expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 17, 2013

Part 4 : Honeymoon di Korea [Nami Island]

Salam guys! =) Wah dah masuk Part 4 trip honeymoon saya ke Korea! Hehe.. Trip hari ketiga kami, ke Nami Island!! Haaa mesti peminat-peminat Korea suka entry ni sebab Nami Island merupakan salah satu tempat tercantik yang semua orang nak visit if datang ke Korea. Memang destinasi wajib selain Jeju Island!

Yes, kami sudah sampai ke Nami Island yang penuh nostalgia. Ahha.. Apa ada kat Pulau ni? Untuk honeymoon memang sesuai sangat ler datang pulau ni... Romantik sangat-sangat suasana kat sini.^^ 


So, what happen sepanjang kami ke Nami Island? Jom zoom!

Jam 12.00 tengahari kami sudah bergerak untuk menaiki tren ke Pulau Nami.


Untuk ke Nami Island, kami perlu transit di beberapa train station. Jarak Nami Island dari Seoul memakan masa lebih kurang 2 jam jika menaiki tren. Agak jauh.. Ala-ala dari KL ke Melaka jauhnya..



Tren yang paling last sekali perlu dinaiki adalah Korail.. (stesen Mangu ke Gapyeong) Agak lama juga perlu menunggu sebab tren ini adalah untuk perjalanan jarak jauh. Seperti ERL kalau di Malaysia.
  
Apa lagi, mari berposing! Ahakss......


Terjumpa couple honeymoon dari Sabah, Malaysia, terus minta bantuan snap our photo...

Ewah-ewah bukan main lagi ya..;)

In the train... Last-last memasing terlelap.. Jauh tu perjalanan. Huhu..


Now kami on the way ke Nami Island! Yahoooo...... Serius sangat excited!

Alhamdulillah selepas sejam lebih, sampai juga kami di Gapyeong station yang paling hampir dengan Nami Island! Huhu sejuk... Sebab pulau ni berada di kawasan bukit-bukau. Lebih sejuk daripada bandaraya Seoul cuacanya. So, mesti standby extra pakaian untuk panaskan badan.

So, kalau anda mahu ke Nami Island, naik tren mesti turun di stesen ini ya!=)


Dari Gapyeong, kami perlu menaiki teksi untuk ke jeti. Hujan mula turun renyai-renyai.. 


Haa dah sampai area jeti...! If uols nak tahu kalau tak mahu naik feri, uols boleh flying fox untuk ke Nami Island! Perghh sape bran?? Tiang kat belakang hubby tu tempat nak naik flying fox. Mahu beku punya sebab cuaca sangat sejuk...

Suasana di sekitar jeti.. Ramai pengunjung rupanya.. But mostly rakyat Korea..

Ok kena beli tiket dulu. 10000 won sekepala. Lebih kurang RM30.00 seorang.

Yabedabedu!!! Hehe... excitednya!

Pintu masuk ke jeti... Here we come, Nami Island!!



Feri sudah bergerak meninggalkan jeti..:)


 Subhanallah indahnya ciptaanNya.. Bukit bukau yang penuh kabus.. Serius sangat sejuk!



Akhirnya sampai jua kami di Nami Island!! Bangganya bila ternampak bendera Malaysia berkibar megah di atas feri ni..


Yeayyy dah sampai!!! Ramai betul pelancong. Kebetulan hari Ahad, jadi rakyat keluar spend weekend kat sini.:)

Apa yang uniknya bentuk pulau Nami ni adalah ia berbentuk separa bulat. Dah macam karipap pun ada! Hehe... So, kami tak melepaskan peluang menghabiskan masa ke setiap genap Pulau ni. If nak tahu, pulau ni la tempat penggambaran drama bersiri Korea pertama yang ditayangkan di Malaysia iaitu Winter Sonata dijalankan! Terbayang Jun Sang dan Yoo Jin (hero & heroin)!

Pokok-pokok di sini ditanam dalam keadaan berbaris yang menimbulkan efek pemandangan yang sangat cantik. 

Cantik tak? Hehe...


Haaa inilah tempat 'first kiss' dalam drama Winter Sonata! Nak kiss jugak lah! Hihihihi..












Antara replika-replika menarik di sekitar Nami Island ni. 

Dan.... Yang paling best nya kami di sini, dapat jumpa pelakon Winter Sonata live beb!!! Huarghhhh best giler!!!! T___T Jom tengok kami bergambar dengan dorang...


Hehe... agak-agak real tak ni? Hihihi... Sekali imbas macam betul je kami posing sebelah Jun Sang neh. Huhu..

Hakikatnya.............

Hihihihi giant poster je! Berebut-rebut orang nak tangkap gambar kat poster ni. Kalau dorang betul-betul ada, mahu pengsan saya nak peluk Jun Sang! Ahaks...;p



Lunch time! Perut berkeroncong.. Maggi juadah kami.. Hehe...


Sejuk-sejuk makan maggi... Memang masyukk.. Marvelous!!

Alololo lapar nya hubby ku.. Huhu..

Menghilangkan kepenatan.. Lepak-lepak di pondok-pondok comel sekitar Nami Island ni.. Boleh baring-baring santai-santai kat sini. Aman dan tenang je rasa. Betul-betul honeymoon la nih! Hehehe...

Haaa.. salah satu tempat penggambaran Winter Sonata! Rumah lama Korea...



Sebelum pulang... Bergambar buat kali terakhir.... Indahnya tempat ni.. Untuk cintan-cintun memang sesuai sangat la.. Untuk hiburan, this is not the place. :)


Alololo saja nak manja-manja.. Ahakss.... Gedixxxx!;p


Ok dah nak pulang ke Seoul.. Jam baru jam 4.00 petang tapi hari sudah semakin gelap..



Feri kami sudah sampai... Huuu sedihnya nak tinggalkan Pulau ni.:(  Tapi kalau duk sini pun takde tempat nak stay. Huhu...


Menggedik sat dalam feri! Hehe..

Fuhhhh sangat sejuk di luar feri! Nafas kami keluar asap tuh! Haha...

Goodbye Nami Island!! Will miss you!! InsyaAllah nanti datang lagi time winter..:)


Feri lain yang berselisih dengan feri kami...


Masa untuk pulang... Naik tren semula..


Namsan again.... Huhu perut sangat lapar!

Inilah juadah dinner kami. Nasi segera dan ayam masak merah segera from Brahims.. Syukur Alhamdulillah rezeki...


Hari seterusnya, kami visit ke istana-istana lama di sekitar Seoul dan haruslah ke tempat shopping!=)

Jangan lupa, baca Part 1, Part 2 dan Part 3 ya! Jom baca Part 5 pula..;)


Misya : Teringin nak main salji.

5 comments :

Farah Arina said... Reply To This Comment

waaa bestnya pergi korea :DD

MisEyz BLurz said... Reply To This Comment

Seronoknya sis dah sampai ke korea. Jeles. Hihihi.

zafirah nazri said... Reply To This Comment

waahhhh , seronoknya akk pergi bercuti :)

Maya Omar said... Reply To This Comment

wah, seronoknyer g korea..my dreams place plak tu..with bae yong jun..:)

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

seronoknyer...teringin nak pergi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...