expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 24, 2014

Malaysia alami musim sejuk??

Salam Jumaat semua.. Perghhh dari semalam balik je rumah buka je pintu kereta, angin sangat kencang bertiup! Bukan angin biasa tau tapi angin yang bersuhu sejuk. Menggigil saya terasa kesejukan hingga ke tulang. MasyaAllah terimbas kembali masa saya ke Korea 2 minggu lepas.. Angin musim sejuknya perghhhhh memang sangat sejuk! Pakai baju berlapis-lapis pun terasa sejuk. Dahlah rumah saya berhampiran kawasan berbukit, angin bukit memang laju, tambah lagi sejuk perghhh dalam hati berkata adakah Malaysia sedang mengalami perubahan iklim musim sejuk? [Berangan!]


Then, on je fb ternampak rumor mengatakan ada salji turun di negara jiran, Indonesia! Alamak ai, benarkah ini? Huhu.. Pagi ni buka blog tengok entry kengkawan, oh berita palsu rupanya! Thanks Aswan Azmy for the info. 

Memang beberapa hari saya terasa sejuk semacam cuaca sekarang. Dalam kereta, on sekejap je air-cond terus rasa nak off. Serius len macam sejuknya. Then buka jela tingkap. Cuaca sangat nyaman. Best sebab jimat minyak! hehe.. Pagi-pagi nak mandi pun, masyaAllah air sangatlah sejuk! Tetiba rasa nak pasang water heater kat rumah, boleh? Haish... kuasa Tuhan menciptakan rupa-rupanya Malaysia memang sedang alami cuaca sejuk akibat tempias tiupan angin dari negara China yang sedang winter. 


Keadaan angin ini menyebabkan pantai timur alami suhu terendah iaitu 17 darjah celcius! Wow bestnya! Huhu.. 


SubhanaAllah... Kalau Malaysia alami musim sejuk, bagaimanakah kehidupan kita nanti? Tapi satu je yang bagus musim sejuk ni, semua orang akan menutup aurat dengan sempurna! Sebab apa, takkan nak kua uma pakai baju nipis-nipis lagi kan? Takde lagi nak dedah-dedah sana sini. I like! Hehe.. Gitu plak ye saya fikir! Pape pun, kita sama-sama berdoa moga Malaysia sentiasa dalam keadaan baik. Amin..


Misya : Rindu nak main salji.


6 comments :

Delimasari said... Reply To This Comment

belum dpt rase sejuk mcam luar negara --- klu kat malaysia berlaku sonok

HAJAR said... Reply To This Comment

Memang sejuk kat Malaysia sekarang ni.

Invisible Me said... Reply To This Comment

Sentiasa rasa sejuk sekarang. Alhamdulillah :)

Atish Hashim said... Reply To This Comment

Perlis sekarang ni pun da sejuk... haha

Nur Madihah said... Reply To This Comment

kat Gombak tak rasa sejuk sangat. ;)
Berminat nak sponsor?
http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/01/pencarian-sponsor-untuk-1st-ga-berminat.html

Zara Nurhaidah said... Reply To This Comment

Cuaca sejuk dah blaluuu.. alhmdulillah. . ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...