expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 16, 2013

Listen Listen Listen! Apa kejadahnya si Sharifah Johra nih??

Salam.. Kedengaran dari tajuk ibarat saya macam nak berchoral speaking! Huhu. Memang pernah join pertandingan choral speaking dan pernah juga menang. Tu zaman-zaman sekolah dulu la. Huhu. Yang saya nak story ni adalah isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang. Sana sini orang kaitkan dengan perkataan listen, listen, listen tuh. Uols dah tengok video bawah ni?

 


Kisah seorang mahasiswa yang cuba menyuarakan pendapatnya tetiba minah Sharifah Johra ni tak bagi peluang nak habiskan ayat-ayat terakhir mahasiswa tersebut. For me la, apa yang saya dapat lihat, so rude sebenarnya si Sharifah ni. As a good panel dalam satu forum, you should listen apa orang nak cakap. Bukan suruh orang yang listen kata-kata you saja. Pengucap yang baik pasti mampu jadi pendengar yang baik. 


Saya puji pelajar tersebut, iaitu Bavani atas keberanian beliau bersuara untuk menanyakan pendapat si Sharifah neh. Last-last mikrofon kena tarik.. Jawapan kepada soalan? Habis semua nama binatang disebutnya!! Apa kejadahnya?? Maksudnya, kita rakyat Malaysia tak sepatutnya komplen/kritik mana-mana pihak. Jadilah macam haiwan-haiwan yang tak boleh bersuara, redha dan pasrah terima semua benda! Benda salah pun terima.. 

Oh come on! Kita manusia okeys. Bukan binatang.. Diciptakan oleh Allah swt untuk berfikir dan menghayati setiap yang berlaku. Dah lah tak menjawab soalan, tiba-tiba masuk bab binatang! You're not good speaker Sharifah Johra! Yang bertepuk tangan tu pun seriously saya tak faham.. Tolonglah ok.. Saya dulu pernah bergelar mahasiswa. Bila tengok yang tepuk tangan tuh, alamak hai! Malunya...! Dorang macam takleh beza hujah mana satu yang bernas mana yang tak. Melainkan dorang memang suka disamakan dengan haiwan. ;p Ahaks... 

Pape pun syabas Bavani!! Anda memecahkan tembelang si Sharifah ni yang sebenarnya takde lah sebagus mana pun memberikan hujah. Tanya lain, jawab lain. Tak profesional. Hanya tahu, Listen listen listen! Hihihi...;)



Cik Misya : Komunikasi mendengar lebih sukar daripada bercakap.

10 comments :

Saya Disini said... Reply To This Comment

:)

feena shukri said... Reply To This Comment

tu la.. mcm trending dh kt fb 'listen listen listen' ni..hihi~

xleh nk slhkn Sharifah jgk sbb Bavani mngemukakn soalan ms program dh tamat. sdgkn ada sesi soal jwb smasa program sdg blangsung. xtau la btul ke x,bc sumber tu kt 1 blog ni.

http://makancabai.blogspot.com/2013/01/hot-news-terkini-gambar-bogel-sharifah.html

Mira Adzlia said... Reply To This Comment

hoho..hebat btol isu nih..

Sally Samsaiman said... Reply To This Comment

mmm...baru berkesempatan tgk video ni time lunch tadi...tpi masih tak faham...ade yg kata Sharifah tak bersalah,mgkn cume bhs agak kasar...

fiqah hamed said... Reply To This Comment

singgah sini setelah sekian lama menghilang..internet slow..tak dapat tengok video tuh..

najiah shaharain said... Reply To This Comment

tiada langsung adab dan sopan...

Mayang ABDUL RAZAK said... Reply To This Comment

akak pun x berapa faham..

Nadia Johari said... Reply To This Comment

go bavani

Rara Nasiha said... Reply To This Comment

paham and for me memang si Sharifah ni kena dengar dan kalau nak bangkang perlu la ada point. tu baru betul.

Norhaida said... Reply To This Comment

Quote :- Diciptakan oleh Alla SWT untuk berfikir...dminta tlg taip ALLAH dengan sempurna...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...