expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, October 24, 2013

Wajah penjenayah yang menembak mati pegawai bank!!!

MasyaAllah.... Terkejut bila dengar berita tentang kes rompakan sehingga mengorbankan seorang pegawai bank wanita akibat ditembak oleh penjenayah terlibat. Yang paling menyayat hati wanita tersebut ditembak dari jarak dekat sehingga berkecai wajahnya!! ya Allah hai apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni... Jenayah berleluasa.. Takde agama ke apa? Hasil siasatan pihak berkuasa, kini polis sedang mencari penjenayah tersebut. Di laman-laman blog sudah tersebar gambar wajah penjenayah tersebut. Mungkin gambar yang berjaya dirakam melalui CCTV boleh membantu mengenalpasti identiti penjahat tersebut..



Berikut merupakan laporan dari Sinar Harian suspek menggunakan kad pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di bank bersebelahan.

"Polis dalam proses memastikan identiti suspek kerana kad pengenalan dirinya didapati tidak wujud dalam rekod.

“Rakaman CCTV premis bersebelahan juga akan dilihat semula untuk siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru, polis meminta bantuan orang ramai mengesan suspek yang masih bebas bersama senjata api digunakan dalam kejadian itu.



Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa bersama tiga pekerja bank wanita diiringi pengawal keselamatan terbabit untuk mengeluarkan wang daripada bilik kebal.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 37 tahun itu melepaskan tembakan ketika dua pekerja wanita sedang membuka pintu peti besi berkenaan.

"Tembakan berkenaan mengenai wajah salah seorang pekerja, Norazita Abu Talib, 37, menyebabkan hampir separuh mukanya berkecai," katanya.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dipercayai bertindak sendirian.

Katanya, saksi mendakwa tiada sebarang percakapan antara suspek dan mangsa malah mangsa juga dikatakan tidak melawan.

Kejadian dilapor berlaku dalam tempoh seminit, suspek sempat mengaut sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam beg sandang yang ada bersamanya.

"Suspek yang menggunakan senjata ‘pump-gun’ kemudian keluar melalui pintu depan bank dan melarikan diri dipercayai menaiki sebuah motosikal," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek yang berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan itu sejak setahun lalu biasanya bertugas di bank bersebelahan, namun semalam menggantikan rakan setugas di bank terbabit.




Ya Allah hai... kerana duit sanggup manusia membunuh! Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan wang. Semoga pihak polis dapat menangkap penjenayah terbabit. Sama-sama kita doakan. Buat keluarga mangsa, takziah diucapkan. Al-Fatihah...




Misya : Takut pegang duit cash banyak-banyak.

1 comment :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

sekarang ni orang sanggup buat apa saja kerana duit... hu hu hu... dan nak ambil security guard sekarang pun nak kena buat thorough background checkup...rasa macam dah tak selamat lah pulak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...