expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 10, 2013

Bonus 2 bulan setengah untuk penjawat awam??


PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA


Wow! Berita menarik ni..! Apa pun terpulang pada keputusan PM kesayangan kita ya!;) Ada duit, ada la.. If takde duit, kita kenalah usaha cari duit sendiri rite? Jom join bisnes PJJ-Projek Jadi Jutawan! Emel ke aimi@aimisyahirah.com untuk info lanjut!=)


Cik Misya : Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!

3 comments :

Cik Anis said... Reply To This Comment

wah! menarik ni ! Moga2 PM luluskan. Amin33

Fizi Zaidi said... Reply To This Comment

untung la penjawat awam..

Ainim Suju said... Reply To This Comment

Semoga PM akan memberikan jawapan yang terbaik nnt. InshaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...