expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 21, 2014

1st time dijemput sebagai Hijab Stylist for Aizoo Rakoo Boutique..

Salam semua.. Wah tak sangka setelah lama meninggalkan bidang modelling tetiba dapat panggilan daripada seorang owner butik ni untuk 1 sesi penggambaran. Tapi bukan untuk jadi modelnya! Saya dijemput untuk menjadi Hijab Stylist untuk model-modelnya menggayakan shawl keluaran Aizoo Rakoo Blossom online boutique. 

Muka excited nak jadi Hijab Stylist! Huhu 1st time sebenarnya dapat job ni. So agak gugup sikit nak berhadapan dengan model yang akan menggayakan shawl hasil tangan saya. Takut tak kena dengan bentuk muka. Tak pasal-pasal owner butik tak gemar gaya yang ditunjukkan. Kalau suruh posing sebagai model memang takde masalah sebab dah biasa berhadapan dengan kamera. Tadah muka untuk make-up, tukar baju dan pose! Nak jadi hijab stylist ni kena kreatif dan ikut apa yang owner butik mahukan.

Inilah model saya! Dah ada pengalaman bertahun-tahun dalam bidang modelling dan selalu masuk magazine! Lagilah ketaq lutut nak pakaikan shawl. Tapi so far model ni sangat-sangat baik. Siap bagi idea lagi camne nak gayakan shawl dengan lebih kemas dan cantik. Almaklumlah saya still baru..^_^ Tq sis atas tunjuk ajar mu.. InsyaAllah akan perbaiki lagi my skill.

Aksi posing-posing depan kamera..

This is my model! Tinggi kan? Memang sesuai dia jadi model. Wajah fotogenik, pakai apa pun cantik.:)

Inilah owner butik Aizoo Rakoo... TQ dear for inviting me to join this event! Tak sangka banyak juga payment dia bagi untuk newbie macam saya ni. But Alhamdulillah saya dapat memuaskan hati beliau. Dengan experience yang saya ada dalam bidang modelling sebelum ni, Alhamdulillah dapat juga saya gunakan skill memakai hijab dengan cara paling kreatif. =)

So, apa hasilnya? Nak tengok gaya-gaya shawl yang telah saya hasilkan? Hampir 20 pasang shawl saya stylist kan untuk tatapan pembeli-pembeli yang mahu shopping shawl di Aizoo Rakoo. Jom scroll down!



Shawl bercorak...



















Shawl plain...



Ok tak hasil kerja saya? Ngeee.... Syukur Alhamdulillah tugas sebagai Hijab Stylist jemputan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya. Owner butik mahu shawlnya ditampilkan dengan lebih lebar dan jelas supaya kelihatan corak yang berada atas kain shawl. Dengan bantuan cameraman dari Serindit Photostudio dan beberapa rakan owner butik, dapat juga direalisasikan photoshoot yang sangat best ni! Harap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.^__^ Kalau ada butik-butik yang berminat nak mendapatkan khidmat saya boleh roger-roger di wasapp 016-9561764.


Sape-sape nak shopping shawl yang cantik-cantik ni boleh like page Aizoo Rakoo atau ke website http://www.aizoorakooblossoms.com/

Misya : Mahu cuba pelbagai bidang.




4 comments :

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

rindu nak tengok cik misya beraksi depan kamera semula...

Ahmad Zaki said... Reply To This Comment

Assalamualaikum...

Tahniah dapat sesuatu yang memberi impak positif dalam pencapaian peribadi... Saat pertama kali memang menerujakan..

Seperti juga pengalaman pertama kali saya dipanggil untuk menjadi penceramah di dalam forum yang berkaitan dengan keusahawanan pada tahun 2013, setelah lebih 5 tahun memiliki perniagaan sendiri...

Mar Mansor said... Reply To This Comment

sangat berbakat..

yang baik Ishak said... Reply To This Comment

memang cantik....tahniah misya... semoga lepas ni dapat banyak lagi tawaran yang menarik dan lumayan... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...