expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 15, 2013

Busana dan Aksesori Di Hari Perkahwinan ku... [Misya & Japster]

Salam semua.. Erm rasa mahu update lagi tentang wedding saya tempoh hari.. Antara benda paling penting yang menjadi keperluan sebagai raja sehari, sudah tentu busana dan aksesori yang akan dipakai sepanjang majlis berlangsung. Dah jadi perhatian orang, kenalah pakai busana yang bukan saja cantik tetapi elok dan sopan.. So, busana yang saya pakai adalah hasil dari imaginasi saya yang telah dikumpul sekian lama dan akhirnya diterjemahkan oleh Butik Andaman23... Baju pengantin ni saya sendiri yang design dan diperhalusi oleh Andaman23. Alhamdulillah saya puas hati dengan hasil kerja mereka. Jahitan pun kemas. Simple but nice. Tak terlampau crowded dan yang paling penting design peplum gitewww...;)


Baju saya sebelum beading menghiasi keseluruhan busana ni. Saya ambil inspirasi dari sebuah majalah pengantin untuk design baju ni.

Nape pilih biru laut? Saya pun tak tahu. Haha.. But seriously saya bukan orang yang gemar blue colour. Dulu berangan mahu tema pink tapi zaman sekarang ni pink terlalu common. Masa tunang dah pakai pink. (Gambar pertunangan) Then usha-usha colour lain langsung tak berkenan di hati then akhirnya saya pilih warna ni sebab ianya nampak meriah dan lain dari yang lain. Sepasang dengan baju lelaki juga..


Then seterusnya kasut... Nak pilih kasut pun fenin kepala wooo... Bukan apa, saya ni ada 1 masalah. Kaki terlampau kecil! Macam Cinderella. Ahakss..;p Mana taknya, kasut budak pun saya leh sarung tau! Saiz 4... Huhu.. So, cari punya cari akhirnya jumpa kasut idaman hati. Warna silver, rasa macam grand giler kasut ni. Seluruh kasut dihiasi taburan silver berkilat. Sangat suka!


Tahu saya beli kat mana kasut ni? Kat The Mines, Serdang. Seminggu sebelum majlis saya dan hubby mencari kasut ni. Selain design ni ada juga berkenan dengan design lain tapi saiz plak takde! Aduhai masalah juga kaki kecik sangat ni. Huhu

Sebenarnya dah ada kasut untuk wedding ni tapi terlalu tinggi. 5 inci kot!!! Kasut saya pakai untuk modelling sewaktu fashion show. Hehe.. Sian plak hubby kelihatan kemetot if saya pakai kasut tu. Plus tak larat saya nak pakai lama-lama high heels ni. Sakit gilerrr kaki if pakai lebih dari 2 jam.



Yang lelaki haruslah lengkap bertanjak, bersamping dan berkeris. Berangan jadi pendekar lerr incik abangku.. Special bunga tangan from Andaman23 fro me.. Baru digubah... Memang cantik sangat bunga tangan ni..:)

Pengantin perempuan haruslah ada crown... Comel je crown ni. Tak perlu yang terlampau besar sebab veil pun dah sarat dengan beading..

Then, kena ada rantai.. Barulah berseri-seri kan? hehe...

Ni baju nikah yang saya pilih dari Andaman23.. Butik ni memang mempunyai macam-macam pilihan baju pengantin! Seriously memang sangat rambang mata kalau datang ke butik dorang kat Seksyen 23 , Shah Alam. Kalau ambil pakej, macam-macam baju boleh sarung untuk sesi photoshoot. Saya pilih baju nikah ni sebab sangat nice.. Teringin mahu buat tema arabian dengan mengenakan niqab. Sesuai sangatlah baju ni.  Macam fairy gitewww... Huhu...

Tudung untuk nikah... Puas lah mencari hijab yang ada niqab sekali. Search punya search akhirnya bertemu kedai online yang menjual set hijab dan niqab. Dalam RM120 camtu harganya if tak silap. Antara benda terawal saya beli untuk kahwin. Nak kahwin bulan September tapi dah beli ni bulan Mac! Huhu takut nanti last minute takde jual dah. Rupa-rupanya berlambak sana sini dalam online dijual. But this one is still the best!

Bertungkus-lumus Mak Andam Cha Misha dan Fiffy menyiapkan saya. Rasa dah macam puteri raja pun ada! Hehe.. Bila lagi mahu berangan kan..;) Tapi rasa berdebar-debar nak jadi isteri orang lagi menggunung okeyss!!~_^

Untuk sanding, haaa sangat menarik cerita ni. Saya punya mencari tudung yang sesuai sampai saya ada hampir 10 helai pelbagai jenis untuk dipadankan dengan busana saya! Dan yang paling kelakarnya, 1 hari sebelum saya nikah, sempat lagi saya sambar sehelai shawl dihiasi manik kecil dari Alamanda, Putrajaya!! Kelakar je rasa.. Banyak-banyak tudung yang dibeli, yang paling akhir jumpa tula yang saya pakai. Hehe...

Untuk veil, memang sekali pakej dengan busana.. Sangat suka veil ni.. Warna putih tapi dihiasi beading biru putih sama dengan baju. Suka sangat-sangat! ^^

So, buat anda yang mahu kahwin, makesure kelengkapan busana dan aksesori lengkap disediakan. Kalau boleh pilih pakej perkahwinan yang menyediakan kesemua keperluan busan dan aksesori. Dan cari Mak Andam yang boleh menghiaskan kita dengan aksesori mengikut kesesuaian.. Jangan terlampau sarat sebab nampak macam kereta flora bergerak je nanti. hehe.. Tudung kalau kena beli, beli pelbagai pilihan. Awning, shawl, syria, halfmoon atau apa saja design. Nanti tahulah mak andam menggayakannya. Sebab kalau pilih satu je, if ada masalah, uishh kelam kabut nanti nak cari tudung lain. Tips penting ni tau!=)

Ok tu je perkongsian saya untuk entry wedding saya hari ni. Nanti saya update lagi tips-tips lain ya!



Misya : Perasaan berbeza antara menjadi pengantin dengan memperagakan baju pengantin (modelling).^^









7 comments :

icumm said... Reply To This Comment

Tahniah :)
Cantik sgt semua baju2...

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

sis pki apa pun cantik..

Noratiqah Adib said... Reply To This Comment

Pemenang dah diumumkan!
http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/2013/11/pemenang-quick-segmen.html

miera craby craps said... Reply To This Comment

salam kalau boleh tau beli set hijab dan niqab tu dekat mana?

Iola said... Reply To This Comment

cantik nya sis :)

Unknown said... Reply To This Comment

Assalaamu'alaikum. Nk tnya..crown tu brapa harga ya?

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Unknown Crown? huhu saya pun tak sure sebab sekali sewa dengan baju.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...