Cik Misya kini bergelar Puan Misya..

Salam semua.. Actually dah lama nak khabarkan berita gembira ini.. Cuma tak sempat nak update details sebab terlampau busy sampai nak copy gambar pun tak sempat.. Syukur Alhamdulillah tanggal 7 September 2013 jam 2.30 petang, dengan sekali lafaz sah diriku dari seorang Cik bertukar menjadi Puan kepada suami tercinta Ahmad Japster (nama glamour).^__~ Mungkin ada rakan blogger dah tahu memang saya sangat busy membuat persiapan wedding cuma saya tak dapat khabarkan tarikh sebenar my wedding di blog ni sebab majlis saya bukanlah untuk hebahan seluruh dunia. Ngee...


Apa-apa pun saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun penat giler-giler menguruskan persiapan sehinggakan sehari sebelum nikah pun saya masih keluar mencari barang kahwin! Tak pernah dibuat orang kan pengantin ke hulur ke hilir masih memandu kereta cari barang kahwin yang tak cukup sehari sebelum menikah. Ahakss... Itu lah saya!! Hehehe..


InsyaAllah saya akan update lagi photo-photo perkahwinan saya yang tak official sebab yang official belum siap. Shooting outdoor & studio belum settle lagi. Huhu.. Jadi untuk blog ni takkan lagi ada panggilan Cik Misya.. Yang ada hanyalah Misya.. Lebih mesra gituuu...;)


Misya : Janggal bila dipanggil puan tapi best!

Comments

  1. tahniah cik opppss silap... tahniah puan misya

    ReplyDelete
  2. tahniah akak . seronok nye da kawen . hehehe .

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH kak.. akhirnya.. semoga bahagia till jannah :D

    ReplyDelete
  4. Akak!! Why did I missed this post?? Alaa.. Congrats, kak!! <3 So sweet and so pretty! Menunggu entry penuh dgn gambarrr :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts