expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 19, 2013

Ustaz Azhar Idrus jadi pelakon filem??

Salam.. Wah hari-hari Jumaat ni suspen je kan tajuk entri ni kan? But seriously I tell you berita ini benar cuma masih belum mendapat kata putus dari empunya badan iaitu Ustaz kesayangan saya dan semua orang ini iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI)!! Sumber daripada Lady Hanna menyatakan UAI bakal digandingkan dengan kumpulan Shiro dalam filem berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang arahan Pierre Andre!! Wah mesti super meletop punya movie nak kalau jadi! 


Walau bagaimanapun, Pierre Andre masih menunggu jawapan dari UAI sama ada bersetuju atau tidak untuk membintangi filem ini.

Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

Seriously jika menjadi UAI berlakon filem ni pasti ramai peminat-peminat beliau akan memberikan sokongan membeli tiket untuk menonton! Dan yang pasti Pierre Andre pasti mempunyai idea dan kreativiti yang tiada tandingan untuk dimuatkan dalam filem yang bakal dibintangi oleh UAI dan Shiro ini! Paling penting sarat dengan moral values walaupun ianya berbentuk komedi.



Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Pasti filem tersangatlah menarik selepas dihasilkan! Penampilan UAI yang memang menjadi ikutan ramai, menambah-nambah lagi rencah dalam filem islamik berunsurkan komedi ni. Hopefully UAI terimalah pelawaan Pierre Andre tersebut! Mencurah-curah rezeki UAI kan? Makin popular la lepas ni!! =)



Cik Misya : Suka ceramah agama yang santai dan ada komedi.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...