expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 19, 2012

I'm Next Top Model Butik Mama? Pilihan di tangan anda. LIKE cepat!!=)

Salam semua.. Saya kembali dengan Contest Butik Mama!! Kenal tak Butik Mama? For those yang minat pakai jubah berwarna-warni berkonsepkan muslimah mesti kenal dengan Butik Mama. Takpe, kita cerita kemudian k. Now, saya nak memohon jasa baik anda untuk mengundi saya dalam Pencarian Next Top Model Butik Mama Pusingan Ketiga!! Seperti biasa anda perlu like-like di facebook. Ok, get ready tau! huhu

First: Go to Butik Mama's page by clicking HERE. Then, click LIKE.

Second: Go to my picture below by clicking HERE. Press LIKE button under that photo.


Done guys?? Great!!=) Thank you so much for your support. Really appreciate it...

Nak shopping jubah Bussainna yang cantik-cantik, Selendang Zulaikha (macam saya pakai dalam gambar) yang eksklusif dan tudung awning yang sangat gojes?? Jom ke BUTIK MAMA sekarang!! Sememangnya Butik Mama "Penyeri Wanita Muslimah"..



Cik Misya : Suka pakai warna-warna ceria untuk naikkan mood.:)

Saturday, February 18, 2012

Photoshoot at Malacca by Al Shawls & Pwince Harry Photography

Salam semua.. Again, my new modelling portfolio!! Special brought to you by Al Shawls & Pwince Harry Photography from Bandaraya Bersejarah, Malacca!! 1st time dapat shoot di tempat jauh sebegini. Thanks to my beloved guy, Mr. J yang sudi temankan cik kak cayang dia ni pergi shoot walaupun panas terik sepanjang hari.=) This photoshoot session dibuat sempena kemenangan saya dalam contest yang pernah dianjurkan oleh Al Shawls & Pwince Harry Photography sendiri. Alhamdulillah saya berjaya mendapat tempat pertama dalam contest tersebut. Rezeki.. Syukur..:) Entri penuh di SINI. So, lets view the latest design of Exclusive Cardigan & Turban Shawl only at Al Shawls!!

Talent : Aimi Syahirah vs Alleesa Bunny (Owner Al Shawls)
MUA : Yna Sakinah
Photog : Pwince Harry Photography












Cik Misya : Owner Al Shawls memang sangat kreatif. Belum ada lagi orang jual cardigan & turban sebegini.

Friday, February 17, 2012

Tamat 20 Februari 2012, CEPAT VOTE!!

Salam semua.. Akibat kesibukan yang melampau sampai terlupa nak berkempen untuk satu contest! Tarikh tutup contest ni pun dah nak tamat pada 20 Februari 2012 ni. Aiyooo!! Cepat-cepat undi saya sebelum terlambat!

Now, go to your facebook account and sign in.

Then, go to Nurmayangsari Bridal Gallery by clicking HERE and press LIKE button

Next, go to my photo HERE dan click LIKE.


Easy right? Thanks for your cooperation!=)

Actually saya pernah update portfolio saya untuk Finalis Top 10 ini. Gambar-gambar lain boleh tengok SINI. Kalau rasa saya layak untuk menjadi model butik ini, undilah saya ok!=)

For those who wants to get married, boleh survey package perkahwinan yang disediakan oleh Gallery ini. Sempena bulan Februari ini juga ada promosi tau! Cepat, LIKE page untuk tahu lebih lanjut tentang promosi ini!!




Cik Misya : Kahwin nanti nak buat simple-simple jela. Yang penting, berkat..:)

Thursday, February 16, 2012

Latest photoshoot by Putih Salju...

Salam semua.. Rasa macam dah lama tak update portfolio. Okla, malam Jumaat ni saya update lah portfolio saya bersempena Maulidur Rasul baru-baru ini. Bertemakan Muslimah, make-up pun natural je by myself.. Cuaca agak panas masa shoot dijalankan tapi takpelah, saya terima ia sebagai satu cabaran. Bukan mudah nak shoot tengah-tengah panas terik area Putrajaya ni. huhu.. Nasib baik kulit tak sunburn. hehe.. Jom tengok hasil photography Putih Salju  yang telah saya edit sendiri. Jangan marah ye incik Putih..:)

Talent & MUA: Aimi Syahirah
Photog : Putih Salju
Location : Masjid Besi & Masjid Putra, Putrajaya

Simple touch by me.. Make-up tebal tak sesuai untuk tema muslimah sebegini..:)


Mari mengaji.. Inilah Al-Quran yang selalu ku gunakan untuk mengaji..

Al-Quran istimewa pemberian daripada one of my aunty..

Salah sebuah bacaan favourite saya.. "Motivasi Menjadi Wanita Bahagia" dihadiahkan oleh seseorang yang pernah bertakhta di hatiku. Thanks for this nice book!




Dah macam terapung plak gambar ni.. huhu







My face.. Dengan mata bulatnya! hehe..

Ada macam cover album tak? hehe..

Alhamdulillah shoot berjaya dilakukan walaupun panas terik. Thanks to my BFF yang sudi temankan saya sepanjang shoot dijalankan. Lots of thanks also to Putih Salju cos sudi shoot gambar saya. Siap bagi CD semua gambar secara free lagi! Jarang photog wat camni. Thanks ya.=)



Cik Misya : Inspirasi daripada Studio Muslim..:)

Wednesday, February 15, 2012

Kaedah mudah untuk wujudkan beberapa tab / kolum dalam blog

Salam semua. Hari ni nak berkongsi satu lagi tips berblogging supaya blog korang lebih kemas, tersusun dan sistematik. Kalau korang buka google chrome, mesti familiar dengan perkataan "TAB" kan? Jadi, korang pun boleh wujudkan beberapa TAB atau bahasa mudahnya "Kolum" dalam blog korang. Contohnya korang leh tengok bahagian atas blog saya ni. Nampak tak beberapa tab tu? Tak nampak? Cer tengok gambar di bawah..


Dalam blogspot, ia dipanggil sebagai PAGE. 1 page = 1 tab/1 kolum. Ok, kaedah nak wujudkan page dalam blog korang adalah seperti berikut :

1) Log in dalam akaun blog korang seperti biasa.
2) Go to "Posting" then click "Edit Pages". Bagi yang first time, akan kelihatan kosong je.
3) After that click "NEW PAGE"
4) Nanti akan keluarlah box kecil di mana korang boleh edit / delete /view yang dipanggil sebagai page atau tab.
5) Next, pandai-pandai korang lah nak edit camne page tu ikut kreativiti masing-masing.


6) Dah siap edit page tu, bolehlah di publish kan dalam blog. Hasilnya seperti mana dalam blog saya ni la. 

Jadi, blog korang nampak lebih eksklusif dan sistematik di mana setiap perkara dapat dikumpulkan dalam 1 page berasingan. Pembaca pun senang nak blogwalking.

If nak tanya pape, tinggalkan komen di bawah. Selamat mencuba ok!!=)


Cik Misya : Belajar daripada blog Alya Syaqiera..:)

Tuesday, February 14, 2012

14 Feb || Genap setahun di sektor awam, terpaksa hadapi macam-macam ragam..

Salam semua.. Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan usia ke saat ini. Hari ini 14 Februari 2012. Jadi, apa yang bermain di fikiran anda? Apa? Valentine's Day?? Sorry, tak pernah masuk dalam diari saya valentine2 ni semua. Haram disambut oleh umat Islam ok! Banyak lagi cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang..

Tapi bagi saya tarikh 14 Februari ni ada istimewanya. Actually hari ini adalah ulangtahun pertama saya menjawat jawatan tetap dalam perkhidmatan awam. Syukur Alhamdulillah.. Kejap je dah setahun. Macam tak percaya je. huhu.. Dan sempena setahun ni juga saya dikhabarkan untuk conduct sebuah Seksyen di tempat aku bekerja. Agak berat juga tanggungjawab sebab at least kena ada 2 pegawai yang sama-sama in-charge untuk Seksyen tu. Tapi nanti tinggal saya sorang yang lead dan uruskan semua benda untuk Seksyen tu disebabkan pengalaman saya yang dah biasa handle kerja-kerja berkaitan Seksyen itu. Bukan senang nak handle public dan stakeholders yang bermacam kerenah. So far, if jumpa dorang, Alhamdulillah saya tiada masalah dengan semua mereka yang berkaitan.


Saya still ingat, one fo my client menghantar surat penghargaan kepada saya dan beberapa pegawai atas perkhidmatan yang diberikan. Rasa gembira sangat-sangat sebab dapat membantu public dengan cara yang terbaik. 


Saya juga pernah menerima emel yang memberikan saya lebih semangat dalam kerjaya saya. Syukur sangat-sangat..


Puan Aimi,

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan pihak puan untuk meluluskan penambahan tenaga pengajar xxxxx dengan masa yang begitu singkat. Saya amat bangga atas kooperasi & sokongan yang diberi dari pihak puan. Kami akan kerja bersungguh-sungguh bersama dengan pihak puan untuk mencapai objektif program ini.

Sekian terima kasih.



InsyaAllah semua ini memberikan saya inspirasi dan lonjakan paradigma untuk memperbaiki mutu kerjaya saya. Ramai orang kata menjadi penjawat awam ni mudah je kerjanya. Duk lepak, minum-minum. Memang ada yang macam tu tapi Alhamdulillah saya bukan kategori sebegitu. Takut duit gaji yang kita makan tu, tak berkat.. Dan yang paling berisiko sekali adalah RASUAH! Yes, saya juga tak terlepas dari risiko sebegini. Even nak belanja saya makan nasi lemak pun saya tolak. Biasalah public.. Nak cepat, nak itu nak ini, akan gunakan pelbagai cara kotor tanpa kita sedari. InsyaAllah saya masih berpendirian teguh tak termakan dek janji-janji manismu. Cewah!;P So, jangan marah if kami penjawat awam minta naik gaji, bonus or whatever sebab gaji kami bukanlah banyak mana pun plus beban kerja semakin bertambah saban hari. Then terpaksa berhadapan risiko benda-benda tak baik. 

Thanks so much to all my officemates, bos-bos yang pernah saya berkhidmat sebab banyak membantu dalam kerjaya saya. InsyaAllah will only serve the best for Rakyat. Bak kata PM. huahuah... Ok, mari menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya!=)


Cik Misya : Hari-hari balik lambat .. Rasa cam kerja swasta dah. huhu.

Sunday, February 12, 2012

Catwalk again!!=)

Salam.. First of all, a lots of thanks to Butik Warisan Cinta 's owner iaitu Abg Hasry & Kak Liza sebab sudi invite dan beri peluang untuk saya memperagakan salah satu baju pengantin butiknya sempena Karnival Pengantin di Kompleks PKNS, Bangi. Alhamdulillah secara tak sengaja Allah beri rezeki untuk dapat job dari butik ni. Memang agak nervous cos first time runaway show pakai baju pengantin. Dahla model pertama yang keluar on stage! huhu. And yang paling best dapat jumpa Top Model Dya Zara!!=) She's so gorgeous. Kecil molek je orangnya. huhu..

Ok, now its time for runaway show!!=)





On stage!! 





All models with Butik Warisan Cantik's owners...=)

This is me!!=)
Hopefully dapat lagi job runaway untuk asah skill. Sebab bukan mudah nak control attitude bila menggayakan sesuatu di atas pentas. Memang admire sangat cara kak Dya Zara catwalk. Perfect and smooth! Nak belajar daripada dia. To Butik Warisan Cantik, teruskan usaha untuk jadi antara butik pengantin terbaik di Malaysia. Baju-bajunya cantik-cantik juga!:) Sesiapa nak kahwin tapi still tercari-cari pakej perkahwinan, boleh survey-survey pakej di SINI ya!^^

Cik Misya : Actually sangat puas bila dapat wat runaway show!=)

Friday, February 10, 2012

Sesi Grooming di Butik Mama!!

Salam semua!! Teringin merasai sesi grooming? Teringin nak jadi model? Teringin belajar make-up? Kini peluang untuk anda merasai pengalaman itu akan tiba! Butik Mama yang terkenal dengan jubah Bussainna pelbagai rekaannya akan mengadakan satu event khas untuk bakat-bakat baru dalam bidang modelling. Jadi jangan lepaskan peluang ni ok! Saya pun akan turut serta, insyaAllah..=)

Nak tahu lebih lanjut tentang event ini, tengok banner di bawah...


Hantarkan penyertaan sekarang ke alamat emel seperti dalam gambar. Admin Butik Mama akan reply butir-butir pembayaran yang perlu dibuat oleh semua peserta. So, apa tunggu lagi?? Cepat daftar sekarang kerana terhad untuk 100 orang sahaja!!! Jumpa anda di sana ok!!=)

Maklumat lanjut layari http://www.butikmama2u.com/butik/

Cik Misya : Bilalah wajah saya pula leh terpampang macam dalam banner Butik Mama ni? hehe [berangan]

Thursday, February 9, 2012

Saya kembali ke sekolah!!

Salam semua.. Just want to update my new modelling portfolio. Kali ni tema yang berlainan daripada tema-tema sebelum ni. Tema "Kembali ke Sekolah!!" Atau dinamakan "Back to School"! Huhu dah nama pun ala-ala budak sekolah, so saya berphotoshot ala-ala pelajar sekolah. Dan yang paling istimewa saya berkolaborasi dengan seorang selebriti bergelar chef khas daripada rancangan Masterchef Malaysia!! Siapakah dia??;)) Jom tengok hasil photoshoot shoot ini!

Talent : Aimi Syahirah feat. Zahin Othman (Masterchef Malaysia)
MUA : Aimi Syahirah
Photog : Fizz Zam ( Iszsudirman Photography), Sham Shamsul, Mnz Karamy
Theme : "Back to School"
Wardrobe : Aimi Syahirah & Zahin Othman (Masterchef Malaysia)
Location : "Secret Place" at Cyberjaya (hehe..)

:
:
:
Sebuah kisah tentang seorang pelajar sekolah yang comel tetapi bercita-cita tinggi.. Cewah!;p













Dipertemukan dengan seorang abang Form 6.. Nak study ke apa ni?? huahua...


Wah, ini sudah lebey!! huhu..



Babap karang!!;)


Saya nak study bukan nak bercinta...;p


 Memang nak kena belasah betul-betul! haha..
Huh, padan muka!!;p hehe..

-TAMAT-
:
:
:
:
:
:
:
The making of... 




Thanks to Fizz Zam yang sudi invite saya jadi talent dalam photoshoot ni. Sesekali menampilkan tema lain daripada yang lain memang menarik. Alhamdulillah ramai yang suka hasil shoot ni. Thanks also to Zahin yang sudi berkolaborasi dengan saya. Dia femes ok! Leh like fanpagenya di SINI


Cik Misya : Seronoknya bila teringat zaman persekolahan.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...