expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 20, 2013

Runtuh lagi!! Stadium Sultan Mizan di Terengganu..

Salam.. Lorr.. Dah repair pun roboh lagi?? Itulah yang berlaku terhadap Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Terengganu apabila semasa kerja-kerja penambahbaikan dilakukan, bumbung stadium tersebut rebah ke bumi lagi sekali. 




Mengikut laporan blog Omak Kau! seperti berikut :

Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.


Apakah hikmah di sebalik kejadian ini? Wallahualam...



Cik Misya : Jangan kejar keuntungan semata.

3 comments :

Rahmad Mat said... Reply To This Comment

tak berapa nak stable..

Nadia Johari said... Reply To This Comment

ade yg x betul tu

Hatimi Tahirruddin said... Reply To This Comment

aduh jahanam tempat duduk tu....entahlah nak kena tanya project manager ni....simpati dgn pekerja yg cedera tu...tapi ada hikmah bende ni berlaku sekarang...jgn bila dah siap esok time org tgh tgk bola plak runtuh sudahlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...