expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, March 14, 2014

Alamak, kebakaran belakang rumah saya!

Salam semua.. Aduhai sekarang musim jerebu melanda negara kita. Disebabkan cuaca agak panas maka macam2 kebakaran mudah berlaku. And kelmarin berlaku 1 kebakaran betul-betul belakang apartment saya stay! Mula-mula tak perasan tapi memang masa tu duk dalam uma dah terbau-bau asap. On kipas selaju mungkin konon nak hilangkan bau asap. Tapi makin lama makin kuat. Rasa lemas dibuatnya!

Suddenly ada announcement di luar apartment. Diminta semua penduduk tutup pintu dan tingkap rumah. Bagi mengelakkan asap masuk ke dalam rumah. Pulak dah! Terus saya meluru ke tingkap, masyaAllah hutan belakang rumah saya terbakar!!! Walaupun tak dekat sangat tapi api memang marak di sebalik pekatan gelap malam. Cewah ayat!;p


Tapi agak terkejut juga sebab 1st time tengok hutan terbakar betul-betul belakang rumah saya. Kelihatan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran. Dengan kepantasan bomba dalam beberapa jam api dapat dipadamkan. Sangat bahaya sebenarnya if api terus marak sebab atas bukit-bukit tu ada kabel-kabel elektrik. Cuaca panas sangat memang mudah sangat terbakar. Bertambah-tambah lagilah jerebu...


So musim panas ni keluar rumah makesure padam semua suis elektrik. Kebakaran mudah berlaku time gini. So utamakan keselamatan ok. Pakai topeng muka dan minum banyak air RO. :)


Misya : Cebisan asap mengotorkan lantai rumah.

1 comment :

Mar Mansor said... Reply To This Comment

hutan terbakar malam2? peliknya..dah la musim panas, tambah jerebu..dugaan sungguh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...