expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 22, 2014

1001 ALASAN melambatkan proses kejayaan hidup anda!

Salam.. Hayati kata-kata ini. Nowadays ramai yang lebih suka membuang masa daripada berusaha perbaiki hidup dengan cara lebih baik. Ada yang lebih suka membazir wang ringgit dengan membuat loan peribadi untuk dapat keuntungan sementara dan berikan kepada anak-anak dan isteri. Then apa yang terjadi? Ada juga yang gunakan loan untuk jana income melalui bisnes. Tapi bisnes apa? Bisnes 4D? Atau bahasa panjangnya, bisnes Duduk Diam-Diam Dapat Duit- bisnes internet; invest certain amount modal, tunggu setiap hari, minggu dan bulan duit masuk dalam akaun. Tu belum lagi yang beli nombor ekor! MasyaAllah... Banyak sungguh bisnes camni sebab Malaysian lebih suka nak kaya cepat tapi kerja senang. Betul tak? Tepuk dada tanya iman.:)


Ada juga yang beri alasan sibuk. Ya semua orang sibuk. Tiada manusia yang tak sibuk. So, itu bukan alasan. Ada yang bagi alasan. anak, isteri dan suami - penyebab anda tak boleh maju ke hadapan. Kesian mereka! Anak tu tak bersalah pun tapi kenapa gunakan ANAK untuk terus-menerus hidup dalam ketidakcukupan? ANAK tu la sepatutnya jadi inspirasi untuk cari peluang menambahbaik kehidupan. SUAMI atau ISTERI tak bagi? Sebab mereka tak mahu anda kena tipu. Kena tipu ni kadang akibat kecuaian diri sendiri. Bukan salah suami atau isteri. So, anda kena buktikan anda boleh berjaya kalau suami atau isteri tu tak bagi. Bukan sekadar menyerah nasib menjalani kehidupan seperti biasa. Yang saya kasihan adalah suri rumah. Nak pegang duit sendiri tu memang jauhlah harapan tu. Suami pula gaji macam cukup tak cukup. Nak minta lebih, alamak ai nanti macam-macam pertanyaan yang keluar rite? Dah susah nak bagi duit tetiba nak wat bisnes pun tak bagi! Siap perli-perli, lemparkan kata-kata negatif, maki, herdik dan mempertikaikan pula usaha isteri mahu bantu suami dan family. Perghhh rasa macam nak &^%$## je suami-suami sebegini. Huhu. (Yang belum kahwin tolong jangan cari suami camni. haha)

Contoh suri rumah ; pasangan Inaboy dan ibu tunggal Beby yang berjaya keluar dari 1001 alasan dan kini berjaya menikmati kehidupan mereka. Bukan sekadar menjalani kehidupan konon dah cukup dengan apa yang ada - membazir masa muda dan memberi pelbagai alasan supaya dapat menepis tolakan orang-orang yang dah berjaya untuk sama-sama berjaya dalam hidup. Anda dah berjaya sekalipun, apa usaha anda untuk tolong orang-orang yang lebih susah? Takkan anda nak sedekah sorang RM1000 sebulan sedangkan ada peluang terbaik untuk mereka. Anda salurkan ke tak platform itu?


Nasib baik saya bekerja. Tapi saya tetap usaha keras untuk tambah keselesaan my family. TQ to my hubby sebab support saya walaupun saya pada awalnya tidak membenarkan langsung saya join mana-mana bisnes lagi sebab pernah ditipu. Tapi saya buktikan saya boleh berjaya tanpa beri sebarang alasan. Kalau bagi banyak alasan bermakna anda melambatkan kejayaan diri anda sendiri. Fikir-fikirkan..:)



Misya: Tak pernah puas untuk bantu lebih ramai orang berjaya.

3 comments :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

hidup zaman sekarang tak boleh duduk diam saja...

Delimasari said... Reply To This Comment

usaha tangga kejayaan

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

all the best sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...