Perhatian!!! Figure-Up - Produk Pelangsing mengandungi Sibutramin dan tidak berdaftar!!!

Salam.. Haaa siapa pernah dengar tentang produk pelangsing / pil kurus bernama Figure-Up? Agak famous juga produk ni dijual di laman-laman sosial seperti facebook dan blog. Kebetulan ada my friend call saya tanya kesahihan produk Figure-Up ni selamat atau pun tidak. Dah keje kat Kementerian Kesihatan kan, jadi tempat rujukan pula. Huhu. 


Ok berbalik story Figure-Up ni, saya tak berani nak claim apa-apa bout this produk walaupun memang pernah terdengar produk ni berbahaya kepada pengguna sehingga ada yang meninggal dunia selepas mengamalkannya! Saya cuba google kesahihan story tersebut then terjumpa 1 entry bout that sad thing..

Klik untuk cerita penuh
MasyaAllah.. kesian nyerr...=( Tapi betul ke story ni? Saya perlukan lebih kepastian. Kalau dah jadi kes camni takkan tiada apa-apa tindakan dari pihak berwajib? Saya google lagi.. Dan akhirnya saya dapat tahu di negara Brunei, Figure-Up memang dilarang dijual! Sumber di blog Dr. Zubaidi dan Pelita Brunei.



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mei. - Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama 'Figure-Up' daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan.


Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan.

Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.


MasyaAllah.. Produk ni sangat popular sekarang ni. My friend try memang kesannya sangat cepat. 2 minggu je dah turun 6 kg! Saya dah agak produk-produk sebegini mesti ada something di dalamnya. Ibarat pokok bunga satu tanam dengan baja organik dan satu lagi baja kimia. For sure yang baja kimia tumbuh sangat cepat tapi lepas 1 tahap, pasti ia akan mati mendadak sebab tiada ketahanan semulajadi. Tapi pokok yang guna baja organik, walaupun lambat tumbuh tapi kualiti pokoknya sangat bagus dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Faham tak konsep ni? Fikir-fikirkan..

Brunei dah ambil tindakan. Malaysia pula bagaimana? Berlambak-lambak kat fb dan blog dijual. Yang murah, yang mahal, yang ori, yang palsu. Ya Allah hai... Camne nak makesure benda tu selamat??? Dan setelah saya selidik melalui Biro Farmaseutikal Kebangsaan, melalui kenyataan akhbar bertarikh 30 Oktober 2013 bertajuk :



Baca betul-betul. Produk ini mengandungi Sibutramin sama seperti yang didakwa oleh pihak Brunei. Asalnya sibutramin digunakan untuk pesakit obesiti tapi selepas itu ia diharamkan pada 23 Disember 2012 kerana kesan sampingan seperti serangan jantung dan strok! Yang paling tak best nya, syarikat yang mengeluarkannya pun tidak berdaftar. Apa-apa terjadi pada kita, how come? Patutlah saya cari MAL number produk ni tak berjumpa sebab memang tidak berdaftar. Kalau daftar pun sah-sah tidak diterima kerana mengandungi bahan terlarang. Amaran tentang Figure Up telah pun keluar di akhbar-akhbar tempatan termasuk beberapa produk lain yang turut mengandungi bahan terlarang.


So, guys and girls, please la berhati-hati dalam memilih sesuatu produk kecantikan. Sesiapa yang dah ambil tu, baik berhenti sebelum terlambat. Sometimes ada produk yang dah sah-sah selamat dan berkualiti depan mata, tapi tetap pilih yang banyak keluar dalam facebook plus harga murah. Yang beli tu kadang-kadang bukannya budak sekolah, remaja dan wanita dewasa yang boleh berfikir dengan waras. Sebab apa? Sebab MURAH! Jangan kerana nak kurus dan cantik, sanggup ketepikan faktor keselamatan dan nyawa. Jadi wanita yang bijak ok! Husband pun bertambah sayang...:)

Misya : Wanita bijak masa kini bukan dari segi akademik sahaja tapi dari segi pemikiran, penampilan dan kewangan.;)

Comments

  1. berita tunang mati tu lame dah tahu
    alahai ..
    akak fmily dia makan ubat ni..
    aish...
    cane ni ...
    mmg xleh makan la ni..
    skank bnde ni 4botol rm100 boleh dpat da tau :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk lagi produk yg selamat dan berkualiti kat luar dear. Wat research ckit bout dat product b4 ambil.

      Delete
  2. betul , pernah try makan ubat ni . i had a headache . bukan sikit . teruk gila smpai terpksa berenti sebab takda tenaga nak makan sbb kesan ubat . tapi mmg cepatlah turun berat

    ReplyDelete
  3. takut juga dgr berita macam ni sis..tqvm sudi share..

    ReplyDelete
  4. bahaya ubat yg tiada kelulusan KKM ni

    ReplyDelete
  5. Thanz for the information,skrg sy bru taw sbb sy slalu skit kple! I lose 4kg in a week!!!awesome,,tpi skrg xmkn da sbb skit kple sgt2+tekak jdi sempit,xtaw knpe,,

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Thanz for the information,skrg sy bru taw sbb sy slalu skit kple! I lose 4kg in a week!!!awesome,,tpi skrg xmkn da sbb skit kple sgt2+tekak jdi sempit,xtaw knpe,,

    ReplyDelete
  8. ya Allah....dunno anything pasal ni. saye da blasah hampir 2 botol. Now da buang lepas baca blog ni

    ReplyDelete
  9. my frenz mkn ubat ni selama sebulan dn hnya turun 3kg krn die tak strik makan ubat ni. skrg die xmkn lg sbb slalu minum air suam, mbuat die ke toilet sepanjng masa apatah lg ketika bekerja. tp die ckp xde ape2 pn yg berlaku. mybe die tak ikut sgt rules bila mkn ubat ni.just want share....

    ReplyDelete
  10. my frenz mkn ubat ni selama sebulan dn hnya turun 3kg krn die tak strik makan ubat ni. skrg die xmkn lg sbb slalu minum air suam, mbuat die ke toilet sepanjng masa apatah lg ketika bekerja. tp die ckp xde ape2 pn yg berlaku. mybe die tak ikut sgt rules bila mkn ubat ni.just want share....

    ReplyDelete
  11. eh sorry..rupanya tak loading penuh..sigh -.-

    ReplyDelete
  12. Elok nak kurus jadi mati pulok. Ish......

    ReplyDelete
  13. Saya pernah mkn ubat nie. Hbs jugak 2 botol. Memang berkesan dan sempat laa rase kurus. Tapi satu hari tue saya bleeding macam orang keguguran. Perasaan Allah jer yang tahu. Tapi masa sy makan ubat tue, xde rasa negatif effect pun tp ternyata kesan negatif die dari dalam. Nasihat saya, jgn ambij ubat nie dah.

    ReplyDelete
  14. Saya pernah mkn ubat nie. Hbs jugak 2 botol. Memang berkesan dan sempat laa rase kurus. Tapi satu hari tue saya bleeding macam orang keguguran. Perasaan Allah jer yang tahu. Tapi masa sy makan ubat tue, xde rasa negatif effect pun tp ternyata kesan negatif die dari dalam. Nasihat saya, jgn ambij ubat nie dah.

    ReplyDelete
  15. Saya pon penah makan ubat nih...
    Masa before makan tuh berat says 92kg..Dalam 2 bulan jadi 71kg... X exercise pon...cuma pegi kuliah Jalan kaki, weekend ada kokurikular praktis tennis.. Pastu, saya makan 2 pil pagi, 2 pil malam... Ikotkan x boleh mcm tu...tapi tu lah..cepat gila turun berat... Tp, sepanjang makan tu, kesan negative pendarahan x dak la jadi... Lepas terbaca iklan KT paper kata racun teros seram.. Lepas tu mmg x consume dh...

    ReplyDelete
  16. Saya pon penah consume ubat nih...mmg drastik gila kesan dia...tu before saya tau yg dia beracun lah...berat sebelom 92kg, selepas 2 bulan 72kg... Sebab APA drastik sangat...sbb masa tu saya obses sangat nk kurus... Saya makan x ikot peraturan. 2 bijik pagi, 2 bijik malam.. Dalam 2 bulan saya consume 4 botol... Tapi, nasib baik x dak kesan negatif... Pastu, yg cepat turun tu maybe sbb pi kuliah Jalan kaki, masa tu x bawak Kereta pegi U lagi, weekend ada kelas koko tenis, praktis performance vocals.. Tapi after tau beracun mmg stop teros.. Tapi masa stop tu berat x naik sbb saya ada praktis menari until performance...masa praktis tu mmg dh stop ubat tu, berat plak dh jadi 67kg masa tu... Saya mmg dh puas hati masa tu sbb tinggi saya 168..taaapppiii...skrg, Lepas dh habis study, kerja...berat kembali kepada yg asal...sebabnya, semua dh stop...praktis menari, praktis vocal, sukan, Jalan kaki...makan jek...masa dulu saya kuat makan gak...tapi x stop praktis masa tu...hahaha...itu ja la yg saya boleh kongsi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts