expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 14, 2013

Kenapa saya tiada chatbox???

Salam semua.. Ramai juga bertanya pada saya kenapa saya tak letak chatbox/shoutbox dalam my blog. Antaranya blogger Kawaii. Cuma saya tak sempat nak explain kenapa kini tiada lagi chatbox dalam blog saya. 




Dahulunya saya pernah letak chatbox. Actually saya pernah announce why saya remove my chatbox dalam entry INI. Panjang ceritanya.......... Pendekkan! Ahaksss.... 



Yang bebenornya saya pernah jadi sasaran stalker dan hacker. Apa-apa saja berkaitan dengan dunia maya, pasti saya akan diganggu dengan begitu teruk sekali. Termasuklah facebook, emel, handphone dan segala macam benda lagi. Sometimes it looks like tak masuk akal. 


Tujuan asal letak chatbox of course mahu memudahkan blogger tinggalkan jejak during blogwalking. But rupa-rupanya menjadi tempat saya difitnah, dihina, dikutuk dan dimalukan tanpa sebab munasabah yang menyebabkan keselamatan saya terancam sampai saya terpaksa buat report polis. Saya try cari pelbagai solutions dan salah satunya menutup ruangan chatbox. Alhamdulillah amanlah sedikit blog saya..^_^ Walaupun still terima komen-komen yang tak best, tapi dengan bantuan admin yang menjaga keamanan laman sosial saya, saya dapat menapis perkara-perkara tersebut. (Ayat skema la plak). TQ admin!!=)

Sebenarnya bila saya usha-usha blogger-blogger femes yang dah ada ribu-riban followers, dorang tak letak pun chatbox. Jadi nak taknak pengunjung wajib tinggalkan komen untuk dijejaki semula. Huhu. Bagus juga tips ni. hehe..

Kesimpulannya, memang saya takkan letak lagi chatbox dalam blog. Banyak lagi cara untuk berkomunikasi dengan saya melalui kaedah yang betul. Apa-apa pun sape-sape yang letak chatbox, its ok.. As long as anda sentiasa pantau apa yang dittinggalkan oleh pengunjung ya. Makesure jangan terlampau dedahkan diri dalam mana-mana media sosial. Kalau dahulu saya selalu story tentang hal peribadi saya dalam blog, but now saya dah kurangkan atas nasihat incik tunang tersayang. Sharing something yang perlu saja. 

Banyak lagi kisah pasal stalker di SINI. Yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan..:)



Jangan lupa join contest duit raya saya di SINI!! Tarikh tutup 20 Ogos 2013. Makan ketupat sambil taip entry contest tau. Ahaks..;)

Cik Misya : Setiap pengalaman lalu menjadikan saya lebih kuat untuk hadapi cabaran mendatang. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...