expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 30, 2013

Ingat lagi sampul duit raya eksklusif ni?? ;)

Salam semua!! Wah raya tinggal seminggu je lagi!! MasyaAllah cepat betul Ramadhan akan berakhir. Pasti akan dirindui lagi... Ok saya nak tanya Aidilfitri lepas, siapa ingat lagi sampul duit raya edisi terhad ni?? ;))




Sampul duit raya ni edisi terhad tau! Walaupun wajah saya yang tak fofuler ada dalam tu Alhamdulillah contest duit raya yang saya anjurkan tahun lepas amat memberangsangkan sambutannya! So tahun ni camne? ;)))

Anda mahu sampul duit raya istimewa dari saya ni? Tunggu pengumuman rasmi dari saya tak lama lagi...;)



Cik Misya : Rezeki harus dikongsi!


Tuesday, July 23, 2013

Ramai wanita salah pilih bra/coli!!!

Salam semua. Semua wanita di dunia ini memerlukan sehelai pakaian dalam yang dinamakan bra atau coli, betul tak? Dengar macam agak segan kan? Tapi tiada apa yang perlu disegankan kerana bra sememangnya menjadi keperluan harian wanita. Adakah anda tidak memakai bra bila keluar rumah? Atau bila usia sudah 30 tahun, tak perlu lagi pakai bra? Of course tidak bukan? Apa yang anda sebagai wanita patut segan dan malu adalah apabila memakai bra yang salah sehingga menampakkan keaiban tertentu pada bahagian payudara anda! MasyaAllah... Tapi tak ramai wanita menyedari hal ini sehingga tanpa segan silu memakai bra yang salah sehingga menampakkan kurang cantiknya bahagian payudara anda. Pakai pakaian yang besar dan labuh sekalipun kadang-kadang 'perhiasan' anda kelihatan 'hodoh' tanpa anda perasan. Malu tau!!



Mahu jadi begini? Anda boleh invest beli beg dan kasut berjenama dan dengan bangganya berjalan ke Pavilion dengan lemak bergoyang sana-sini. TAPI orang sekeliling lebih peka dengan bentuk tubuh anda walaupun anda beli beg beratus ribu sekalipun. Kan best sambil bawa beg Prada/Gucci/Coach, badan anda pun kelihatan kemas dan elok di tempat asalnya!!=) 


Inilah hasil bra yang anda pakai setiap hari!! Bersepah-sepah lemak anda bukan? Sedangkan lemak tu sepatutnya diletakkan dalam acuan yang betul dan menjadikan payudara anda lebih menarik dan terletak betul pada tempatnya.


Tapi!! Ada satu penyelesaian bagi atasi masalah ini! Apakah ia? Jom tengok keajaiban tersebut!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Wow!!

Bonjolan hilang!!

Sungguh kemas dan cantik!


Mana satu impian anda? Memiliki payudara yang cantik untuk tatapan suami bukan? Atau anda redha dengan bentuk payudara anda yang menggeleber dan jatuh? Ubahlah ia sebelum terlambat!! 

Jom tengok kehebatan DX Bra!! Kenapa perlu memakai Dx Bra?

Sedarlah kenapa perlu memilih bra yang betul!!

Bukan besi bukan dawai! Tetapi bebenang teflon yang lembut dan dilentur 360 darjah! Mengelakkan kanser payudara terjadi!

Daya serapan air selama 1 saat sahaja! Anda akan rasa sangat selesa sepanjang hari walaupun cuaca panas atau melakukan aktiviti berat.

Sesiapa yang memakai Dx Bra, comfirm takkan pakai bra yang lain! Jimat!! Tahu tak bra Dx ni boleh dihantar alter jika longgar atau ketat? Cuba bagitahu saya brand apa bra nya boleh di alter? Jenama termahal pun tak mampu beri keistimewaan sebegini. Cukup-cukuplah anda membazirkan wang anda dan suami anda membeli bra berjenama atau tidak berjenama di luar sana yang akhirnya merosakkan payudara dan seluruh tubuh anda. 

Hebat kan Dx Bra? Itu baru bra. Belum long girdle, waist nipper dan sebagainya!! Klik SINI. Anda masih menunggu lagi untuk memiliki DX Bra? Atau anda mahu menunggu sehingga payudara anda jatuh mengheret lantai? Ubah segera sebelum payudara anda menghadapi masalah dan memalukan anda sebagai aset terpenting wanita!!!



Cik Misya : Sayangi diri sendiri baru sayangi orang lain.

Monday, July 22, 2013

Kadar zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia 2013

Salam.. Erm sudah masuk 2 minggu Ramadhan kan? Cepat sungguh masa berlalu.. Apa-apa pun jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda untuk menunaikan zakat fitrah. So, saya sertakan kadar zakat fitrah di seluruh Malaysia mengikut negeri untuk rujukan anda.


Pentingnya zakat bagi saya sebenarnya secara tidak langsung menyucikan pendapatan kita selama setahun kita bekerja. InsyaAllah lebih berkat rezeki yang kita terima sepanjang hidup kita. So marilah tunaikan zakat fitrah. Bagi kaum wanita, boleh rujuk suami atau ayah anda sama ada dah tunaikan zakat fitrah atau belum ya. Salam Ramadhan..=)

Maklumat lanjut : http://www.zakat.com.my/

Selamat Pengantin Baru Abby Abadi!!

Salam semua.. Erm rasa macam dah lama saya tak update kan? Huhu. Okla, pagi-pagi Isnin kita ceria-ceriakan diri ok!=) Saya nak ucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Abby Abadi kerana mendirikan masjid dengan jejaka yang tidak kurang tampannya baru-baru ini. Mungkin ramai yang terkejut dengan berita ini tapi sesungguhnya saya happy mendengar berita ini. Melalui laman instagram nya, Abby menjelaskan segala-galanya...


Menurut Abby : Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebeb maklumkan lambat pd kalian. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dalam bulan Raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan???????? Ini jodoh… kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2 minggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!! - blog 3dalam1

Gambar penuh di SINI.

Honestly saya gembira dengar berita ini. =) Walaupun saya bukanlah peminat fanatik beliau tapi saya kagum dengan Abby ni sebenarnya. Saya tahu beliau banyak harungi pelbagai dugaan hidup dan keihklasan beliau untuk berubah menjadikan beliau insan yang luar biasa. Makin berseri-seri wajahnya! Kerja Tuhan, siapa yang tahu? Tahniah Abby!



Cik Misya : Berdebar-debar menanti hariku.

Thursday, July 18, 2013

Video : Ashraf Muslim berbohong dengan Dayana?

Salam. Ingat lagi kisah pelakon kacak Ashraf Muslim yang dikatakan memadukan isteri? Link entri di SINI. Sah! Kisah tu benar sebenar benarnya! MasyaAllah... Tak sangka jadi begini di bulan Ramadhan ini. Berikut kenyataan daripada ayah kepada isteri pertama Ashraf, Dayana...



Berikut adalah laporan daripada MynewsHub:

Namun, apa yang menarik perhatian penulis ialah sikap Dayana yang kelihatan tenang apabila wajahnya dirakamkan oleh pihak media malah dia turut keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur dengan beriringan serta berpegangan tangan suaminya walaupun dikhabarkan pernikahan kedua Ashraf tidak mendapat keizinan daripada Dayana.


Malah, pasangan suami isteri itu juga tampil berpakaian sedondon dengan menggenakan persalinan berwarna ungu.

Selain itu, menerusi video dari Harian Metro ini juga, bapa mentua Ashraf, Lokman Abdul Hamid, 52, menyatakan perasaan terkilannya kerana menantunya itu sanggup berbohong dengan mengatakan pemergiannya ke Bangkok baru-baru ini adalah di atas urusan perniagaan.

Dia turut menegaskan sepatutnya Ashraf berterus terang daripada terus menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinan keduanya itu.

Lokman turut berkata, anaknya, Dayana masih lagi tinggal bersama-sama Ashraf walaupun dia sekeluarga pernah menjemput Dayana kembali ke rumahnya selepas permasalahan rumahtangga anaknya itu tercetus sejak beberapa bulan lalu.

Saya agak terkejut dengan berita ini walaupun poligami itu tidak salah. Sepatutnya Ashraf lebih profesional dengan perkara begini. Mungkin dia taknak keluarga masuk campur urusan rumah tangga nya tetapi, tak seharusnya dia berbohong dengan keluarga. Melihat wajah Dayana, saya tahu dia sedang tertekan dan sedang menyembunyikan kekecewaan di hati. Apa-apa pun doakan yang terbaik buat mereka.. Haiyaaa Ashraf Muslim! 


Cik Misya : Hati wanita siapa yang tahu..

Wednesday, July 17, 2013

Tips cergas dan sihat sepanjang Ramadhan dengan Elken Spirulina!!!

Salam semua! Selamat berpuasa... Huhu Rasa macam dah lama tak story something kat sini kan? Macam mana Ramadhan anda? Letih berpuasa? Lesu? Lemah? Tak bermaya? Alololo siannyer... Jangan risau! Sebenarnya anda boleh berpuasa tanpa rasa lemah, lesu dan letih seperti tak berpuasa! Ahha.. Macam mana tuh? Saya ada caranya!;)

Alhamdulillah setelah mencuba produk superb ni, saya terus jatuh cinta! Hari-hari saya amalkan kesannya memang best! Pernah saya try berpuasa sunat selama 2 hari tanpa menjamah nasi semasa sahur tapi dengan hanya mengambil 10 biji suplemen ini, serius langsung tak rasa lapar! Perut sangat tahan plus rasa bertenaga je sepanjang hari! First day Ramadhan saya tahun ni, saya hanya menjamah nasi pada jam 10.00 malam kerana berada di luar menguruskan seomething urgent. Sampai rakan saya berbangsa Cina tegur, "You tak buka puasa ke? Tahan meh perut you!! Takda lapar ka? Kalau saya mesti saya sudah lari cari makan ooo!!" Magic kan?? Apa bendanya tuh??!!! Jeng-jeng-jeng....;)



Haaa inilah dia!! Elken Spirulina!! Ramai rasanya dah tahu tentang kebaikan Spirulina ni. Tapi tahukah anda Elken Spirulina adalah yang terbaik di Malaysia? Yesss memang betul! Dan telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari badan-badan dunia! Luar biasa kan? Sesiapa yang mengamalkannya pasti takkan tukar Spirulina jenama yang lain. Benar-benar asli dan Halal!!








Kenapa kena ambil Elken Spirulina? Anda rasa anda mampu ke nak makan sejumlah buah-buahan yang banyak setiap hari? Sudah pasti tidak! Dan kalau ada pun sudah pasti termuntah punya! Huhu..



Menakjubkan!! 30 biji Elken Spirulina bersamaan dengan... Mak aihhh sungguh hebat khasiatnya!!


Jom dapatkannya sekarang!! Boleh order dengan saya atau hubungi saya di 016-9561764. Emel pun boleh ke aimi@aimisyahirah.com. 

Harga mengikut bilangan tablet. 

Ada promosi sempena Ramadhan tau! Puasa bukan alasan untuk lemah dan malas melakukan tugasan harian dan beribadat! Jom sihat dan cergas dengan Elken Spirulina sepanjang Ramadhan ini!

MasyaAllah 19 sen je sebiji!! Murah banget...!! 



Pakej dengan RO water system pun ada!



Cik Misya : Sehari ambil 10 biji Elken Spirulina.


Friday, July 12, 2013

Biadap! Buka puasa dengan Bak Kut Teh???

Astagfirullazim!! Mengucap panjang saya bila membaca entry dari sahabat blogger FizGraphic tentang kebiadapan sepasang lelaki dan wanita berbangsa Cina yang menghina kemuliaan Ramadhan! Memang biadap dan sangat kurang ajar!! 



Mereka telah muat naik gambar berdua sedang menikmati hidangan Bak Kut Teh (non-halal food - Ada daging khinzir) dan mengucapkan Selamat Berbuka Puasa. Siap letak tanda halal tanpa segan silu memaparkan wajah memasing! Serious shit!!! Haish tak memasal saya terkeluar kata-kata sebegini. Tapi memang padan pun sebab pasangan Cina ni langsung tak hormat sensitiviti penganut Islam. Apa tujuan nya dorang wat demikian tak tahulah. Masalah mental agaknya! Wajib ditangkap oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan sewajarnya kerana menghina agama lain.


Siap ada kelulusan Law lagi tuh!! OMG! Memang nak kena tindakan dorang ni. Tapi tak tahu pihak berkuasa Malaysia ni lain macam sikit. Part-part camni memang Malaysia slow. Dats why bangsa lain mudah je ambil kesempatan menghina kesucian agama Islam. Part yang kurang penting bukan main laju! Tolonglah Malaysia, do something sebelum ramai lagi manusia S*** camni wujud! Memalukan kaum Cina sahaja sedangkan tak semua macam tu. Saya sendiri ramai kawan Cina, sangat-sangat baik dengan saya dan menghormati agama kita. 

Dengar cerita dorang pernah rakam video lucah! MasyaAllah... Cerita selanjutnya boleh terjah ke SINI.



Cik Misya : Makin maju makin ramai sakit mental.


Thursday, July 11, 2013

Kalendar 2014 - Cuti Umum dan Cuti Sekolah

Salam.. Jom lihat kalendar untuk tahun 2014. Mungkin anda sudah boleh memulakan perancangan tahun hadapan if mahu bercuti ke, mengadakan apa-apa majlis.:)



Tarikh
Perkara
Negeri Terlibat
1 Jan (Wed)
New Year

All states except Johor, Kedah, 
Kelantan, Perlis & Trengganu
14 Jan (Tue)

Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
14 Jan (Tue)

Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 Jan (Wed)

Replacement holiday for Yang 
Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's 
Birthday
Negeri Sembilan only
19 Jan (Sun)
Sultan of Kedah’s Birthday
Kedah only
Jan (TBC)
Thaipusam

Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, 
Negeri Sembilan, Perak, Penang 
& Selangor only
31 Jan (Fri)
Chinese New Year
National

1 Feb
(Sat)
Chinese New Year (2nd Day)

All states except Kelantan 
and Trengganu

1 Feb
(Sat)
Federal Territory Day

Federal Territory of Kuala Lumpur, 
Labuan & Putrajaya only
3 Feb (Mon)

Replacement holiday for 
Federal Territory Day

Federal Territory of Kuala Lumpur, 
Labuan & Putrajaya only
4 Mar (Tue)

Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
15 Apr (Tue)

Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
18 Apr (Fri)
Good Friday
Sabah & Sarawak only
19 Apr (Sat)
Sultan of Perak’s Birthday
Perak only
26 Apr (Sat)
Sultan of Trengganu’s Birthday
Terengganu only

1 May
(Thu)
Labour Day
National
7 May (Wed)
Hari Hol Pahang
Pahang only
13 May (Tue)
Vesak Day
National
17 May (Sat)
Raja Perlis’ Birthday
Perlis only
27 May (Tue)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only

30- 31 May
Fri & Sat

Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only

1 – 2 June
Sun & Mon

Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only

7 Jun
(Sat)
Agong's Birthday
National
29 Jun (Sun)
Awal Ramadan*
Johor, Kedah & Malacca only

7 July
(Mon)
Georgetown Heritage Day
Penang
12 Jul (Sat)
Penang Governor’s Birthday
Penang only
15 Jul (Tue)
Nuzul Al-Quran

Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, 
Penang, Selangor & Terengganu only
28 Jul (Mon)
Hari Raya Puasa *
National
29 Jul (Tue)
Hari Raya Puasa *
National

31 Aug
(Sun)
National Independence Day
National
13 Sep (Sat)
Sarawak Governor’s Birthday
Sarawak Only
16 Sep (Tue)
Malaysia Day 
National
4 Oct (Sat)
Sabah Governor’s Birthday
Sabah only

5 Oct
(Sun)
Hari Raya Haji *
National
6 Oct (Mon)
Hari Raya Haji (2nd Day) *

Kedah, Kelantan, Perlis 
& Terengganu Only
11 Oct (Sat)
Malacca Governor’s Birthday
Malacca only

23 Oct
(Thu)
Deepavali
National
24 Oct (Fri)
Sultan of Pahang’s Birthday
Pahang only

25 Oct
(Sat)

Awal Muharram
(Maal Hijrah)
National
11 Nov (Fri)
Sultan of Kelantan’s Birthday
Kelantan only
1Nov (Fri)
Sultan of Kelantan’s Birthday
Kelantan only
22 Nov (Sat)
Sultan of Johor’s Birthday
Johor only
29 Nov (Sat)

Hari Hol Almarhum Sultan Johor

Johor only

11 Dec (Thu)

Sultan of Selangor’s Birthday

Selangor only

25 Dec (Thu)

Christmas

National

* Cuti Umum 2014 | Subject to change – Tertakluk kepada perubahan.



Cik Misya : Suka melancong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...