expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 4, 2013

Hantaran perkahwinan ku... [Misya & Japster]

Salam semua.. Semalam saya dah update gambar-gambar tak rasmi pernikahan saya rite? Sape belum terjah klik SINI.:) Ok hari ni saya nak share about hantaran pula. Kalau ikutkan hantaran ni tak wajib ada tapi saya dan hubby buat hantaran ni sebab ianya ibarat hadiah untuk diri sendiri. Apa yang menarik, kami beli sendiri barang hantaran dan saling bertukar untuk digubah menjadi hantaran. So masing-masing dapat benefit. Adilkan? Ada satu hantaran je yang kami khaskan dari masing-masing sebagai hadiah..;) Dari pihak saya sebanyak 9 dulang manakala dari pihak lelaki berbalas 7 dulang. Jom tengok apa hantaran kami...


Inilah hantaran dari pihak perempuan.. Tak sangka sangat superb hasil tangan Mak Uda Sarah saya! Beliau yang gubahkan hantaran ni menggunakan fresh flower..! Seminggu lebih beliau siapkan hantaran ni. Terharu sesangat sebab super duper cantik! 

Mak Uda memang sangat rajin dan kreatif. Tapi so far dia hanya buatkan hantaran untuk saudara-mara. Tak ambil tempahan. Kalau ambil, mahu tak menang tangan nak gubah sebab hasil tangannya pasti superb!

Kasut... Favourite design my hubby, takde yang lain dah.;p


Coklat dan candy.. Ralat sedikit sebab saya tak sempat beli coklat favourite sebab coklat tu hanya jual kat airport sahaja. Thanks Mak Uda sebab tolong topupkan coklat yang best.

Sireh junjung.. Terbaik!! I love roses!^_^

Sepasang jam tangan jenama Polo lelaki dan wanita.. Ini hadiah dari hubby kesayangan untuk kami berdua..

Kemeja.. Hubby boleh pakai gi kerja.. Huhu..

Set perfume untuk suami tersayang... 

Cake Red Velvet from Musnida Bakery.. Last minute order ni tau! Alhamdulillah selamat sampai ke tangan Mak Uda. Rasanya pun sedap! Yummy....

Kamera digital.. Kenapa kami beli? Sebab nak gunapakai masa honeymoon di Korea. Hehe.. 

Bunga rampai.. Letak dalam bilik pengantin, harum semerbak!

Ini pula hantaran daripada pihak lelaki.. Digubah sendiri oleh family mentua.. Simple dan sweet..=)

Samsung Grand Duos... Yeehaaa... Dapat handphone baru! Selamat tinggal Samsung Tab.. Ngee....

Coklat.. Kejap je settle dihabiskan! Huhu..


Kasut jenama Nose dan handbag jenama.. alamak tak ingat brandnya sebab panjang sangat namanya! Huhu.. Pape pun thanks so much to my friend Asuwad sebab hadiahkan beg tangan gorgeous ni.. Tak tahulah berapa harganya...  Terharu dapat sponsor beg tangan mahal. T_T

Buah-buahan segar... Anggur saya kebas dulu! hehe sebab manis..

Set Eternal Beauty from Elken.. Tak perlu ke spa lagi wat facial. Dah ada mesin urut muka ni, siap boleh hilangkan double chin lagi! hehe.. Sape nak try facial dengan saya, jom datang jumpa saya..

Skincare set UPII by Elysyle Elken.. Inilah produk yang saya guna setiap hari untuk wajah saya. Alhamdulillah serasi sampai sekarang dan hasilnya, sampai husband pun puji kulit saya bersih dan lembut macam baby. Anda pun harus pakai produk ni! (Sempat promote tuh..)

Sireh Junjung.. Roses lagi! Memang saya suka.. ^_^

Ok tu sahaja hantaran wedding saya. Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Tips yang paling penting bila beli barang hantaran kalau boleh yang memang anda akan gunapakai. Ramai pengantin beli barang hantaran akhirnya jadi perhiasan sebab terlampau mahal dan tak boleh digunapakai setiap hari (terlampau eksklusif). Jadi bila barang tu leh guna hari-hari, takdelah membazir rite walaupun harganya agak tinggi sedikit. Biarlah wedding tu diberkati Allah swt dan tiada pembaziran berlaku. Membazir amalan syaitan... Kalau boleh bincang betul-betul dengan pasangan sebelum membeli barang hantaran. Penting tu..! Ok selamat berhantaran buat yang nak kahwin atau tunang..=)


Misya : Bila lagi nak rewards untuk diri sendiri rite?

4 comments :

Ainim Suju said... Reply To This Comment

cantik hantaran

Kathy Rbain said... Reply To This Comment

cantik gubahannya...

sYiRa LoKMaN said... Reply To This Comment

Assalamualaikum :)pagi2 terjah sini lagi ^_^
jemput singgah yee ..http://syiralokman.blogspot.com/2013/10/menjaga-hati-membiarkan-atau-memulihkan.html
Lebih baik sakit dengan kebenaran daripada gembira dengan penipuan :)
btw ! tc

norhuda ain ahnaf ahnor said... Reply To This Comment

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di ONLINE STORE
atau PHOTO PRODUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...