expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 6, 2013

Zed Zaidi cedera parah akibat kemalangan??

Salam.. Uish terkejut bila baca entry blogger Emas Putih tentang berita kemalangan yang dialami oleh pelakon dan pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi! MasyaAllah betul ke Zed Zaidi accident teruk sampai berdarah teruk kepalanya? Baru saja dunia dikejutkan dengan kehilangan aktor Hollywood Paul Walker akibat accident tetiba berita Zed Zaidi pula keluar. Berita ini disebarkan oleh Mamat Sepah melalui Twitter nya dan kemudian di retweet oleh rakan-rakan artis yang lain seperti Azza Elite dan Isma AF.



Rupa-rupanya berita yang disebarkan oleh Mamat Sepah tu bohong semata-mata! Saja bikin gempaq sampai Azza Elite dan artis-artis lain pun bengang. Zed Zaidi sedang menjalani penggambaran rupanya. Memang ada babak accident dalam shooting tu tapi disensasikan oleh Mamat Sepah. Erm Mamat Sepah ni, kalau ye pun nak publisiti janganlah buat kenyataan sebegitu. Mungkin niat nak bergurau tapi lepas tu takde pula dia perbetulkan keadaan retweet balik kisah yang sebenar. Tak memasal peminat Zed Zaidi hentam si Mamat Sepah ni karang. Tak baik tau....;)




Misya : Kurang perhatian dan kasih sayang agaknya.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...