expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 6, 2013

Adat Jawa : Hadiah kain batik buat pengantin baru yang datang rumah.

Salam semua.. Erm sejak kahwin ni memang saya agak busy. Menguruskan hal rumah tangga, kerjaya dan business. But so far i'm happy!=) Syukur Alhamdulillah... Bila dah kahwin ni, kena lah berjalan-jalan ke rumah saudara mara rite? Untuk perkenalkan husband/wife kepada sedara-mara.. Salah satu rumah saudara yang saya sempat singgah adalah rumah uncle saya iaitu pakcik Atan & makcik Sal at Bukit Beruntung. Before pulang, Makcik Sal hadiahkan saya sepasang kain batik. Sempena meraikan kehadiran pengantin baru ke rumah dorang. Katanya ni adat orang Jawa. Sebab Cik Sal memang asal Batu Pahat, Johor. Uish pure Jowo nih! hehe. Dulu masa dorang baru kahwin gitu juga bila menziarahi saudara-mara, banyak sungguh kain dorang dapat. Tak kiralah kain batik ke, kain pasang wat baju ke. Huhu. 



Ni lah kain batik tu. Cantik masih baru lagi. Macam tahu-tahu je saya dan husband nak datang. hehe. Tapi unik lah adat ni. First time saya dengar. Mungkin memberi hadiah kepada pengantin baru ni suatu simbolik dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan kepada tuan rumah dan pengantin. Yeke? hehe.. Pandai saya wat kesimpulan ya? ;)



Misya : Banyak memberi, banyak yang akan diterima.

6 comments :

Sally Samsaiman said... Reply To This Comment

eh, kelantan pun sama...ke ibu sally sorang je..? hehehe..ibu pun kalau ada pengantin baru, dia akan bg kain batik @ kain pelikat

Incik Zarif said... Reply To This Comment

tak tahu pula pasal pemberian kain ni.

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

kain batik ni sangat berguna dalam pantang ni...he he he...

Delimasari said... Reply To This Comment

saya pun bg juga pd pengantin yg dtg rumah, haritu anak buah datang tp kte bagi pinggan-mangkuk aje

Muhammad Khairuddin Lim said... Reply To This Comment

saya pun suka bagi orang kain batik kepada pengantin yang lawat ke rumah...

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

o..baru kathy tau sis..tapi ok jugak dapat hadiah kain batik ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...