expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 2, 2013

Paul Walker masih hidup???

Salam.. Semalam dunia hiburan dikejutkan dengan kematian pelakon Hollywood yang membintangi filem Fast & Furious iaitu Paul Walker. Saya sendiri pun terkejut bila menonton berita di TV mendengar berita yang amat mengejutkan ini. Hari ni terlintas mahu cari lebih info about insiden kemalangan ngeri yang telah mengorbankan aktor tersebut. 

Oh! Media antara yang terawal mengeluarkan khabar berita tersebut.

Fanpage Paul Walker- admin page tersebut juga mengesahkan tragedi tersebut telah mengorbankan aktor kesayangan ramai tersebut.

Di laman-lama sosial pula telah tersebar wajah Paul Walker yang cedera parah akibat kemalangan ngeri tersebut. Namun, tiada pihak yang mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanakah ianya terjadi tidak dapat dipastikan. Paul Walker dipercayai duduk di bahagian penumpang manakala kereta Porsche yang baru sahaja dimiliki tersebut dipandu oleh rakannya. Lalu hilang kawalan dan melanggar tiang telefon, seterusnya kereta tersebut meletup. Paul Walker dan pemandu kereta tersebut dikatakan mati di tempat kejadian.


Walau bagaimanapun, ada rumor mengatakan Paul Walker masih hidup! Yang mati hanyalah pemandu sahaja manakala Paul Walker yang mengalami kecederaan pada wajah sedang dirawat di sebuah hospital. MasyaAllah.. Ini mungkin kerja para peminat Paul Walker yang masih tidak dapat menerima kenyataan aktor kesayangan mereka telah pergi buat selama-lamanya.


Kalau ikut logik pun, tak mungkin sesiapa akan terselamat daripada nahas jalanraya tersebut memandangkan keadaan kereta Porsche yang dipandu remuk teruk dan hangus terbakar. Kalau mangsa selamat pun maybe mengalami kecacatan kekal. 


Apa-apa pun, terima lah berita kematian Paul Walker dengan redha. Kalau dia Islam, sudah pasti Al-Fatihah disedekahkan untuk beliau. Pengajarannya, berhati-hati di jalanraya. Dalam filem apa sahaja boleh dibuat. Accident banyak kali pun takde pape. Dunia sebenar, jangan lah berani-berani nak drift / pandu laju-laju walaupun pandu kereta berkuasa tinggi sekalipun. Manusia sangat lemah. Tiada siapa boleh melawan ketentuanNya. R.I.P. Paul Walker.




Misya : Percaya pada Qada' dan Qadar.

1 comment :

rokot nuluhon said... Reply To This Comment

He's dead. TFTF 7 won't be the same...huhu *kecewa*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...