expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 28, 2014

Tak salah nak buat MLM tapi...

Salam semua.. Erm saya tertarik dan terpanggil untuk wat entry ni sebab ramai orang salah faham akibat salah laku pihak tertentu maka orang lain yang tak bersalah pun terkena! Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bak kata pepatah Melayu.. 

Baru-baru ni isu kehalalan satu produk kesihatan yang tengah hot sekarang iaitu Double Stemcell dibangkitkan di sana-sini. Terkejut juga sebab ramai yang beli DS dan join bisnesnya. Benar atau salah tentang apa yang berlaku, saya tak boleh nak komen panjang-panjang. Sebab saya kasihan kat kawan-kawan saya yang dah terjebak dengan bisnes DS ni. Yang mana dah berjaya, tahniah saya ucapkan. Tapi apa yang saya kisah sekarang, adalah tentang MLM atau Multi Level Marketing yang orang dok perlekehkan. 

Kalau anda nak tahu, MLM ni sebenarnya satu-satunya cara paling pantas untuk jana income. TETAPI kena ada cara yang betul dan disahkan. Macam saya sendiri menjalankan MLM secara part time, walhal saya dulu sangat negatif tentang MLM tapi kalau anda kaji mendalam sedikit, pasti anda takkan menolak MLM. Mostly syarikat-syarikat MLM banyak yang tutup gara-gara beberapa faktor dan kebanyakan faktor kemanusiaan-nak cepat kaya tapi tak mahu kerja susah. Lalu, dikeluarkan sistem MLM yang dimodenkan seperti sistem piramid, circle dan pairing/binary. Orang Malaysia memang suka bisnes sebenarnya tapi tak suka fikir panjang. Nak invest sikit tapi untung besar.. Nak untung besar tapi taknak kerja banyak. Itu sikap yang SALAH.

So, macam mana nak pilih MLM yang betul? Ok, saya bagi anda 3 tips dalam memilih MLM yang betul. 

1. Syarikat - Makesure ianya telah beroperasi 10 tahun ke atas. Walau ia international company tapi makesure ia dah ada dan wujud di Malaysia more than 10 years. Kalau company tu dari US contohnya dah bertahun-tahun tapi baru je masuk Malaysia tak sampai 10 tahun, itu bukan kategori stabil. Sebab ekonomi rakyat setiap negara adalah berbeza-beza. Di US mungkin ia sukses tapi belum tentu di Malaysia. Bila company baru wujud, mulalah ramai orang baru berpusu-pusu join SEBAB nak jadi 001 dalam company tu. Paling atas kira paling cepat kaya. Orang bawah kerja macam nak mati, orang atas dapat. Orang atas yang dah kaya tu tak tengok dah orang bawah ni sebab syarikat gagal menghasilkan sistem pendidikan yang betul kepada setiap dealer nya. Selain faktor berapa lama ditubuhkan, kena lihat bangunan/pejabatnya di mana? Sewa ke hak milik sendiri? Kalau asyik pindah-randah, itu lagi bahaya! Lihat kejayaan syarikat tersebut dalam tempoh 10 contohnya, berapa ramai orang yang berjaya telah dihasilkan. Buat perkiraan dahulu.


2. Produk - Ni sangat-sangat penting. Kebanyakan produk MLM sebenarnya bagus dan berkualiti, TAPI bila dah mula berjaya setahun-dua terus lupa pada produk. Duit jadi keutamaan. Tapi ada juga produk yang cikai-cikai tiada kelulusan, tiada testimoni, tiada pengiktirafan, tiada apa-apa pun dijadikan sebagai produk dan di MLM kan! Disebabkan lambakan produk-produk sebegini di MLM, maka MLM jadi tidak berkualiti. Produk hanya untuk cover supaya sistem tu nampak halal dan sah tapi hakikat sebaliknya yang berlaku. So, anda mesti-mesti kena tahu produk yang dijual. Study sedikit try google. Jangan sebab murah, popular dan nampak gambar testimoni sekeping dua sudah percaya 100% keberkesanan produk tersebut. One more thing, MLM yang stabil adalah MLM yang mempunyai lebih dari 1 produk. Tiada company dalam dunia ni boleh bertahan dengan hanya jual 1 produk. (kecuali company yang jual kapal terbang) Dan setiap produk mesti ada kepakaran masing-masing. Yang penting siap-siap ada sijil Halal yang sah-if kita pentingkan Halal.

3. Sistem Pemasaran - Part ni ramai yang failed. Yang dia nampak duit je.. Cara nak dapat duit tu jarang atau tak pernah dikaji langsung. Kalau MLM, kena tahu bagaimana komisen dikira melalui jualan produk. Then melalui rangkaian. Berapa % keuntungan company yang kita dapat? Adakah investment terlampau besar? Ada MLM company sampai sanggup menghisap darah dealer-dealer nya invest sampai RM20k-40k! MasyaAllah... Tapi masalahnya orang Malaysia ni tetap labur! Sampai yang gadai tanah, rumah, buat loan peribadi dan sebagainya sebab nak cepat kaya! Jadi MLM yang betul-betul MLM tradisional (sahih) ni taknak percaya. Taknak kerja keras katanya. Rajin-rajinkan diri kaji dulu marketing plan sesuatu MLM sebelum join. Invest banyak dapat stok produk, hutang pula dengan bank, stok berlambak kat rumah/dalam kereta. Itu sama saja macam anda buka kedai runcit, beli stock banyak-banyak dan jual. Tapi kalau stock anda semua barang yang sama saja, anda pula bukan salesperson yang pandai bercakap, customer pun bosan dan tak berminat, maka terjadinya lambakan stock sebab tak laku...

Kena terima hakikat bahawa kehidupan setiap manusia pun bertingkat-tingkat - multilevel. Kerja makan gaji- you still ada bos, bos atasan, bos indirect, CEO dan sebagainya. Memang makan gaji anda tak keluarkan duit but are you really sure about that? Anda makan gaji anda invest MASA anda! You selling your time! Anda spend 8 jam sehari settlekan kerja bos anda suruh, then anda dibayar untuk masa 8 jam tu. Tapi kalau anda spend 8 jam pulun wat MLM yang betul-betul tulen, anda boleh demand income lebih daripada apa yang bos anda bayar. Anda nak demand income RM10k bulan ni dengan bos anda, kerja 24 jam tak balik rumah, boleh ke? 8 jam tetap 8 jam sahaja bayaran anda terima. Kalau nasib baik ada OT. Even di rumah pun ada multilevel. Ayah, mak, suami, isteri, anak, orang gaji.. Semuanya telah dicipta ada level masing-masing. Tapi tidak melibatkan wang ringgit. So, jangan pandang rendah pada orang yang buat MLM sebab anda pun sedang buat MLM juga tanpa anda sedari. 

Kalau buat bisnes MLM, anda dari orang biasa-biasa seperti suri rumah, ibu tunggal, atau makan gaji sekalipun tapi anda boleh dapat RM30k sebulan dengan MLM, berbaloi tak? Tapi untuk dapatkan berbaloi tu mesti ikut 3 perkara yang saya list downkan tadi. Kalau tak, anda akan simply join mana-mana MLM, kena tipu banyak kali then fed up terus banned dan anti-MLM. Yang paling teruk hutang makin bertambah. Nauzubillahiminzalik..

Saya sendiri wat MLM tapi memang saya kaji cukup-cukup dulu sebelum join. Saya akan minta pendapat orang lain dulu. Dan Alhamdulillah saya berada di bawah MLM yang sangat best! MLM yang saya jalankan sekarang adalah MLM tradisional yang telah digunapakai berzaman-zaman dan terbukti melahirkan ramai orang yang berjaya dari pelbagai golongan. Benda pertama yang akan wat saya tertarik nak join adalah attitude dealer-dealer nya. Budi bahasa, gaya approach dan cara bercakap tak kira di hadapan atau dalam laman sosial. Orang yang hebat dan berjaya adalah orang yang humble. Dan benda tu saya tak jumpa di mana-mana MLM yang lain. Kalau lihat dari entry Buasir Otak tentang MLM di SINI, memang awal-awal saya dah agak, kerana bahasa diri binasa. Tak jaga tutur kata.. Now, orang jadi benci dengan MLM gara-gara kealpaan dealer-dealer MLM sebegini. A great organization, come from a great culture. Kalau budaya dah failed, how come anda boleh berjaya dengan cara yang baik dan menghasilkan leader yang berkualiti? Don't go for money, money will runaway. Go for success, money will come. :)



Misya : Jayakan diri, jayakan bangsa. 

6 comments :

Mar Mansor said... Reply To This Comment

ada dealer y suka cakap..."siapa malas tak akan berjaya.."(cam paksa2 join dia) huhuhu..ayat perli..kalau takde pembeli,takde keuntungannya kan..

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

hehehe..akak tak tau nak komen per..

Cik Yaya said... Reply To This Comment

nice sharing kak ^_^

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Mar Mansor Errr ayat tu tak salah rasanya sbb memang semua org guna. Parent kita pun ajar benda yg sama. Apa2 bidang pun kalau tiada kerajinan memang takkan berjaya. Even cleaner atau jutawan sekalipun kena rajin, baru boleh berjaya. Kita open our mind ya sis..! Chill..^_<

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Kathy R'bain hehehe.. jom kak kathy! Kita sama2 wat perubahan dlm hidup. Saya ada biz lg best dari MLM ni. Huhu..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Cik Yaya TQ laling..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...