expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 24, 2013

Part 5 : Honeymoon di Korea [Gyeongbokgung Palace || Insadong]

Salam semua.. Haa nak masuk hari terakhir story saya berbulan madu di Korea. Fuh sampai ada 5 bahagian entry kawww! Hehe over! Yang mana belum baca Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 tu boleh terjah link-link tersebut ya.^_~

So, apa aktiviti saya n hubby untuk Part 5 ni? Haaa salah satunya mengunjungi istana-istana lama Korea di sekitar bandar Seoul ni.. Tak sangka di tengah-tengah bandar Seoul yang sedang membangun dan moden ni, terselit beberapa buah istana lama zaman raja Korea! Bukan 1 tapi beberapa. Setiap satunya mempunyai keluasan yang sangat besar sampai nak jalan pun tak larat. huhu..

We are ready!! For the next journey at Seoul, Korea.... 

Akhirnya sampai di salah sebuah istana lama Korea.. Gyeongbokgung Palace namanya kalau tak silap. Punyalah payah nak menyebutnya. Huhu..

Kawasan istana ni sangatlah luas! My hubby said, rekabentuk bangunannya ala-ala seperti Forbidden City di Beijing, China.  


Siap bergambar dengan Guard istana.. 

Huhu yang paling best perjalanan kami kali ni disertai oleh 3 orang also from Malaysia. Backpackers seperti kami juga. Alang-alang mereka baru sampai dan still belum pandai nak jalan-jalan di sekitar Seoul, jom follow kami. Huhu..

Uncle John with his family.. Hehe..

Cantik tak corak kat siling pintu gerbang istana ni? Sungguh abstrak.. I loike!

Sempat posing! Hehe..




Kelihatan perarakan masuk pengawal-pengawal istana.. Replacement time. Mahu tak penat guards ni berdiri lama-lama kat situ.. huhu


Cantik pemandangan awan tu? Cuaca masa ni, kalau tak pakai sweater pun takpe. Sebab tak berapa sejuk sangat.. Matahari pun mencacak atas kepala. Huhu..

Istana ni dikelilingi oleh tembok batu yang agak tinggi. Lihatlah di luar kawasan istana ni semuanya bangunan-bangunan moden. Unik istana ni sebab betul-betul di tengah-tengah kota Seoul.

Selain istana ni, terdapat 4 lagi istana yang boleh dilawati. Untuk masuk setiap istana ada tiket. Tapi jarak setiap istana memerlukan kita naik tren untuk sampai. Bolehlah nak beli tiket untuk visit semua istana atau tidak.. Siap ada pakej lawatan semua istana dalam tempoh tertentu. Tapi saya n hubby pilih untuk visit 2 istana sahaja. Sebab lagi 2 tutup plus tidak cukup masa nak gi semua istana.

Cak! 

Antara barang-barang lama maharaja Korea yang dipamerkan.

Tempat Maharaja Korea bersemayam..

Bilik ini hanya dapat tengok dari luar saja.. Dilarang masuk sampai ke sana.. Tak memasal pecah pasu-pasu mahal kat dalam tu dikerjakan orang ramai. Huhu

Ramai betul pengunjung kat sini.. 


Rekabentuk bumbungnya sangat-sangat unik. Setiap bilik dan ruang mempunyai pengudaraan yang sangat baik. Sejuk je rasa bila masuk. Tak perlu pasang aircond pun! Sampai sekarang kami masih tertanya-tanya kehebatan orang-orang dulu membina istana ni. Sejuk dan mendamaikan..




Sempat bertenggek atas patung singa!


Seterusnya kami ke kawasan yang menempatkan Muzium dan Pagoda..

Cantik sungguh awan-awan tu!!!

Jom tengok haiwan kelahiran masing-masing.. Saya tahun harimau.. Ngaummm...;))



Harimau vs Rabbit! Hehehe...

Ini gambaran kawasan istana yang tersangatlah luas.. Serius jenuh nak berjalan! Huhu..


Antara replika-replika seni yang menghiasi kawasan istana ini..








Dari Pagoda, kami ke muzium pula...










Puas menyusuri sejarah Korea, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..
Nak tahu lebih details tentang istana Diraja ni? Klik SINI.

Sempat tangkap gambar before meneruskan perjalanan..

Sampai ke istana kedua.. Nak ke sini perlu naik tren. Tapi sayangnya istana rupanya ditutup setiap Isnin. So, kami bergambar dari luar sajalah.

Seterusnya, kami mencari-cari perkampungan traditional Korea.. Jenuh juga sebab tempat ni macam terselit di celah-celah bangunan.


Akhirnya bertemu jua!! Bukchon Traditional Culture Center... Menempatkan rumah-rumah tradisional Korea.


Comel-comel je rumahnya.. 


With adik Pika yang comel! 

Kat dalam ni ibarat terowong sejarah.. Pelajari bagaimana rumah-rumah tradisi ni dibina. Sungguh menakjubkan!


Smart tak? hehe..


Seni bina yang sangat unik.. Tanpa menggunakan sebatang paku pun! Macam rumah Melayu lama.. Dalamnya tetap sejuk walaupun di luar cuaca tak berapa sejuk.

Ada satu tempat shopping dinamakan Insadong.. Ala-ala seperti di Central Market, KL pun ada tempat ni. Apa lagi, puas lah round cari souvenir!!



Jom shopping!!


Rambang mata kami bila berada di sini. Macam-macam ada! Abang borong t-shirt punyalah banyak kat sini.

Boleh tawar-menawar harga barang kat sini... TAPI, kalau anda ke Korea di sini bukanlah tempat yang murah untuk membeli souvenir. Harganya agak mahal.. Kami pun mula-mula tak tahu! Terlepas juga beli beberapa souvenir. Nasib tak perhabis duit kat sini. Rugi! huhu..

Macam-macam ada! Sampai ada 1 kedai tu penjualnya pandai berbahasa Melayu! Pelat sebutannya jadi kelakar. huhu..

Tengah jalan-jalan tu ternampak 1 kedai aiskrim yang pelik tapi benar! Huhu.. Kon aiskrim yang digunakan bentuknya berbelit-belit! Ramai pulak yang beli. Haishh teringin juga nak rasa tapi apakan daya.. Status kehalalannya diragui. huuu...

Tengok orang tu makan aiskrim pun sampai tersenget-senget kepala. Unik!


Wajib bergambar dengan tulisan Korea. Huhu..

So, kalau nak jalan-jalan kat sini memang sesuailah. Nak shopping, jom gi tempat yang lagi best! Murah dan banyak pilihan! Kat mana tu? Tunggu Part 6 ya! hehehe...



Misya : Kaki shopping!

4 comments :

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

untungnya sis..dapat jalan2 g korea ni..cantik istana tu..ye la..lebih kurang mcm istana kat china tu yer?

perodua2u said... Reply To This Comment

Nak tnya kos semua utk flight berapa sis? Then wang poket sis bwa brapa? Tahun 2017 nak plan honeymoon kat sana. Mohon bantuan

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Kathy R'bain Aah sis..:)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@perodua2u Ok flight dalam RM1.8k camtu. Sampai sana penginapan, shopping, makan minum, tiket masuk sume dalam RM2k camtu. Kira kami spend dalam Rm4k+-. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...