expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 24, 2013

Diyana Halik (isteri Aaron Aziz) kini sudah berhijab!!!

Salam semua.. Wah khabar gembira dari seberang tambak, Singapura!! Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz sudah mengambil keputusan untuk bertudung sekaligus mengubah penampilan kepada lebih Muslimah sejati. Syukur Alhamdulillah... Penghijrahan yang baik sempena tahun baru 2014 yang bakal menjelma..


Menurut Diyana, dia terbuka hati mahu berhijab sepenuhnya kerana Aaron kerap bercerita tentang Hari Kiamat. Selain memang sudah berniat mahu berhijrah. Tahniah Diyana.. Semoga penghijrahan ini bakal memberi kebahagiaan berpanjangan buat mereka sekeluarga di samping lebih dekat kepada Allah s.w.t.^_^

Kata Diana :
Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia. Ujar Diana lagi, hatinya tergerak untuk berhijab selepas tindakan suaminya yang kerap menghantar video tentang kiamat kepadanya. 


Kata Aaron Aziz :
Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri.

Saya mahu anak-anak pun sama berubah juga, kalau boleh tidak mahu mereka pakai terlalu seksi atau singkat. Dahulu kalau saya tegur mereka akan mereka akan mempersoalkannya, kali ini biar mereka juga ikut seperti ibu mereka


Misya : Tahun baru, azam baru.

3 comments :

Invisible Me said... Reply To This Comment

Hmm. Alhamdulillah..

Maya Omar said... Reply To This Comment

alhamdulillah..ramai artis dah melakukan prubahan positif sebegini..:)

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

alhamdulillah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...