expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 30, 2013

Tambang murah ke Indonesia serendah RM59.00!!!

Salam.. Haa sesiapa yang bercuti ke Indonesia? AirAsia offer tiket murah bangetttt!!! Serendah RM59.00 sahaja!!! Jom fly ke Indonesia!! Yukk!!! Tekan SINI atau banner berikut untuk tempahan tiket anda. Tempah dari 29 April - 5 Mei 2013  dan terbang dari 1 Mei 2013 - 30 April 2014!!





Cik Misya : Mahu travel ke Europe.

Monday, April 29, 2013

Lelaki Ini telah review saya!!!

Salam.. Wah... Blogger Lelaki Ini telah review saya!! Huhu sorry lambat reply! Ngee.. Actually saya ada join segmen beliau di SINI. Dah lama dah saya dimaklumkan blog saya telah di review. Ngee... Tapi memang dah lama takde sape review blog saya. Almaklumlah busy melampau! Nak join segmen pun tak sempat. huhu.. Jom tengok apa kata Lelaki Ini tentang blog saya!!


Simple je review nya! Ngee .. Tapi okla kan? Cuma tang fames amos tuh, walaupun saya memang suka makan cookies femes amos tu tapi saya takdelah femes mana pun. Huhu..^_~ Don't worry follower-follower saya semua baik-baik belaka. =) Thanks so much kat Lelaki Ini sebab sudi review my blog. Siap promote produk saya jual lagi. hehe. Xie Xie Ni!!! Uols jangan lupa terjah blog dia tau! huhu..




Cik Misya : Wanita ini wanita biasa...

Friday, April 26, 2013

Jom like page saya dan join segmen saya!

Salam semua!! Ramai rupanya yang tak tahu saya dah ada fanpage sendiri di facebook. Huhu.. Saya selalu juga update di sana. Jadi sesiapa yang nak tahu update saya melalui fanpage boleh ke SINI untuk tinjau-tinjau apa yang ada kat sana. Nak shopping produk-produk best pun boleh!=)





Sape-sape dah like terima kasih bebanyak diucapkan. Jangan lupa join segmen saya di SINI. Masih lagi berlangsung dan bila-bila masa saja penyertaan akan ditutup! See you...^_^



Cik Misya : No die hard fan.

Produk kecantikan Tabita diharamkan??

Salam.. Haa ada sesiapa di sini yang menggunakan set kecantikan wajah jenama Tabita tak? Cer angkat tangan! Ke malu nak ngaku? hehe takpe.. Sebenarnya saya dah lama tahu isu produk Tabita ni yang telah pun diharamkan di negara seberang Indonesia. If sape-sape nak beli kat sana pun kena sorok-sorok bawah meja. Kini Malaysia pun telah mengambil langkah yang sama. Ramai juga rakan saya cuba promote saya gunakan produk ni tapi nasib baiklah dapat tahu lebih awal tentang produk ni. Kalau tak.....??



Anda tahu bukan saya salah seorang supplier produk minuman kolagen terbaik di dunia sekarang iaitu Elmarino Blanc? Tak tahu?? Boleh tengok SINI. Huhu. Salah seorang pengguna Elmarino Blanc merupakan bekas pengguna tegar produk Tabita sebelum ini. Beliau bukan tak cantik, tapi sangat cantik. Tapi akibat salah menggunakan produk, tak memasal kulit beliau rosak teruk! Boleh dikategorikan hampir terkena kanser kulit!! Alhamdulillah selepas mengambil Elmarino Blanc, MasyaAllah, kulit beliau kini sudah pulih sepenuhnya dan menjadi lebih halus lagi mulus! 


Saya sendiri menjadi testimoni produk Elmarino Blanc ternyata sungguh berkesan dan semulajadi. Tiada pengelupasan yang menyakitkan malah menjadikan kulit lebih sihat dan segar tanpa sebarang make-up! Yang penting, kulit di seluruh badan totally diperbaiki termasuk part yang tersembunyi!! MasyaAllah!!!




Satu-satunya produk kolagen yang BERANI meletakkan 100% boleh menghilangkan kedutan pada kulit! Perghh memang berani beb! Sebab memang terbukti berkesan!! Produk lain ada? Pasti takkan jumpa punya sebab kandungan produk luar yang bukan 100% asli. 


Di sini bukan saya ingin menjual produk semata-mata tapi lebih kepada perkongsian ilmu. If nak pilih produk pastikan ketulenannya dan keselamatannya. Makesure ia dihasilkan menggunakan bahan semulajadi menggunakan teknologi yang betul supaya kita tak menyesal kemudian hari. Jangan sebab murah anda sanggup menggadaikan keselamatan dan kesihatan diri . Tiada salahnya invest sedikit untuk hasil yang anda sangat-sangat puas hati. So, berhati-hati dalam memilih produk kecantikan ya ladies!=)

Jom like page saya!! Misya D'Elkenian

Cik Misya : Cantik itu subjektif tetapi perlu lebih kreatif untuk jadi cantik.

Gempar!! Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak!!!

Salam. MasyaAllah!! Terkejut saya mendengar berita kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak penjenayah tidak dikenali sewaktu dalam kenderaan beliau! Menurut Berita Harian, mangsa ditembak sebanyak 3 das dan mengenai bahagian leher ke atas.

Gambar : Mangsa kejadian.


PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya, jam 8.15 pagi ini.

 Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini. 


Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa. 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.

“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.


Al-Fatihah untuk Allalhyarham.. Terkejut saya bila pagi-pagi masuk office dalam meeting ada officemate bagitahu berita ni. Mula-mula ingatkan mangsa dimasukkan ICU sahaja. Rupa-rupanya telah meninggal dunia. Ya Allah hai jenayah sekarang makin berleluasa. Tempat terbuka macam ni pun boleh berlaku jenayah sebegini. Moga kita semua sentiasa dilindunginya. Amin...




Cik Misya : Kena pakai kereta kalis peluru.

Thursday, April 25, 2013

Memey Suhaiza sah terus bertudung!

Salam.. Wah berita baik buat peminat pelakon Memey Suhaiza di mana pelakon ini membuat pengakuan akan terus bertudung! Sah berita ini disampaikan melalui Gua.Com.My. Syukur Alhamdulillah... 

"Saya memang dah buat keputusan untuk terus bertudung. Keputusan ini saya buat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hati saya sendiri. Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung,” ujar Memey ketika dihubungi GUA sebentar tadi."


Mungkin mengikut jejak langkah bekas isteri husbandnya iaitu Abby Abadi yang sekarang makin mesra dengan Memey Suhaiza..:) Dah macam one happy family dah saya tengok. Huhu.. Luar biasa sangat-sangat dorang ni kan? Dari segi kerjaya Memey sebagai pelakon, Memey menyatakan akan meneruskan karier lakonan beliau tetapi perlulah sesuai dengan wataknya yang berimej Muslimah sekarang.

''Buat masa ini saya memang mahu beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi, saya akan terus berlakon selagi mendapat tawaran. Saya tidak akan terus berhenti kerana lakonan adalah minat saya. Namun, saya tidak nafikan mungkin tawaran itu akan berkurangan. Tetapi tidak mengapa kerana saya yakin rezeki ada di mana-mana. 

Abang pun sudah berpesan, seandainya tawaran berlakon berkurangan selepas ini, saya tidak boleh menyesal kerana apa yang saya lakukan ini adalah kerana Allah. Abang memang lebih suka kalau saya duduk di rumah dan beri tumpuan kepada keluarga. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga tidak menghalang kalau saya ingin terus berlakon,” ujar Memey mengakhiri perbualan.''


Papepun, tahniah diucapkan buat Memey akan penghijrahan beliau! Tertutup itu lebih baik daripada terbuka. Malah lebih berkat hidup kita sebagai wanita Muslimah..:)



Cik Misya : Mahu tinggalkan dunia modelling. Fokus kepada bisnes.

Istimewa : Terima kasih buat pembeli-pembeli DX Lingerie!=)

Salam semua... Entry ini dituju khas buat para customer DX Lingerie saya yang sudi membeli dan berkongsi kehebatan DX dengan saya! Baik di rumah, pejabat, kedai makan, surau dan di mana sahaja telah saya jelajahi untuk berkongsi ilmu pemakaian baju dalam yang betul! Hingga kini banyak emel yang masuk untuk menempah sesi free-fitting dan membuat pelbagai pertanyaan tentang DX Lingerie. Sungguh-sungguh luar biasakkk!!! Terima kasih buat anda semua!! Muah-muah-muah!!!^__^






InsyaAllah banyak lagi gambar akan dipaparkan. Jangan lupa kongsikan kehebatan DX kepada wanita-wanita di luar sana ya! Mereka di luar sana memang-memang memerlukan bantuan untuk kelihatan cantik dan sihat dengan pemakaian baju dalam yang betul. Ilmu semakin dikongsi semakin banyak diterima.:)


Cik Misya : Benda baik berdosa jika tidak disebarkan.



'Wheel Chair' di lobi-lobi utama KKM...

Salam.. Buat para pelawat/pengunjung Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) di Putrajaya, anda tak perlu risau sekiranya anda atau anda membawa sesiapa yang merupakan golongan 'kurang upaya' atau warga emas kerana perkhidmatan 'wheel-chair telah disediakan di lobi-lobi utama pejabat IPKKM. Antara lokasi perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut :

  • Lobi Utama, Blok E7
  • Lobi E7 (B)
  • Lobi Blok E1
  • Lobi Blok E3
  • Lobi Blok E10
  • Bahagian Pengurusan Latihan, Presint 2






Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini, bolehlah berhubung dengan Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas di lobi-lobi IPKKM.. Mungkin atas cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh para pelawat/pengunjung sebelum ini, maka inisiatif pihak KKM mewujudkan perkhidmatan wheel chair ini di lobi-lobi utama pejabat. Sebelum ini biasanya hanya di hospital atau di klinik sahaja disediakan. So, tak perlu lagi risau if ada urusan di IPKKM dan anda memerlukan wheel chair. Kami sedia membantu...:)



Cik Misya : Saya Yang Menurut Perintah.

DX Lingerie Catwalk Show kini kembali!!! Tiket sudah mula dijual!!

Salam semua!! Anda terlepas peluang untuk menyaksikan DX Career Forum di Taiping, Perak baru-baru ini? Jangan risau, kini DX Lingerie Career Forum yang bukan sekadar besar malah bersifat MEGA akan berlangsung pada 28 April 2013 (Ahad) ini!!! Bukan di dewan-dewan biasa tetapi di Stadium Putra Bukit Jalil!!!! Tiket berharga RM8.00 sahaja dan anda akan mendapat freegift Elmarino Blanc (bernilai RM6.00 sepeket) yang sangat-sangat luar biasa!!



Apa yang anda akan dapat masa Mega DX Career Forum ini?? Macam-macam yang anda akan ketahui antaranya bagaimana menjana income 5 angka dengan hanya berkongsi kehebatan DX Lingerie!! Di samping berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman memakai DX Lingerie melalui sesi free-fitting! Dan yang paling best anda dapat melihat sendiri model-model live ber catwalk atas stage menggayakan DX Lingerie serta pakaian dalam/korset berjenama lain untuk dibuat perbandingan termasuk jenama 'Hai-Hai, Bye-Bye' yang tengah popular sekarang ni (teka la jenama apa tu..;))




Mega DX Career Forum ini julung-julung kali dianjurkan oleh Elken kerana pasaran DX Lingerie sedang meletup-letup dan telah melahirkan ramai jutawan dengan income 5 angka! Bayangkan, jual baju dalam pun boleh buat duit?? Jangan kata wanita, lelaki pun boleh turut serta okeys!! 


Thats me!! Sebulan sahaja di Elken Alhamdulillah sudah dapat hasil! Part time kat KFC/Parkson pun tak mungkin boleh dapat sebegini banyak income.  Cerita lanjut di SINI



So, nak beli tiket MEGA DX CAREER FORUM? SMS/Call Cik Misya di talian 016-9561764 atau emel ke aimi@aimisyahirah.com segera!!! 


Cik Misya : Modal kecil mampu menjana income ribuan ringgit setiap bulan.


Wednesday, April 24, 2013

Bukti : Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen!!

Salam... Merujuk kepada entry yang baru saya post sebentar tadi di SINI, disertakan link berkaitan rencana Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian. Sila klik SINI atau gambar berikut : 


Sudah terbukti sememangnya tiada kajian saintifik yang sahih tentang kewujudan kolagen dalam rumpai laut! Kalau tak percaya juga, terpulang... Nak murah punya pasal, teruskan.:) Lagi bukti di SINI, SINI, SINI.

Yang penting saya amalkan meminum Elmarino Blanc dari Elken yang lebih terjamin kualiti dan keselamatannya! =) Investment hari ini untuk masa depan yang lebih cerah dan berkualiti.



Untuk pertanyaan atau pembelian boleh contact saya di line berikut:




Cik Misya : Jadikan dirimu mahal semahal nyawamu..

Penting! Bayi masuk ICU gara-gara ibunya makan rumpai laut masa mengandung!

Salam.. Sekarang musim para wanita dan lelaki membeli rumpai laut untuk dijadikan suplemen harian. Rumpai laut tersebut dikatakan mempunyai kolagen yang boleh mencantikkan kulit. Saya terfikir-fikir juga, betul ke? Sebab sepanjang pengajian saya di Universiti, kolagen ni datangnya dari sumber haiwan iaitu sejenis protein yang membentuk kuku, kulit, rambut dan sebagainya pada tubuh manusia. Tumbuh-tumbuhan tak pernah pula saya mendengarnya sebab tumbuh-tumbuhan mana ada protein! Baru-baru ini saya terbaca  artikel dari akhbar Sinar Harian bahawa firasat saya betul yang rumpai laut mana ada kolagen!!


Tapi saya pelik kenapa ramai sangat orang sekarang giler bayang membeli rumpai laut ini? Rupa-rupanya sebab harganya yang murah. Beli berkilo-kilo boleh dapat berapa ringgit sahaja! Bila saya dengar je, terus saya jadi takut. Sebagai food technologist, of course saya sangat particulate sikit tentang proses penghasilan sesuatu produk tak kira lah makanan atau bukan makanan. Saya dah melawat bermacam-macam kilang makanan sampai ada yang balik, saya muntah! Itu kilang makanan terproses. Habis, rumpai laut yang direct dari laut terus bawak balik rumah camne pula?? Wallahualam.. Macam mana dengan kandungan logam dan bendasing di dalam nya? Adakah ia melalui proses yang betul? Sebab air laut mengandungi kandungan logam berat seperti plumbum yang sangat tinggi. Di samping pencemaran minyak, kehadiran bahan fizikal seperti kaca, pasir, dan sebagainya yang memang memudaratkan kesihatan jika memakannya.

Akhirnya terjawab sudah, rakan saya baru-baru ini menceritakan anak buahnya dimasukkan ke dalam ICU kerana terdapat pasir dan tanah di dalam darah bayi tersebut! MasyaAllah.... Kerana apa?? Rupa-rupanya ibu bayi tersebut suka memakan rumpai laut masa mengandung! Mungkin dengan harapan anak yang bakal dilahirkan mempunyai kulit yang cantik tapi padah yang menimpa. Saya simpati dan terpanggil untuk berkongsi kisah ini. Sebab di luar sana terlampau banyak produk kolagen rumpai laut (katanya!) dijual berlambak-lambak di pasaran. Ada orang kata kena cuci bersih-bersih if nak makan. Ok boleh, tapi anda nampak ke pasir-pasir halus di sebalik rumpai laut tersebut? Tak kena pada anda, mungkin kena pada bayi dalam kandungan..


Saya juga hampir-hampir nak terjebak menggunakan rumpai laut ni tapi Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan produk kolagen yang benar-benar tulen dan berkualiti dari Elken, iaitu Elmarino Blanc. Biarlah harganya tinggi sedikit tapi at least saya tak menggadaikan masa depan saya dengan memakan sesuatu yang tidak diketahui asal-usulnya dan bagaimana ia diproses... 




Cik Misya : Jangan rendahkan harga diri anda.

Harga 'loose piece' DX Lingerie!!!

Salam.. Ramai yang bertanya pada saya, Dx Lingerie wajib beli pakej ke? Tak leh beli satu-satu? Jawapannya... Boleh! Huhu... Tak semestinya anda perlu beli pakej sekaligus tapi kebiasaannya customer lebih suka beli pakej berbanding loose pieces kerana lebih murah dan menguntungkan! Tapi buat para customer yang nak beli satu-satu juga, di sini saya senaraikan harga setiap loose pieces..


Sesiapa yang nak buat pembelian boleh direct SMS/Call saya di 016-9561764 atau emel ke aimi@aimisyahirah.com untuk maklumat selanjutnya.. Bagi yang berminat untuk harga pakej boleh lihat senarai di bawah atau klik SINI atau SINI

Pakej 1 : Single Set Waist Nipper (Bra+Girdle+Waist Nipper+ free 1 panties) - RM112
Pakej 2 : Single Set Body Shaper (Bra+Girdle +Body Shaper+ free 1 panties) - RM121
Pakej 3 : Full Set (Bra+Girdle+Body Shaper+Waist Nipper+ free2 helai panties) - RM144
Pakej 4 : Twin set (2 bra+ 2 girdle+body shaper + waist nipper + free 2 helai panties) - RM190
Pakej 5 : Total Beauty Expert (2 Bra+2 girdle+waist nipper+body shaper + free 2 helai panties + 4  
                cellulite contour gel) - RM214


Nota : 

Pakej 1 & 2 : Untuk tubuh yang terlampau kurus
Pakej 3 & 4 : Untuk semua kategori tubuh 
Pakej 5 : Untuk tubuh yang terlampau gemuk/lemak pejal yang sukar disingkirkan



Cik Misya : Tetap pakai full set walaupun kurus.

Tuesday, April 23, 2013

Tinggal seminggu saja lagi untuk join segmen saya!!

Salam semua.. Haa masih ada masa berbaki seminggu saja lagi segmen yang dikelolakan oleh saya! Segmen apa tu? Meh join SINI atau klik banner!! 


Jangan lupa blogwalking semua peserta di SINI ya! 30 orang pertama join automatik di bloglisted kan oleh saya! Huhu.. 5 orang yang bertuah akan direview oleh saya..=) So cepat-cepat join okeys!!



Cik Misya : Tengah rancang untuk anjurkan giveaway dengan hadiah yang sangat best.

Friday, April 19, 2013

MasyaAllah!! Jatuh kafir tanpa sedar...!!


Salam Jumaat semua.. Astagfirullazim... Di sini saya kongsikan gara-gara kesilapan yang mungkin kita semua tidak sedari menyebabkan kita boleh jatuh murtad!! MasyaAllah.. Jom tengok senarai-senarai perkataan-perkataan yang boleh menjadikan seseorang itu murtad... Elakkan!!!

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)


"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.


p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.


- Sumber di SINI.



Cik Misya : Solat jangan tinggal kerana melalui solat kita sentiasa memperbaharui syahadah.

Panggilan terakhir!!!! Bertindak sekarang sebelum terlambat!!

Salam semua!! Seperti mana yang saya telah maklumkan sebelum ini di SINI, mulai 20 April 2013 harga produk Elken termasuk DX Lingerie akan dinaikkan!! Jadi, hari ini 19 April 2013 adalah hari terakhir untuk membuat pembelian menggunakan harga lama secara tunai atau kad kredit (penuh/0% interest instalment)!!! 






Sila hubungi saya segera di talian 016-9561764 untuk pembelian!!



Cik Misya : Tiada kompromi dengan diri sendiri untuk sihat dan cantik.

Ustaz Azhar Idrus jadi pelakon filem??

Salam.. Wah hari-hari Jumaat ni suspen je kan tajuk entri ni kan? But seriously I tell you berita ini benar cuma masih belum mendapat kata putus dari empunya badan iaitu Ustaz kesayangan saya dan semua orang ini iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI)!! Sumber daripada Lady Hanna menyatakan UAI bakal digandingkan dengan kumpulan Shiro dalam filem berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang arahan Pierre Andre!! Wah mesti super meletop punya movie nak kalau jadi! 


Walau bagaimanapun, Pierre Andre masih menunggu jawapan dari UAI sama ada bersetuju atau tidak untuk membintangi filem ini.

Saya bukannya mencipta kontroversi murahan, menjual nama Ustaz Azhar Idrus. Sebaliknya saya memang sudah menyampaikan hasrat kepada beliau dan dalam perbincangan tersebut, beliau nampak senang dengan jalan cerita tersebut. Justeru, saya berharap ALLAH SWT permudahkan urusan saya kerana filem ini adalah filem dakwah dan ustaz juga dapat turut serta dalam filem ini.

Seriously jika menjadi UAI berlakon filem ni pasti ramai peminat-peminat beliau akan memberikan sokongan membeli tiket untuk menonton! Dan yang pasti Pierre Andre pasti mempunyai idea dan kreativiti yang tiada tandingan untuk dimuatkan dalam filem yang bakal dibintangi oleh UAI dan Shiro ini! Paling penting sarat dengan moral values walaupun ianya berbentuk komedi.



Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.

"Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Pasti filem tersangatlah menarik selepas dihasilkan! Penampilan UAI yang memang menjadi ikutan ramai, menambah-nambah lagi rencah dalam filem islamik berunsurkan komedi ni. Hopefully UAI terimalah pelawaan Pierre Andre tersebut! Mencurah-curah rezeki UAI kan? Makin popular la lepas ni!! =)



Cik Misya : Suka ceramah agama yang santai dan ada komedi.

Thursday, April 18, 2013

DX Lingerie menaikkan yang kendur, menggeleber dan melandut!

Salam... Terbaekkkkk dari ladang!!! Lagi testimoni-testimoni luar biasakk hasil pemakaian Dx Lingerie dari Elken!! Thats why ramai orang menggelarkannya baju dalam magic! Pakai je terus nampak kesan. Then konsisten pakai dan membuat urutan dan pengalihan lemak, pasti dapat keputusan yang sangat-sangat puas hati dengan harga yang dilaburkan! Dan yang paling best boleh menjana income luar biasa juga! Siapa nak income 5 angka?? Makesure anda miliki dulu DX Lingerie dan kongsikan ia kepada orang-orang sekeliling anda!!!

Adik comel si Zafira ni rakan model saya tau! Beliau sukakan kecantikan dan sekarang bekerja di butik Muslimah.. Yang paling best saya suka tengok tang peha dia makin kecil!! Pinggang pun dah ada..!

Haaa akak ni dulu rupanya macam mak orang tapi lepas pakai DX totally mengubah hidupnya! Dah macam anak dara kembali! Hehe..

Customer saya yang dirahsiakan identitinya.. Ngee.. Perubahan ketara pada kedudukan pink-spot (puting susu) tanda putih sebelum dan selepas memakai DX, payudaranya ditinggikan! Barulah jadi body Rozita Che Wan!! Customer ni belum kahwin lagi tau. See....... Kalau anda masih memakai bra biasa atau berjenama lain sekalipun, payudara akan mudah mengendur dan melandut dan mungkin jatuh sampai ke pusat!! Tolonglahhh jangan jadi begitu wahai wanita!! 

Kak Coddy.. Ratu Elken!! Dulu badan ibarat di pam-pam!! Sekarang pinggang mak aihhh macam kerengga! Perfect 36-24-26!! Barbie doll shape!!=)

Walaupun berisi, bila pakai DX tetap kemas bentuk badannya. Tiada lagi lemak yang berbonjol dan bersepah-sepah!

Akak ni pun sama! Dah boleh bergaya dengan baju lawa-lawa lepas pakai DX okeys... Uols ada?? ;)

Ni lagi luar biasa!! Dulunya menggelebeh tak hengat!! Adoi kalau saya pasti segan ya amat nak keluar rumah if ternampak bonjolan-bonjolan tak best pada badan. Ngee.. After 5 hari pakai DX, perghhhh terus breast jadi mantop, pinggang ramping gitewww.....

Adoi!!! Sebelum pakai DX, tengok peha je dah besar pinggang saya! Huhu... Sampai beliau kurang keyakinan diri. After pakai DX, lihatlah perubahan ketara! Dah macam ratu cantik okeys! Kini memiliki 10 set DX Lingerie!! See.. Berbaloi-baloi invest untuk dapat body yang diinginkan!! Tak payah bazir masa, duit dan tenaga beli entah pape produk kat luar sana tu.

DCM Baba.. Sahabat seperjuangan saya.. Dulu chubby tau! Peha besar! Now, ramping dan langsing! Kini bergelar seorang pelakon mengikut jejak langkah adiknya Emma Maembong!


Yang ni paling ketara perubahan pada payudaranya.. Dari kedudukan hampir pusat, kini telah diperbaiki 90 darjah seperti Che Ta!

Kak Wan Hanum... Spare-tyre kelihatan benar masa dolu-dolu.. Lepas pakai DX, Ya Allah hai memang cantik gilerr Kak Hanum sekarang!

Ini lagi tak menahan!!! Penang mari wooo!! Dulu takde rupa seorang ratu pun! Kini bergelar Rati Lingerie Elken Penang 2008! Tahniah!!


Banyak kan bukti-bukti hasil keberkesanan pemakaian DX Lingerie?? Ini sebenarnya sebahagian sahaja. Testimoni 1 boleh dilihat di SINI. Ramai tanya, susah ke nak pakai? Serius senang giler-giler nak pakai! Semudah 1,2,3,4! Macam pakai bra dan seluar dalam biasa je! Tak payahlah nak bangun 4-5 pagi semata-mata nak pakai DX ni. Nak cuba? Jom set masa untuk dapatkan free fitting bersama-sama saya! Call/sms ke 016-9561764 untuk book slot fitting anda! Jadual saya sentiasa penuh, lambat book lambat anda kurus dan cantik!!



Cik Misya : Lemak tubuh paling banyak terdapat di bawah kulit. Proses menarik, mengalih dan mengunci lemak yang betul mampu menghasilkan bentuk tubuh yang menarik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...