expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 21, 2012

Sukarnya isteri bila dapat suami tak supportive!!

Salam... Alhamdulillah bertemu kita di pagi Jumaat yang penuh barakah ni.. Entry ni dah lama saya draf cuma tak terpublish-publish. Huhu. Nak edit betul-betul dulu. Tengok tajuk pun dah wat para isteri dan suami 'sentap' sikit kot. Hehe. Jangan marah dulu.. Baca dulu apa yang saya nak sampaikan.:)

Walaupun saya belum berumah tangga but saya suka tengok ragam orang yang dah kahwin ni. Macam-macam hal. Ada tu sampai leh story plak hal kain dalam kat saya! Ahaks... Tapi takleh lah nak dedah kat sini. Hak peribadi masing-masing kan. Apa yang saya nak share kat sini bukan nak blaim or condem sesiapa tapi hakikatnya itu lah yang terjadi di Malaysia!

Supportive ni maksudnya memberikan sokongan, dorongan dan sebagainya.. Kira apa yang dibuat oleh orang yang disayangi tak pernah dibangkang malah memberi sokongan asalkan perkara itu baik. Tapi saya banyak lihat, contohnya isteri nak cantik, nak pasang badan untuk suami di rumah, dah semangat dah nak wat macam-macam untuk suami tersayang, then sebagai isteri kena lah minta izin dan restu suami bila nak wat sesuatu. Last-last harapan untuk jadi cantik kepada si suami musnah bila suami langsung tak supportive!

Oklah, kalau suami tak izinkan nak wat camne rite? Syurga isteri bawah tapak kaki suami. Memang wajib seorang isteri patuh pada suami. Tapi kadang-kadang suami ni tak faham atau sengaja wat-wat tak faham tentang keinginan isteri. Plus kuasa veto yang ada padanya maka apa isteri buat tak disokong walaupun benda tu baik untuk isteri. Explanation pun taknak dengar, terus kata NO! 

Maaf lah, saya memang agak anti dengan suami yang ada sikap sebegini. You kena tahu beza sporting dengan supportive. Sporting tu maksudnya isteri you wat benda salah pun you support. Tapi supportive pula asalkan benda baik dia akan sokong. Kadang tu kesian tengok kawan-kawan nak cantik, nak tukar beg buruk dah bertahun-tahun pakai pun suami tak bagi!  Isteri yang cantik, kemas, pandai jaga diri dan tubuh badan akan memberikan gambaran yang baik terhadap suami tau tak? 

Bagi saya, kalau suami yang tak supportive ni leh lagi diterima lah sebab isteri dah jadi hak milik dia. Tapi yang paling saya rasa tak leh terima, boyfriend (teman lelaki) yang takde hubungan pape tu lagi 'berkuasa' mengawal apa yang girlfriend lakukan. Nak beli itu ini semua tak boleh. Sedangkan benda tu bagus untuk masa depan! Tiba je kan orang luar yang takde kena-mengena wat keputusan untuk diri sendiri. Belum kahwin dah control macam-macam, after kahwin mahu jadi bapa singa kot semua tak boleh. Lepas tu tak pandang jauh. Fikir negatif. Tak tahu la nak kata apa..

Even saya sendiri pun, walau pun dah tunang, ada perkara yang saya kena decide sendiri. Contoh : takkan nak beli baju dalam pun nak tanya si dia kan? Kita belajar tinggi, parent tanggung, then kerja dapat duit sendiri, tiba-tiba orang lain yang baru kenal beberapa tahun pula yang kawal kita. Kebiasaan saya bila wat sesuatu akan tanya pendapat orang dulu. Lepas tu tak semestinya kita follow. Digest dan wat keputusan sendiri. Bukan ambil pendapat , cedok bulat-bulat, dan buat pendapat orang tu sebagai keputusan anda.  

Apa saya taip ni bukan nak suruh para isteri jadi derhaka pula. Huhu. Sekadar pendapat saya la.. Saya pun bakal bergelar isteri. Dari sekarang lagi saya dah buat persediaan. Jaga kesihatan dan kecantikan sebab itu anugerah terindah yang Allah s.w.t kurniakan kepada setiap wanita. Bukan suruh wat plastic surgery untuk cantik, tapi usaha selagi boleh. Yang dah cantik, kekalkan. Bukan after kahwin, dah beranak-pinak terus lupa nak jaga sebab rasa anak lebih penting. Actually suami tu ibarat anak sulong kita tau? Saya banyak membaca, Alhamdulillah banyak benda yang saya tak tahu, dah tahu.:) Jangan letakkan 100% kepercayaan/kasih sayang terhadap sesuatu/seseorang sebab semuanya milik Allah swt dan bila-bila masa saja ia boleh diambil semula.


Nak lagi tips? Emel to me aimi@aimisyahirah.com.



Cik Misya : Nikmatilah kehidupan seadanya bukan setakat menjalani kehidupan seperti biasa.

6 comments :

Dear KHY said... Reply To This Comment

betul tuu, suami tak open minded nie payahlah

wana wazm said... Reply To This Comment

saya stuju.. =)

Norain Ujang said... Reply To This Comment

SETUJU SESANGAT....

Farisha Lyssa Farish said... Reply To This Comment

yup!!! 100% agree

Nadia Johari said... Reply To This Comment

ye betul tu..support tu la yang dpt memberikn semngt tuk isteri lebih bergaya..berjaya..atau ape2 je..jgn jadi kaki control..part blum ade hubungan tu sy pun x suke if laki tu sibuk2 x bg tu..x bg ni..mnympah..huhu..germ plk

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

betul tu...kdg2 yang bf mengongkong ni patut kena bagi ceramah sikit...awk tu belum kahwin dan takde hak langsung terhadap gf tersebut...pelik sebab hal camni byk pulak berlaku dalam masyarakat melayu islam kita...yg lebih pelik ada jugak pompuan yg ikut je telunjuk bf dia atas alasan takut kehilangan cinta....entahlah...

kalau yg dah sah suami isteri tu tak dapek la nak tolong....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...