expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 28, 2012

Wajah saya bertudung bawal?? Jom undi saya sebelum 30 April 2012!!

Salam semua. Belek-belek facebook tadi, sampai terlupa nak promote satu contest yang saya join. Dah nak tamat dah pun.. huhu. Dah lama saya tak pakai tudung bawal, ambil gambar lama then join contest Pencarian Model ni. huhu.. Cepat-cepat undi saya if anda terbaca entri ini sebelum 30 April 2012!! 

Pencarian Model LaSafiyya


Cara mengundi saya:

1st : Log in to your facebook account
2nd : Go to La Saffiya page HERE and click LIKE
3rd : Go to my photo HERE and click LIKE
DOne? Thank you guys!!^^


Huhu lihatlah muka skema saya ini..:p Kalau sudi, undilah ya! Tq..:)


Cik Misya : Dah tak pandai bertudung bawal. Boleh?;p

Photoshoot Model Tudung Butik Umyra Collections

Salam semua.. Tengah mencari-cari tudung untuk raya? Or untuk menghadiri majlis-majlis tertentu? Jom shopping tudung design terkini hanya dari Butik Umyra Collections! Baru-baru ni saya shoot produk terbaru dari Butik Umyra yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Special thanks to Kak Fiza who inviting me for this job. Walaupun jauh tak menghalang saya untuk menambah profil modelling saya.  =) Maklumat lanjut boleh layari laman facebook Butik Umyra Collections.  

Talent : Aimi Syahirah
MUA : From Majalah Mingguan Wanita
Photog : Bobo
Wardrobe : Butik Umyra Collections
Location : Ayer Keroh, Melaka












Cik Misya : Nantikan kemunculan wajah saya dalam Majalah Mingguan Wanita.;)

Caci maki sajalah kerana Aku, Kosong...

Salam.. Pertama kali dengar lagu ni, memang ngam dengan jiwa aku. Sesuai ditujukan buat mereka-mereka yang berkenaan. [Siapa makan cili terasa pedasnya] ;) Nak buat or nak cakap apa pun, terpulanglah. Sebab aku rasa 0. Hidup dan matiku hanya untuk Allah not untuk orang lain. =)



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu 
Yang mencabar dirimu 
Akal dan mindamu 
Kau mendustaiku 

Kau bilang mereka tak tahu 
Siapa diriku 
Sedangkan kau juga begitu 
Segala kata cacian 
Yang telah engkau berikan 
Membuatku rasa 

Kosong...kosong 

Setiap detik diperhatikan 
Kau cari cara putar belitkan 
Kau jadikan diriku 

Kosong...kosong 

Kini aku bangkit 
Membuktikan yang ku tak sakit 
Dengan segala perit yang kau berikan 
Kini aku pantas berjalan 
Bergerak ke hadapan 
Dan akan ku buktikan 
Siapa diriku yang sebenar 

Kosong...kosong 

Segala kata cacian 
Yang telah engkau berikan 
Membuatku rasa 

Kosong .. kosong 

Setiap detik diperhatikan 
Kau cari cara putar belitkan 
Kau jadikan diriku 

Kosong...kosong 

Segala kata cacian 
Yang telah engkau berikan 
Membuatku rasa 

Kosong...kosong




 Orang-orang yang hidupnya sentiasa bergelumang dengan memutar-belitkan keadaan akan sentiasa menjadi cacing kepanasan bila tak berjaya apa yang dibuat. Petua dari ibuku, siram je ngan air panas, matilah cacing tu! hihihi...


Cik Misya : Lagi jatuhkan aku lagi aku bangkit.=).

Al-Fatihah untuk nendaku tersayang.. Tok Bok dalam kenangan...

Sesungguhnya Allah itu maha besar kuasaNya.. Tepat jam 4.20 petang 24 April 2012, satu-satunya nenda kesayanganku menghembuskan nafas terakhir di kediaman Pokde ku di Pasir Gudang Johor Bahru. Nenda yang cucu-cucunya panggil sebagai Tok Bok berusia 87 tahun telah pergi buat selama-lamanya. Al-Fatihah untuk Tok Bok yang disayangi. 

Antara kenangan bersama Tok Bok yang saya takkan lupakan bila saya pulang ke Johor, arwah tanya saya; "Siapa ni?" [Matanya tak berapa nak cam], saya menjawab ''ini Puteh, Tok.." Then arwah menjawab, ''owh Puteh... Puteh dah jadi Coklat!!'' Kami pun bergelak ketawa bersama-sama. Puteh memang panggilan untukku sejak dari kecil. Kata ibu, semasa aku dari bayi, kulitku memang putih melepak! Dats why arwah Tok Ayah & Tok Bok panggil saya Puteh. Sampai sekarang pun ada saudara-mara yang panggil saya Puteh dan tak tahu nama sebenar saya siapa. huhu.

Tok Bok memang best. Sangat sporting. Pandai memasak!! Dan setiap kali kami pulang ke Johor tak kira musim raya ke tak, mesti arwah akan bagi saya dan adik-adik duit raya seorang RM10.00 walaupun saya dah dewasa dan dah bekerja. huhu. 

Cuma selepas arwah diserang kencing manis sehingga mengakibatkan kakinya dipotong, arwah terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk kemana-mana. Kuasa Tuhan.. Sempat juga arwah merasai kemeriahan perkahwinan sepupuku Kak Yon 2 minggu sebelum arwah pergi. Kami sekeluarga Alhamdulillah dapat jumpa arwah sebelum arwah jatuh sakit dan meninggalkan kami buat selamanya.

Apa-apa pun, kenangan bersama-sama Tok Bok takkan dilupakan. Will miss u grandma.. Al-Fatihah...



Cik Misya : Di Johor, nenek dan atok dua-dua dipanggil Atok manakala panggilan nenek pula untuk Moyang..

Tuesday, April 24, 2012

Wajah saya menghiasi ruangan fesyen Majalah Warisan Chanteq!!

Salam semua!! Ingat lagi Pertandingan Gadis Warisan yang dianjurkan oleh Warisan Chanteq Online Magazine? Saya merupakan salah seorang finalis yang terpilih. Beberapa bulan lepas saya dijemput untuk menghadiri satu sesi shoot bertemakan Inspirasi dari Fesyen yang telah pun dimuatkan dalam ruangan Fesyen Majalah Warisan Chanteq Online!! Untuk cerita lanjut berkenaan fesyen yang saya peragakan, boleh klik SINI. Mungkin boleh beri anda idea untuk mengenakan busana yang sesuai sempena Majlis Makan Malam yang akan anda hadiri. 

Talent : Aimi Syahirah
MUA: Aimi Syahirah
Photog: Fendi Ali
Location: Taman Tasik Perdana
Theme: Fashion for Dinner





 Solekan oleh saya.. Ok tak? ;)



Cik Misya : Nasib Gadis Warisan tidak diketahui kerana ownernya telah bertukar tangan.

Monday, April 23, 2012

My runaway show in BATIK ATTACK!!!

Salam semua.. Just updating my portfolio in runaway fashion show. Organized by A.K.A.R group, bertemakan Batik Attack sponsored by Zattera Collection menampilkan kepelbagaian dalam pemakaian kain batik berbentuk Pario yang sesuai dikenakan untuk pelbagai event. So, saya turut menyertai runaway ini yang diadakan di Galeri Shah Alam. Thanks to En. Azhar yang sudi invite new talent like me dalam runaway kali ini.

Talent : Aimi Syahirah
MUA: Yann Rifft
Photog : Various
Theme : Batik Attack
Location : Galeri Shah Alam


 With all models and organizer.. Have fun with them!=)

Best!! Hopefully ada rezeki nak runaway dengan koleksi terbaik dari Zattera Collection.












Cik Misya : Tak pandai pakai kain batik kat rumah..;p

Wednesday, April 18, 2012

Outing shoot with Dn'Z Photography

Salam semua.. Sihat? Em Cik Misya tak berapa nak sihat. Dah seminggu saya batuk-batuk..:( Ok takpelah, sambil-sambil lunch hour ni saya update lagi satu lagi sesi photoshoot yang saya join. Outing suka-suka bersama-sama geng DnZ Photography.. Tema bebas, jadi saya mix and match je la wardrobe yang ada. Make-up by me also. huhu.. Actually gambar ada banyak tapi photog-photognya belum upload lagi.. Entri ni saya paparkan dulu beberapa shoot yang menarik untuk tatapan anda..

Talent : Aimi Syahirah
MUA : Aimi Syahirah
Photog : Dn'Z Photography, Abe Faisal & Putih Salju
Wardrobe : Aimi Syahirah
Location : Monumen Wawasan & Tasik Pullman, Putrajaya



Love this! by Abe Faisal...


 Ceria bersama-sama talent yang lain. Happening sangat-sangat! huhu.. Kak Nora Bella, Oya Safira, Angelina Juling, saya & Cik Hani Suka Dia..

 With organizer... Nora Bella..




 Ayah, Ibu & Anak.. hehehe..





Cik Misya : Learn many new things setiap kali shooting. Thanks abam-abam photog..=)

Sunday, April 15, 2012

Photoshoot koleksi April 2012 Butik Mama || Tampil lebih matang ;)

Salam semua.. ALhamdulillah baru-baru ni dapat job dari Butik Mama lagi. Thanks so much to Pn. Nor Ainna Ibrahim yang sudi invite saya dalam sesi photoshoot porduk terbaru Butik Mama April 2012. Credited also to Nurul's Makeover as my MUA. Suka hasil tangannya kali ni sebab menampakkan saya lebih matang berbanding sesi photoshoot sebelum ni. Sesuai la kot dengan Butik Mama! hehe.. Apa lagi, jom serbu Butik Mama berhampiran anda atau layari website Butik Mama untuk tempahan secara online. Semua jubah & blouse Bussainna design terbaru yang pasti selesa dan memukau pandangan!!








































































Cik Misya : Lebih kurang 80 pasang baju digayakan darab 5 poses sambil berheels 5 inci keluar masuk ke tempat shoot tapi Alhamdulillah dapat dihabiskan dalam masa 4 jam++!! Demi Butik Mama will always do the best!!=)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...