expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 26, 2013

Gempar!! Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak!!!

Salam. MasyaAllah!! Terkejut saya mendengar berita kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak penjenayah tidak dikenali sewaktu dalam kenderaan beliau! Menurut Berita Harian, mangsa ditembak sebanyak 3 das dan mengenai bahagian leher ke atas.

Gambar : Mangsa kejadian.


PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.

 Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. 


Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa. 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.


Al-Fatihah untuk Allalhyarham.. Terkejut saya bila pagi-pagi masuk office dalam meeting ada officemate bagitahu berita ni. Mula-mula ingatkan mangsa dimasukkan ICU sahaja. Rupa-rupanya telah meninggal dunia. Ya Allah hai jenayah sekarang makin berleluasa. Tempat terbuka macam ni pun boleh berlaku jenayah sebegini. Moga kita semua sentiasa dilindunginya. Amin...




Cik Misya : Kena pakai kereta kalis peluru.

1 comment :

Nur Irdina said... Reply To This Comment

mak dina cakap , tu bos baru kat pejabat Kastam .

#mak dina kerja kat sana. tak sangka baru je terus meninggal . Innalillah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...