expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 23, 2013

Majlis Khatam Al-Quran... Pakai baju songket turun-temurun!

Salam semua.. Erm belum habis lagi story tentang my wedding ya.. huhu.. If anda nak tahu beberapa jam sebelum saya dinikahkan dengan my hubby, satu majlis khatam Al-Quran telah diadakan untuk saya.. Alhamdulillah niat bonda saya untuk melihat saya melafazkan ayat-ayat suci Al-Quran dalam sebuah majlis marhaban tercapai jua. Sebab dulu masa ibu saya kahwin pun ada majlis khatam Quran, Marhaban dan berzanji.. :)


Penampilan saya sebelum ke pelamin mini untuk khatam Quran.. Make-up by Cha Misha.. Nak tahu tak, baju kurung Pahang songket maroon yang saya gayakan ni adalah baju songket bonda saya semasa beliau khatam Quran di majlis wedding beliau! Huhu.. Turun-temurun baju ni.. Lepas ni anak saya pula la kot. Ahakss.. Hasil jahitan arwah nenda saya, memang tahan lama baju ni. Crown tu pula saya dapat masa saya menang Ratu Kolej (study matriks Kolej MARA Seremban). Berguna juga crown ni. Huhu..

Pelamin mini from Andaman 23.. Suka sangat!^^


Ketika mengalunkan surah-surah lazim.. Alhamdulillah bacaan saya lancar.. InsyaAllah akan terus mengamalkan amalan membaca Al-Quran..


Suasana ketika khatam Quran.. Kumpulan Marhaban yang diketuai oleh Puan Hanim..

Sungguh syahdu mendengar alunan Marhaban...





Terharu sangat-sangat kumpulan marhaban mendendangkan lagu nasyid istimewa buat pengantin. Sebak pun ada sebab beberapa jam lagi bakal menamatkan zaman bujang. Besar tanggungjawab harus dipikul sebagai seorang isteri...T_T

Mengagih-agihkan bunga telur buat ahli kumpulan marhaban dan para tetamu yang turut hadir..

My lil'sis, Angah membantu mengiringi saya masa agihkan bunga telur

Selesai majlis khatam, terus bergegas bersiap untuk majlis akad nikah.. Nak tengok foto-foto di majlis pernikahan saya? Klik SINI.


Apa-apa pun saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam majlis khatam Quran ini. Credit to Munirah (Angah's friend) untuk foto-foto yang menarik ni.



Misya : Wajib hantar anak belajar mengaji Quran.



2 comments :

MG schmidt said... Reply To This Comment

kalau elok lagi n boleh pakai takde salah nye pun pakai turun temurun
lg ada sentimental value kt situ :)

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said... Reply To This Comment

Cantik....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...