Astagfirullahalazim!! Terkejut bila melihat status facebook seorang gadis muda yang obses dengan drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3! Gara-gara kisah percintaan yang dikatakan sungguh 'sweet' dalam drama tersebut maka ada yang sanggup mengorbankan maruah diri untuk terlanjur!
Alahai ceteknya akal si gadis ni.. Dia ingat terlanjur tu apa agaknya? Hmm budak-budak sekarang.. Lalai dan leka dengan dunia yang penuh cabaran ni. Sampai benda-benda camni pun dia ingat permainan. Parent kalau boleh kawal la anak-anak anda supaya tahu setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak.
Dalam dunia ni mana ada kisah hidup yang sungguh perfect macam yang digambarkan dalam novel-novel. Dulu saya pun gila baca novel sampai penuh rak buku saya! Last-last tinggal perhiasan sahaja. Baca memang best tapi rupanya ia membuatkan kita banyak berkhayal sedangkan banyak lagi perkara perlu difikirkan. Now kalau beli novel pun lebih kepada kisah-kisah cinta berunsurkan islamik macam Ayat-Ayat Cinta. Banyak pengajaran yang boleh dikupas dan diambil sebagai seorang wanita Muslimah.
Pape pun buat anda semua, jaga diri baik-baik. Drama dalam TV semua tu hanya lakonan semata-mata. Realitinya sangat berbeza. Pandai-pandailah bawa diri ya..:)
Cik Misya : Hidup ibarat roda.
18 comments :
akak baca gak kat fb aimi.. mengucap panjang akak... lain teladan yg nak ditonjolkan lain lak pemahaman rumaja sekarang .. adoilaa...
masyaAllah kesian pada si dia yang terlalu taksub
aduyaii.... ini lah kalau dah terlalu minat dengan sesebuah drama tu... watak yang di lakon kan terkesan di hati peminat... semuanya nak di ikut...dah tak boleh lagi nak fikir mana yg baik dan yang buruk.... emmm....
pengaruh drama kuat sgt tu. haihh
cetek nya pemikiran dia nie.. syg lah maruah perempuan tu dik oiii.. tak semua kebahagiaan akan dapat dengan cara macam tu.
hmmmm..budak2 zaman skang ni, mmg terlalu taksub. ade je benda2 yg diorg nak buat di luar jangkaan kita
jgn ada yg terpengaruh..tetap ada kesan negatifnya.
minat jerk lh .. jgn smpai taksub. adooi ...
awk d tag ^^ http://www.nazlyizan.my/2013/02/random-giveaway-by-ls.html
terkedu kejap lepas baca.. doyaiiii.. hrp dia sedar dgn apa yg dia ckpkn tuuu
pemikiran budak xmatang.... mcm tu la
astaghfirullah. budak2 akhir zaman camni lah. berapa agaknya umur pompuan tu ya? fikiran cetak dan tak matang.
tu lah... ada akal pakai
kenapa lah tak leh nak pikir mana baik buruk dosa pahala... pelik betul lah!
Macam bodo jer saya tengok. Untung kalau ending dye macam tu. Kalau bertentangan, kan dah naya..
Astafirullahalazim..ape kebenda la budak tu pikirkan..haih..tak semestinya jln yg Allah tentukan untuk dia sama..nak kene ketuk jugak budak tu ha..haha
Mcm tu pulak yg dipikirkan nye ye...isk isk..
hhehe semua nak sweet.....yg untung penerbit drama dan penulis novel....
astagfirullah.. sebenarnya dia masih sedang mencari diri dia sendiri. takpe, kita jangan menguhukum dulu, kita doakan dia insaf dan diberi petunjuk.. :-) moga Allah redha
melayu.. xde cter lain ke nk wat. psl cinta je, msti buat trlanjur. pastu bahagia. bosan seyh.. ;0
Post a Comment