expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, February 5, 2014

Korea Free Trip Part 2 || Menikmati makanan Korea...

Salam & very good morning to all of you! Wah lamanya rasa tak hapdet entry. Huhu. Ok, jom sambung baca my story about 2nd trip ke Korea with Elken. Part 1 punya boleh tengok SINI


Akhirnya tiba di Incheon International Airport, Korea. Before ke destinasi 1st kami, tourist guide iaitu Mr. Summer minta semua Elkenian bersiap-siap mengenakan pakaian winter sebab cuaca di luar sangatlah sejuk katanya. Lebih kurang -9 darjah celcius! Perghh lagi sejuk dari peti ais!


Keluar-keluar je dari airport, perghhhhh sangatlah sejuk! Bernafas pun sampai berasap! Ahakss...


Sampai di awal pagi maka kami dibawa bersarapan dahulu... 


Inilah menunya. Saya tak ingat namanya.. Ala-ala mee sup.. Tapi yela, rasanya tidaklah sehebat rasa makanan di Malaysia. Ala-ala sup yang diletakkan garam dan beberapa perencah then ada mee, fish cake, crab cake dan beberapa jenis daun. Bolehlah untuk mengalas perut. Kalau tak makan nanti lapar. Huhu...

With my leader Abg Mael & Kak Coddy, biz partner Farah dan Sis Akma. Suasana semasa breakfast...


Bangunan yang menempatkan restoran tempat kami breakfast.



Terujanya saya sebab di luar bangunan ni kelihatan salji yang menutupi beberapa kawasan. ^_^ Serius sangat sejuk!! 

Bas yang membawa kami.. Actually ada 3 bas semuanya untuk group Elkenian. Kalau ikutkan banyak lagi group yang dah sampai dan yang belum sampai ke sini semasa kami tiba di sini. Elken memang power sebab ramai betul dia bawak kali ni. Siapa taknak buat Elken sangatlah rugi sebab dapat percutian percuma 3x setahun tau!

Perjalanan diteruskan... Destinasi berikutnya adalah Nami Island! Wahhh sebelum ni kami pergi musim autumn. Now musim sejuk. Betul-betul merasai pengalaman winter sonata kali ni!! Excited! hehe

On the way to Nami Island, setiap orang diminta membuat perkongsian tentang perasaan dapat bercuti di Korea dengan free trip dari Elken. Dats my husband! Huhu.. Sebelum ni dia dah ada pengalaman main salji selama 4 tahun di Canada, now dia nak rasa salji di Korea macam mana pula. Yang penting dia sentiasa support saya dalam menjalankan bisnes Elken.^^ 

Saya pun tak terlepas kena sharing walaupun ni kali kedua sampai di sini. Memang saya sangat-sangat berterima kasih pada Elken, pada upline tersayang, all biz partners yang sentiasa positif dan menyemarakkan semangat fighting di Elken, my parent & family dan kepada my lovely, husband. Tanpa mereka, saya tak mungkin dapat sampai ke Korea kali kedua dengan trip VVIP secara percuma!

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam.. Perut udah berkeroncong. So, lunch time! First time merasai keenakan makanan Korea untuk lunch. 

 Kami dihidangkan dengan ayam yang digoreng bersama kuah cili dan sayur-sayuran. Kemudian nasi akan dimasukkan dan digoreng bersama-sama. Ala-ala nasi goreng ayam pun ada. Rasanya? Memang sedap! Huhu..


Ada juga lauk-lauk lain.. Orang Korea ni memang suka makan sayur. So, sayur macam taugeh, kobis, salad dan juga Kimchi (makanan tradisional Korea) mesti ada atas meja. 

Mu hubby ni kaki pedas. Tapi tahu jela makanan Korea bukanlah pedas mana pun. Sampai dia request cili api kat tourist guide. Huhu..

Gaul jangan tak gaul. Kena makesure ayam betul-betul masak baru leh makan. Baunya sangat menusuk hidung. Membuka selera di tengah-tengah musim sejuk. Nyum-nyum..


Inilah dia... Korean Chicken Fried Rice.. Dia punya sayur lebih banyak daripada nasi dan ayam. Memang healthy la makanan dorang ni. Huhu..

Perjalanan diteruskan.. Wahh tetiba ternampak Eiffel Tower! Salah satu design building yang kami ternampak.

Wowowowowow indahnya ciptaan Tuhan! Sana-sini dilitupi salji! Sejuk je mata memandang.. Saya tak berhenti-henti memandang ke luar best sebab sangat-sangat teruja dapat melihat salji di depan mata! SubhanaAllah..T__T

Melintasi sebatang sungai yang telah beku! Penuh salji di atasnya.. (Snap gambar terlewat sikit.)

Makanan-makanan kat Korea ni kalau nak beli memang agak mahal. Plus susah nak cari yang Halal. Tapi bak kata Jessie, our tourist guide di Korea, so far mostly makanan Korea boleh dimakan oleh Muslim. Sebab Korean menggunakan minyak sayuran untuk memasak. Dorang tak gunakan minyak haiwan such as pig sebab rakyat Korea memang sangat concern tentang kesihatan. Plus, minyak haiwan sangat-sangat mahal di Korea jadi kebiasaannya hanya restoran-restoran mewah saja yang gunapakai minyak haiwan. So, kalau datang ke Korea jangan risau if nak makan coklat ke, jus ke, biskut ke, InsyaAllah meyakinkan dan boleh dimakan. So, nantikan destinasi kami yang berikutnya iaitu Nami Island.. Winter Sonata yang sebenar akan muncul! Cewah...!;)


Next : Part 3



Misya : Sonata Musim Salju...

8 comments :

malaysiatercinta.com said... Reply To This Comment

Seronok dapat jalan-jalan camni.

nabila biela said... Reply To This Comment

sedapnya....bestla akak dapat g sane..

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

foodie all nampak yummylicious....

Abak Lorong Cinta said... Reply To This Comment

seronoknya!!!

sha dhira said... Reply To This Comment

Awesome nya kak.. :D
nampak sedap makanan ala-ala nasik ayam tu.. hehe

Kathy R'bain said... Reply To This Comment

seronoknyer ke korea lagi...

Phoebe said... Reply To This Comment

Bestnya dapat melancong pergi Korea... Ada juga pasang niat utk pergi tapi ragu2 sebab sy x minat makanan Korea. Huhu..Maybe akan pergi juga tapi bawa makanan dr msia. Hehe..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Phoebe Kalau gi sendiri memang susah nak cari makanan yg halal. If pergi ngan travel agent, dorang akan bawa ke tempat yg Halal. If gi sendiri, bawa makanan yang boleh dipanaskan guna microwave. Sy sebelum ni gi sendiri, boleh baca kisah saya honeymoon di Korea sebelum ini.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...