expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, May 22, 2013

Saya bukan agen modelling yang boleh berikan anda job!!!

Salam semua... Sejak dua menjak ni selain daripada emel tentang produk beauty yang saya kongsikan, terdapat beberapa emel yang diterima bertanyakan tentang modelling. Ada tu siap minta saya berikan job modelling pada mereka pula! Alamak hai.... Sudah salah tempat ni. Huhu...

Klik untuk gambar penuh

Maaf sangat-sangat ya adik-adik, kakak-kakak, sukacita dimaklumkan saya bukanlah individu yang memberikan anda pekerjaan sebagai model. Malah tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti agensi modelling, akademi modelling dan sebagainya. Saya hanya seorang model sambilan yang juga mencari job seperti anda. Apa-apa yang saya paparkan dalam blog ini bukan tujuan untuk mencari model-model baru. Tapi sekadar berkongsi dari rakan-rakan yang datang dari media, butik-butik dan aganesi modelling. Saya tidak pernah bekerja di bawah mana-mana pihak tersebut. Kecuali saya ada menandatangani kontrak dengan Butik Dlia Jane Collection untuk tempoh setahun. Itu pun fungsi saya sekadar menjadi model pakaian mereka. Tidak lebih dari itu.....



Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak jadi model tu, silalah ke saluran yang betul yang lebih arif.. Kalau sekadar nak tanya pendapat, InsyaAllah boleh diterima lagi. Lagipun saya sendiri dah kurang involve dalam  bidang modelling sebab terlalu busy dengan kerjaya dan business. Harap anda semua fahami... ^_^



Cik Misya : Nak income lebih banyak caranya... 


3 comments :

Nurul Farahizzati said... Reply To This Comment

sabar la kak.. mungkin dia minta di promote untuk mana2 agensi kot..

Vee Lea said... Reply To This Comment

Pst pst.. Sy nak jadi model jugakk. :D Hahaa. Cun lah akak ni =)

Delimasari said... Reply To This Comment

mereka nak belajar tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...