expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 31, 2012

Eiiiiiiiiii gelinyerrrrrrrrrr!!!

Ya Allah! Gelinya nengok kereta neh!! Eiiiii saya sangat geli tengok kereta ni! Huhu.. Anda geli tak? Aiyooo banyaknya cicak a.k.a susumpah (yeke?)!! Entahlah saya memang geli nengok cicak atau haiwan sedemikian rupa. Ntah rasa geli sesangat especiall tengok banyak-banyak camni...


Eiiyarrkkk!! Besar-besar plak tuh! Rasanya kat oversea ni. Kat Malaysia ada ke camni? Maybe cicak getah/mainan yang ditampal kat kereta. Mau pencuri fikir banyak kali before nak curi. Geli kottt!! Eii tolonglah jangan wat camni kat Malaysia ya! Kalau bela iguana tu normal la. Ni letak cicak getah banyak-banyak camtu, pelik! Mahu menjerit-jerit saya nanti kalau jumpa! Haha..;p


Cik Misya : Sunat hukum bunuh cicak malam Jumaat.

Apa yang korang fikir tentang pekerjaan saya ek?

Salam semua.. Em sejak saya masuk ke alam pekerjaan until now, ramai bertanya pada saya, saya ni kerja apa? Huhu.. Saya kerja sebagai Pegawai Teknologi Makanan (PTM) atau dalam English nya Food Technologist. So, daripada jawatan tu, apa yang anda semua bayangkan tentang pekerjaan saya? Cer teka..?;))

Huhu ramai orang fikir food technologist ni kerjanya memasak! I mean yang ada kaitan dengan kerja-kerja di dapur. Kopek-kopek bawang, siang ayam ikan, potong sayur dan buah, hias makanan tu atas pinggan cantik-cantik then serve kat customer. Ahaks.. Betul tak apa yang anda fikirkan tu? ;)

Ahakss.. Memang itulah yang saya lalui bila orang tanya apa kerja saya, then saya jawab saya PTM. Mentang-mentang ada perkataan makanan kat situ kan? Hihi.. Yang sebenarnya jauh menyimpang apa yang anda fikirkan tentang skop pekerjaan saya mahupun PTM-PTM yang lain!^^ Di swasta mahupun di kerajaan. Takde edisi masak-memasak di dapur. Sebaliknya kami yang pantau orang-orang yang memasak kat dapur tu.;) 


Yes, itulah kerja kami... Membangunkan dasar dan polisi, perundangan makanan negara, mengaudit kilang-kilang, buat pemeriksaan premis makanan, jaga kantin sekolah, PLKN, cegah kes keracunan makanan, bagi training dan bimbingan kepada rakyat tentang kesalamatan makanan, persijilan dan pelesenan, food sampling and testing, merangkap consultant dan sebagainya. See... Itulah tugas kami as food technologist. 

Bukanlah bermakna tak pernah masuk dapur ye. Kat rumah haruslah masak-masak juga.:) But sebagai food technologist memang kami perlu peka dengan isu-isu keselamatan makanan negara mahupun luar negara. Contohnya kes melamin dalam susu, pengeksportan ikan ke negara-negara Europian Union, Bisphenol A dalam botol susu bayi dan sebagainya. If ada kes-kes macam ni memang tak tidur malam la kami. Kena jaga bilik gerakan! Belum lagi part kena jawab soalan-soalan Parlimen daripada Pak Menteri. huhu.. Tapi itulah tanggungjawab yang harus dipikul if anda bergelar PTM dalam kerajaan.=)


If uols berminat, oopss saya bukan tempat mencari kerja ataupun kabel untuk anda dapatkan kerja. huhu. Yang still study tu belajar rerajin ya. Jangan kata PTM, PTD pun anda boleh jadi tau. Sape-sape yang nak further study tu if minat, ambil lah course teknologi makanan yang sewaktu dengannya.=)


Cik Misya : Agak cerewet dengan kebersihan terutama kedai-kedai makan. Anda tak tahu apa kami tahu.;)

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Salam. Untuk penjawat-penjawat awam di luar sana tu, jadual pembayaran gaji kepada semua kakitangan awam bagi tahun 2013 telah pun dikeluarkan. Huhu. Fresh lagi ni tau!;) Saya share di sini untuk makluman anda. So far, ni comfirm but if ada pertukaran atau pindaan akan dimaklumkan kemudian. 

Sorry tersenget sikit sebab scan. Malas nak scan banyak kali. Nak cepat. Ngee..

Bonus? Ahaks.. Tunggu lah Menteri Kewangan yang umumkan dalam bajet.:p But bonus sebulan gaji untuk tahun ni akan dimasukkan setengah bulan dalam Disember 2012 manakala setengah bulan dalam Januari 2013. Alhamdulillah rezeki...

TERKINI!!! Jadual Gaji 2014


Cik Misya : Boleh pilih tarikh kahwin yang sesuai.

Congrats to Lia Azman for becoming my 1010-follower! Jom review!

Salam.. Wowowo.. Baru saya perasan angka follower saya telah mencecah angka yang sangat cantik! Eceh.. Huhu.. Tahniah wat follower saya yang ke 1010! Hooray!! Ahaks.. 


Siapakah yang bertuah itu??;) Thank you so much wat Lia Azman yang sudi follow saya. Sebagai penghargaan, saya nak review blog anda hari ni!=)


Melangkah masuk dalam blog gadis comel ni, terasa macam berada di rumah atau di hotel sebab menggunakan wallpaper bercorak ala-ala di rumah/hotel untuk background. Huhu. Lama tak bercuti lepak-lepak di hotel. Ngee.. Saya juga dah follow Cik Lia ni. Tak caye tengok kotak merah dalam gambar atas ni.;)

So if uols nak terjah dan follow, jangan segan-segan klik SINI untuk berkenalan dengan pelajar UTHM ni. 


I think she likes pink colour macam saya. Wakaka suke-suke hati je saya meneka kan? Huhu takpelah, yang penting dapat tambah lagi sorang rakan blog baru. Rajin-rajin lah jengah blog saya ya Lia! Thanks again!=)



Cik Misya : Pelajar UKM yang pernah suka warna kuning.

Tuesday, October 30, 2012

Laporan polis telah dibuat terhadap Vincent Lee dan gengnya!

Salam.. Erm ingat lagi entri yang saya pernah share dengan anda tentang seorang lelaki cina penipu bernama Vincent Lee? Entri penuh di SINI. Alhamdulillah saya selesai membuat laporan polis bersama 9 lagi rakan model yang turut terkena tipu daya si apek sorang neh. 



Memang sangat kritikal la masa wat report ni. kami semua berjumpa beramai-ramai dan dalam masa yang sama si apek cuba melengah-lengahkan kami daripada membuat report polis. Katanya nak bank in balik duit  hari Khamis ni, malam ni la, then nak bawa kami jumpa bos dia Fiona la. Oh sorry! No compromise! Masa minta duit bukan main dia psiko supaya wat transaksi dengan segera tanpa sempat kami berfikir seminit pun! Bila nak minta duit balik, wah banyak plak alasan ye... Tunggu jela nasib kamu ye Vincent.. Plus dengan rakan-rakan 'seperjuangan' kerja jahat dia nih. U non-muslim mungkin tak faham pape pasal halal haram. But yang terlibat especially your big boss mungkin orang Islam. Wallahualam. Semuanya masih dalam siasatan. 



InsyaAllah kami sekarang sedang menanti lagi rakan-rakan lain buat laporan polis. Sebab yang terkena bukan kami sahaja, rupa-rupanya dari tahun lepas pun ada! Cuma disebabkan dorang model baru yang tiada pengalaman serta tiada geng mahu berkongsi rasa maka dorang diamkan sahaja. Dats why dia still bebas wat kerja yang sama. Now, si apek ni dah salah langkah. Menipu model-model yang lebih senior, so jangan harap kami leh diam. Silap-silap naik Bukit Aman dan keluar media kes ni, then takde tempat dah dia nak lari. Tunggu jela nanti..;)

Daripada maklumat polis, kes camni adalah yang terbaru melibatkan penipuan duit di kalangan model. Maksudnya memang takde sape pun pernah wat report! Thats why dorang ni berani wat kerja ni. Now report polis telah dibuat di banyak balai sebab model-model yang telah dikumpulkan datang dari banyak tempat. Memang akan kecoh lah benda ni nanti kot. Takpela, niat kami wat laporan agar penipu-penipu ni ditangkap. Memang lah dengan harapan dapatkan balik duit yang telah dilaburkan. Tapi rasanya dorang tengah berjoli sakan ngan duit kami tu. Tengokla camne. But untuk kawan-kawan di luar sana tu, jadikan benda ni sebagai pengajaran ok. Kalau tak kena kat kami mungkin kena pada anda atau saudara-mara anda. Disebabkan terkena pada kami lah benda ni tersebar dan ramai lagi yang tampil wat aduan. Kalau tak, sampai kiamat lah kot si Vincent and the geng ni bermaharajalela. Kerja dengan skop production la, Ahmad Idham la, adik angkat penyanyai Stacy la, Manager Karangkraf la, sampai jadi adik Engku Emran, husband Erra Fazira pun dia berani tau menyamar mamat nih! Haish...

So wat sape-sape yang pernah ternampak this guy, maklumlah pada pihak berkuasa okeys. Ntah-ntah jiran anda, sape tahu? Kalau tak orang lain, terkena pada ahli family sendiri pula. Minta-minta dijauhkan. Sama-sama doakan dorang ni semua tumpas dan dibawa ke muka pengadilan. Amin....!



Cik Misya : Lesson Learn.

Tersalah blogwalking ke blog lucah! Cett!

Salam. Astagfirullazim..! Tengah-tengah blogwalking sambil tinggalkan jejak di ruangan komen blog, tak terperasan salah satu blog yang saya singgah tu blog yang tak senonoh! Yang dikategorikan sebagai blog lucah!! MasyaAllah mengucap panjang saya... 

Tengok pemiliknya, macam lelaki Melayu. Tapi memang Melayu pun saya rasa. Bile tengok profilnya, lagi panjang istigfar saya..! 

Bukanlah nak mengaibkan but entahlah. Walaupun dia bagi warning blog dia memang untuk orang dewasa sahaja tapi tak mungkin orang takkan click. Dah plak tu kadang-kadang dia selalu gak blogwalking (nampak kat dalam chatbox kengkawan). So apa tujuannya kalau dia wat blog tu? Hmm ntahla.. saya tak berani nak komen sangat. Saya tengok yang pompuan pun suka gak sampai jadi follower lagi blog dia. Allah hai..

So far dia takdelah tinggalkan komen-komen berbaur lucah (rasanya la) kat mana-mana blog. Tapi kalau lama-lama dibiarkan tanpa kita sedari kita plak jadi mangsa kegilaan seksual nya tu. Karang bagi link, macam saya nak promote plak blog dia. Lagi ramai plak karang yang nak terjah! 

Yela sebelum ni saya pernah share satu story about 18sx ni dalam entri INI. Mana taknya, blogger yang konon-konon femes suka benar update entri berunsurkan kelucahan. Benda tu kekadang tak perlu dimasukkan pun. Yela, sebagai blogger, at least tak dapat berdakwah macam ustaz pun kita cubalah sampaikan benda-benda yang baik-baik. Saya sendiri dalam tempoh 2 bulan ni Alhamdulillah capai gak 1k follower. Syukur.. Takde pun nak melucah tak tentu pasal dalam blog untuk tarik traffic atau follower. Em takpela maybe tuan punya blog fikir lain. Cuma impact nya akan datang kepada pembaca-pembaca mahupun bakal pembaca yang mungkin cetek akalnya, dok ketagih hadap benda-benda gitu. Tak turun kat orang lain takut turun kat ahli keluarga sendiri. Wallahualam.. Pape pun hati-hati la k..


Cik Misya : Perbanyakkan melihat alam semulajadi ciptaan s.w.t yang sememangnya indah tiada tandingan.


SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Salam. Yuhuu terpandang banner segmen ni terus wat saya terpikat! Oh my.. I love roses so much!! Huhu.. Teringat masa dapat roses dari Incik Tunang dulu. Ngehehe.. Nak roses juga? Eh silap, nak join segmen ni juga? Please click HERE or banner untuk tau syarat-syaratnya.:)



Tetap nak share gambar sendiri dapat roses dari incik tunang kan? Ngehehe terimalah...;)


Pink roses lagi tuh!^^ Saya rasa saya pernah wat entri pasal ni tapi tak jumpa cari mana entri tu. huhu. 


Cik Misya : Dalam hati ada taman bunga ros.




MAZA MOHD : AKU DAN MEREKA ...


Salam. Fuh sehari tak update, rindu giler ngan blog nih! haha. Serius saya sangat kesibukan semalam gara-gara ke hulur ke hilir mencari keadilan akibat ditipu sampai jadi kes polis. Siaplah mamat tuh!!;) Pagi-pagi ni nak join segmen dulu. Nak tambah kenalan blogger? Memang sangat-sangat dialu-alukan untuk turut-serta segmen ni di SINI. Or you just click banner merangkap header penganjur kat bawah neh tau.


My favourite blog is... ada beberapa la.. Tak sempat nak karang yang baru, copy dari segmen INI. Antara 3 yang terbaik yang saya suka nak baca:

Hanis Zalikha : Love her words in every entry. Very simple & santai. Beside, her beauty plus the way she bring herself in modelling beri saya motivasi dalam hidup.=)



Elia : Ex-tunang goalkeeper Malaysia, Apex. Saya suka baca penulisan dia yang sempoi. And yang paling penting, dia satu-satunya blogger femes yang pernah singgah blog saya!=) Tak caye? Leh baca SINI.



Milo Suam : Yang ni blog ala-ala politik yang paling saya selalu baca. Kalau anda berani, bacalah! Hehe. Don't worry, so far this blog bila keluarkan sesuatu entri mesti berlandaskan fakta. Bukan apa, kita kenalah cari sumber lain selain TV dan Paper yang suka wat story ntah pape. Banyak yang di spin sampai orang Malaysia jadi biol. Opps!;)



Cik Misya: Masih belum jadi favourite blogger.

Monday, October 29, 2012

"SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!"

Salam semua.. Jom Terjah, Follow dan Menaik!! Apa yang menaik?? Ahaks.. Jangan fikir bukan-bukan plak!;) Traffic and follower la yang menaik kan.. Jom join segmen kedua Ain ni by clicking HERE or banner colourful kat bawah neh.


Tag : Masliza Abd Razak dan Ben Ashaari. (wah berani tag Abg Ben ya!) huhu saje share-share if beliau berminat nak join.;) Yang lain-lain nak join pun digalakkan. Jangan majuk saya tak tag anda pula. hihi..


Cik Misya : Susah betul nak naikkan nama.



Sunday, October 28, 2012

JOIN SAHABAT SIZLA HIJABISTA'2012

Salam. Antara blog yang menarik minat saya adalah Sizla Hijabista ni. Mula-mula ingatkan official blog Majalah Hijabista keluaran Karangkraf yang tengah meletup-letup di pasaran tu tapi rupanya bukan. But owner blog merangkap penganjur segmen ni memang seorang yang hijabista. Ala-ala Hana Tajima pun ada. Jom support segmen beliau di SINI atau klik banner berikut. At least dapat tambah kenalan dalam dunia blogging ni kan..^^



Pesanan daripada penganjur a.k.a sahabat baru kita ni ialah:

BLOGGER terpilih sebagai SAHABAT SIZLA yang paling aktif, akan menerime hadiah.

1st : TAMBAH NILAI MAXIS/CELCOM/DIGI=RM 10
2st : TAMBAH NILAI MAXIS/CELCOM/DIGI=RM5
3st : TAMBAH NILAI MAXIS/CELCOM/DIGI=RM3

WOw! Best tuh! huhu.. So kengkawan jomlah jadi sahabat Sizla ni. Untung ada rezeki dapat hadiah topup. InsyaAllah.. 


Cik Misya : Berkawan biar ikhlas dan jujur.

lailai~ Follow Mehh By Aina

Salam.. Lai Lai Lai Laici....! Eh silap! hehe.. Come come come join this contest a.k.a segmen simple by Miss Giler B1A4. Alamak! Hopefully she's not crazy like her name. Hehe of course la tak kan? ;) Jom join sebab penganjur nak follow tuh. Rugi tak join.;) Klik je banner kat bawah ni okeys..




Cik Misya : Dah lama tinggalkan Kelas Bahasa Mandarin.

"Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah"

Salam.. Em pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung tahun 2012 ya? SubhanaAllah cepatnya masa berlalu.. So, apakata korang join segmen bloglist hujung tahun ni. Dah macam jualan murah akhir tahun plak. Huhu. Just click HERE or banner kat bawah ni ya!^^






Cik Misya : Sejak habis sekolah, tiada lagi cuti akhir tahun.



Segmen: Cik Emma Nak Follow

Salam.. Saya rasa ni kali kedua saya join segmen Cik Emma ni. Sebagai tanda support.:) Uols pun join la juga k. Klik SINI atau banner kat bawah ni tau.^^


Sempoi je Cik Emma ni.:) 


So far follower saya tak ramai. Cewah merendah diri plak ye.;) Antara sebab saya nak follower reramai seperti biasa mahu meningkatkan traffic light dan kamera AES. Haipp! Apa saya merepek nih? Huhu baru balik raya dah demam AES. So far masih belum kena saman lagi. Ahakss..;) Ish3x, merepek sudah. Tapi memang betul, saya mahu follower reramai sebab nak tingkatkan traffic di samping mengembangkan bakat saya dalam bidang modelling seterusnya berkongsi with all my friends out there rahsia menjadi seorang wanita yang berjaya. Cewah! Macam ahli politikus plak! Hehe. Pape pun undilah saya! :p



Cik Misya : Suka bercakap dan berbahas.

'blog review with piqa'

Salam. Melihat je banner segmen ni, terus berkata, alololo tomeynya macam saya.. Ahaks! Perasan nye la hai Cik Misya ni kan?? Huhu. Takdela memang saya comel pun. Eh silap! Memang banner penganjur segmen ni comel pun. Hihihi. Secomel tuan penganjur nya iaitu Syafiqah. Kira Piqa tu nama manja dia la..;) Jom la join! Klik SINI atau banner comel kat bawah ni okeys..


Sebulan je berlangsung segmen ni. So sape-sape nak merasa di review tu cepatlah join ya!=)



Cik Misya : Comel takde, manis ada..

"SEGMENT INCREASE OUR FOLLOWERS DURING HOLIDAY ~"

Salam.. Jom join segmen Rochelle Liong nih. Klik SINI atau banner bergoyang-goyang ni. Sampai saya pun rasa bergoyang-goyang macam nak gempa bumi. Huhu. Nauzubillahiminzalik..


Sangat ceria banner ni. Penuh warna-warni. Huhu. Memang menarik!=)


Ni jumlah follower saya yang tak berapa nak ramai. Maklumlah tak femes.. Huu Ayat sedey plak saya kan? Hehe..

So wat yang masih bercuti tu, Happy Holiday! Sama la kita..;) 



Cik Misya : Suka wat hoola hoop!

Segmen: Jom Tukar Link Bloglist

Salam. Satu lagi segmen comel yang harus disertai! Klik SINI atau banner di bawah.

Blog Nabiela Biela ni memang dah ada dalam bloglist saya. Memang beliau salah seorang blogger yang aktif update blognya.:) So, korang joinla segmen dia k..


Cik Misya : Aktif bermusim. 

Bubbly Segmen 2012: Exchange Link Jom?

Salam. Malam ni nak pulun join macam-macam segmen. Beberapa hari tinggal blog, kemaruk mahu bersegmen. Tadi dah join satu. Ni satu lagi segmen.. by Cik Buih! hehe. Bukan-bukan.. by Furra's Bubblynotes.

Comel je header ni  kan? Walaupun ia gambar kaki tapi tetap comel dijadikan di kepala. Wakaka! Boleh plak saya terjemahkan ia begitu. Hehe jangan mara ya Furra..;) Sape-sape nak join and nak tukar-tukar link, klik SINI atau banner comel merangkap kaki di header di atas. Ngeee..^^


Anda mahu di tag? Of course anda semua yang membaca entri ini di tag! Huhu takleh lari! Takdela, sape-sape yang nak join amat dialu-alukan.=)


Cik Misya : Jangan sampai kaki ku di mulut 'nya; sudah. huhu.

SEGMEN : JOM FOLLOW

Salam. Mau follow-follow? Jom join this segment!=)

Klik banner untuk join.



Ni my followers.. 988 orang. Skit je ni. Huhu...


Cik Misya : Follow me..

Vincent Lee Fong|| Lelaki penipu ini sedang diburu!!

Salam. Ni saya nak share dengan anda tentang seorang lelaki berbangsa Cina bernama Vincent Lee Fong No. IC : 890516146057 yang cuba memperdaya dan menipu ramai model-model wanita !! 




Modus operandinya adalah menawarkan job modelling berbayar sebayak ribuan ringgit kepada model-model baru yang teringin nak bermodelling. Sesiapa yang berminat, perlu mendepositkan sejumlah wang (around RM200-RM300) untuk pendaftaran ke akaun Maybank penama Muhamad Khalimun 164409599962 . Katanya diperlukan supaya model-model yang dah register tak lari semasa hari photoshoot bagi mengelakkan pihaknya kerugian.

Bila sampai hari photoshoot, kelibatnya tak muncul-muncul. Sms dan call tidak berjawab! Ni nombor telefonnya 01115769627. Antara taktik yang digunakan adalah mengatakan beliau bekerja dengan Skop Production dan Ahmad Idham. Selain pernah terlibat dengan fashion show dan mendapat job promosi bertaraf antarabangsa dari butik Wedding Dream Collections milik Fiona (014-6293151). Call-call tak dapat pun!




Now, ramai model telah terkena dan saya juga salah seorang mangsanya! We all dalam proses membuat laporan polis di samping mngumpul bukti-bukti kukuh. Kerjasama anda semua diharapkan jika ada maklumat berkaitan lelaki ini, sila maklumkan kepada saya. Kot-kot anda kenal dan mungkin juga jiran anda! 

Saya share di sini supaya sesiapa yang berminat nak jadi model, berhati-hati lah k. Ini first timela saya terkena dan menjadi pengajaran sangat berguna buat saya. Alhamdulillah saya masih terselamat walaupun terkorban beberapa ratus ringgit. Takpela, saya redha. Niat di hati mahu kongsi rezeki dengan kawan-kawan tapi lain plak motif si mamat nih! Haish sabar jela.. Cuma nak ambil tindakan terhadap mamat nih sebab tak mahu lagi orang lain menjadi mangsa. Kawan-kawan. adik-adik semua, if terjumpa mamat ni, tolong report pada saya tau! Akan dibawa ke pihak berkuasa untuk siasatan. Harap beliau akan tertangkap. Malaysia ni bukan besar mana pun dia nak lari!


Cik Misya : Orang kafir, tak tahu beza halal dan haram.





Thursday, October 25, 2012

Siap! Kek coklat dan kek pandan for Aidiladha..

Alhamdulillah kita semua dipanjangkan usia untuk menyambut Aidiladha yang mulia. :-) dah ready nak raya? Huhu biasalah raya haji tak banyak sangat preparation dibuat. Yang lebih penting adalah ibadah Qurban dan Haji wat mereka yang berkemampuan menunaikannya. Di Pantai Timur mesti lebih meriah sambutannya cuma masih belum berpeluang nak celebrate di sana. Huhu.

What about me? Huhu saya n family simple je. Plus hari ni saya tak berapa sihat plak. Demam. But sempat juga siapkan kek special untuk sambut raya.;-)
Alhamdulillah. Sok blehlah menikmati kek coklat dan kek pandan yang saya wat ni. Yummy! Anda nak juga? Huhu next time la ye. ;-)

Pape pun saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha wat sume rakan blogger yang disayangi. If ada salah dan silap mohon dimaafkan.:-) Yang balik kampung tu hati-hati tau drive. Doakan saya sembuh dari demam. Huarghhh sok nak raya. :-( huhu

Cik Misya: Suka cheese cake tapi tak pandai buat.





Goal keeper Malaysia (Apek) kesayangan saya dah nak kahwin??

Salam.. Ala.. Apek dah nak kawen ke..? huhu sedey..;p I'm one of his fan okeys! Huhu.. Tapi takdelah minat gila-gila sangat. Melalui blogger Ben Ashaari, Kosmo memaklumkan berita Apek a.k.a Khairul Fahmi Che Mat merangkap goal keeper Malaysia yang hot ni akan menamatkan zaman bujang nya Disember ni. 



Menurut akhbar Kosmo! hari ini ,Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.

Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.


Syukur Alhamdulillah Apek dah nak kahwin. Hopefully sikapnya yang dikatakan playboy tu terhapus sama sekali selepas mendirikan rumah tangga. Huhu. Bukan apa, ahli sukan ni once dah terjebak dengan skandal-skandal percintaan yang tak best, mulalah prestasi merosot. Hope Apek tak macam tu okeys. Tahniah sebab menang bola sepak Piala Malaysia hari tu!=)


Cik Misya : Dorang tak payah sewa baju pengantin dah.

Segmen : Jom Usha by Mirra Nadhira Mustaffa

Salam! Jom usha dan join segmen nih! huhu. Dah nama pun usha-usha kan.. Jangan skodeng atau mengintai benda tak senonoh udah la yer.. huhu.. Klik SINI atau banner okeys if nak usha-usha gak.;)





Cik Misya : Pernah mengintai member dalam toilet. hehe nakal!

Berada dalam ketakutan! Doakan saya kawan-kawan! =(

Salam.. Ya Allah hai.. Hari ni dan beberapa hari yang seterusnya membuatkan saya berada dalam ketakutan dan kerisauan! Plus berada dalam dilema. Saya dah lakukan sesuatu benda yang mungkin betul dan mungkin tidak. Tapi 80% nya adalah betul. Selepas perkara tu berlaku dan ianya benar maka akan jadi 100%. Kalau tak benar maka habislah saya! Silap-silap akan diblack list di kalangan sahabat handai.


Niat saya mahu berkongsi kegembiraan yang sedikit serta rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Saya sendiri tak sangka tapi sedikit pengorbanan diperlukan. Itulah benda yang paling saya takuti. Dah berkorban sedikit dan ada kemungkinan saya pun terkorban sekali! Ya Allah hai mintak dijauhkan perkara itu. Saya harap perkara yang baik dan benar itu terjadi dan tidak mengecewakan sesiapa especially my friend yang involve sekali. Ini berkaitan reputasi saya! Ish takutnya....!!


Mesti anda tertanya-tanya what happen sampai saya rasa takut camni. But saya minta maaf sebab tak dapat story kat sini. Ianya private and confidential. Huhu. Cukuplah saya share perasaan risau saya kepada anda dan mengharap sangat anda doakan saya supaya semuanya benar dan lancar. Amin..


Bcos ia melibatkan wang ringgit dan maruah! Saya takut if benda tu tak jadi, then saya akan dipersalahkan sedangkan niat saya hanya untuk membantu rakan-rakan seperjuangan. Ya Allah harap sangat perkara itu menjadi kenyataan. First time involve dengan sesuatu yang besar dan berisiko nih! Haraplah dipermudahkan. Amin.. Doakan saya ya kawan-kawan..!;(


Cik Misya : Berani mencuba.

Review Terpantas #8 : Masliza Abd. Razak

Salam.. Akhirnya tiba juga ke blog ke-8 yang join my segment baru-baru ni! huhu.. Tahniah wat Masliza Abd Razak cos jadi yang terpantas join dis segmen!=)


Masuk sahaja blog beliau, saya tertarik dengan header comelnya. huhu. Nak terjah juga? Klik header beliau kat atas ni okeys.=) I think she's hot mama sebab walaupun dah berfamily, but still gorgeous and pandai bergaya.:) Bila tengok header ni, memang beliau seorang ibu yang sangat lovely. ^^

Now nak review blog beliau pula. Of course saya suka dengan blog yang kemas macam blog Masliza ni. Layout, Design, Warna semua simple dan memudahkan pembaca. Keep up this ok!=) 

I think she's still new in blogging world but beliau antara tukang komen yang agak kerap juga di blog saya. Tq Mas for viewing my blog!=) And if nak tahu beliau ada jual pakaian untuk baby tau. So, if nak beli, terjahlah blog beliau kat SINI. Laku juga baby wear yang dijual! Banyak yang sold out dah. =) 




Comel tak baby wear ni? huhu. Wat bakal-bakal ibu mahupun yang dah jadi ibu, silalah jenguk dan follow blog Masliza ni okeys.:)


Cik Misya : Perasan diri ini baby face.:p

Wednesday, October 24, 2012

Merajuk dengan pemenang segmen Cik Misya Nak Follow! :(

Salam.. Ermmm mana pergi pemenang-pemenang segmen saya (Cik Misya Nak Follow!) nih? Dah hampir seminggu so far yang bagi feedback (hantar emel) sorang je.. Tu pun saya reply emel but until now dia tak reply balik apa yang saya minta. Uols taknak ek topup RM5.00 tu? Em yela.. RM5 bukannya banyak pun. Itu je saya mampu wat masa sekarang. 3 orang dah RM15.00. (Wah berkira!) hehe takdelah.. At least ada orang nak bagi hadiah event 20sen pun appreciate la. Huhu.. Saya dah tinggalkan pesanan melalui kotak komen pemenang. Ada sorang tu dah komen balik entri saya tapi tak emel-emel juga details nya. Huhu..


Saya nak merajuk lah camni. Boleh? Taknak dah wat segmen yang bagi-bagi hadiah lagi. Huhu.. Saja nak ngada-ngada ngan uols.. Ngee... Oklah diulangi sekali lagi wat pemenang segmen saya before this, please take note this entry okeys..  3 orang pemenang tersebut adalah Jesamine, Karukord Jagau's dan Uda Said.

Please send your details below to my emel aimi@aimisyahirah.com.

Name
Entry link
Handphone number
Handphone line


If still tak dapat details, maybe pemenang lain akan dicari. Atau pun burn jela hadiah tu. ;)) So, cepat bertindak ya sayang-sayang semua!^_-


Cik Misya : Mudah merajuk, senang dipujuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...