah jika displin melakukannya tak mustahil rezeki akan datang dari mana-mana arah tanpa disangka-sangka..! Solat sunat dhuha ni ibarat sumbangan kita kepada Allah s.w.t selain melakukan solat Fardhu 5 waktu.

So hari ni saya sharekan pada anda tentang kaedah ringkas untuk melakukan solat sunat Dhuha:


Rakaat : 2, 4, 6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7.00 pagi - 1.00 tengahari sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa 
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :




Sungguh syahdu doa Dhuha ni kan? Saya sangat suka membacanya!=) Dan kebiasaannya before melakukan solat Dhuha ni, saya akan lakukan solat sunat Taubat 2 rakaat terlebih dahulu, after solat Dhuha, tambahkan solat sunat Hajat.. InsyaAllah besar ganjaranNya.. Yang penting niat di hati perbetulkan dahulu, pasti dipermudahkan segalanya..=)



Cik Misya : Solat itu tiang agama.

4 comments :

Kesuma Angsana said... Reply To This Comment

very gd sharing dear tq

MisEyz BLurz said... Reply To This Comment

alhamdulillah...perkongsian yg amat baik...tkasih^_^

~didiey~ said... Reply To This Comment

betul..solat Dhuha ni sgt banyak manfaatnya :)

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

terima kasih kerana berkongsi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...