expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 30, 2013

Kursus Pra-Perkahwinan || I'm ready to be his wife..

Salam semua.. Erm saya ni asyik join segmen je kan? Huhu.. Cuti baru-baru ni uols buat apa ya? Tido?? Jangan begitu sayang.. Isilah dengan something bermanfaat ok. Nak buat bisnes? Jom join saya!! Tapi apa yang paling best masa cuti baru-baru ni, saya berjaya menghadiri kursus pra-perkahwinan! Ngee... 



Dua kali tertangguh sebab kekangan masa tapi Alhamdulillah dapat juga saya dan incik tunang hadir kursus tersebut... Banyak benda dan ilmu yang kami pelajari sebelum memasuki alam perkahwinan.. Walapun ada slot ceramah yang agak membosankan sampai audien terlena, tapi nasib baik saya tetap bertahan mendengar setiap ceramah yang disampaikan. Rugi tak fokus sebab kursus ni sekali je seumur hidup! Lepas tu pandai-pandailah bawa diri bila dah bergelar suami isteri nanti.. Tetiba rasa nervous plak nak kahwin! Ngehehe.. 



InsyaAllah, saya dan incik tunang berharap semua urusan kami untuk diijabkabulkan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doa anda semua amat diharapkan.. :) Banyak tanggungjawab perlu dipikul once dah bergelar suami isteri. Bukan setakat nikah pastu dah tak fikir pape. Sebab tu kena betul-betul ready dari segi mental, fizikal dan rohani. Alhamdulillah I'm ready to be a wife.. ^__^ Saya bersyukur sebab dapat incik tunang yang suka berbincang tentang semua perkara. Planning sebelum dan selepas berkahwin. At least kami betul-betul dah prepare dan ada matlamat untuk membina keluarga yang bahagia. Amin..


Saya hadir kursus ni di Putrajaya.. Sape-sape yang nak kahwin ataupun belum kahwin tapi nak hadir kursus ni pun boleh.. Klik SINI untuk maklumat lanjut.. :) Satu hari setengah je kursus ni.. Tapi banyak ilmu boleh dikutip untuk dijadikan panduan.


Now, saya tengah tunggu sijil saya dikeluarkan. Pastu bolehlah apply untuk kebenaran bernikah. Bila tu? jeng-jeng-jeng...;) Tunggu........



Cik Misya : Cinta muka buku.

3 comments :

Mimie Najib said... Reply To This Comment

alhamdulillah..saya dah pergi 3tahun yang lepas.. untuk menjadi seorang isteri juga dah lama bersedia.. :)

Nory Zoulkefle said... Reply To This Comment

welcome to the club....
best taw kawen ni...hehehe

fifie said... Reply To This Comment

Fie pun baru tamat kursus kahwin hari nie. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...