expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 18, 2014

Jalan-jalan cari makan dengan hubby and family in law... [Ikan Bakar + Cendol]

Salam.. Dah lama tak blast entry tentang makanan. Hehe.. Malaysian memang suka makan! Tidak termasuk saya. Wakaka.. Before kahwin saya ni jenis tak kuat makan sangat plus busy dengan macam-macam benda sampai kadang terlupa nak makan. Huhu. Tapi after kahwin ni, my hubby dan family nya memang jenis suka menikmati macam-macam makanan. So, banyaklah tempat yang dia bawa saya gi makan-makan. And yang paling best tempat-tempat yang dia bawa semua best-best dan sedap-sedap belaka. Walaupun tempat tu kelihatan agak kureng dari segi.. err faham-fahamla.. huhu.. But so far semuanya memuaskan hati dari segi rasa.:)

Salah satunya gerai ikan bakar di Pasar Keramat, Kuala Lumpur.. Tengok kedai memang anda takkan berselera langsung nak masuk. Sebab errr maybe dari segi kebersihan kot. (Terfikir penguatkuasa sini tak jalankan tugas ke?) Tapi ini merupakan tempat favourite bukan my hubby je malah my family in law! Huhu mesti ada something special tempat ini yang buatkan dorang gemar nak datang sini.. 

Rupa-rupanya memang betul! Patutlah ramai orang yang datang tempat ini. Sebab ikan bakar tersangatlah sedap! Serius tak tipu! 

Memang ikan bakar dia sangatlah sedap. Belum lagi dengan kuah asamnya. Memang masyukkkk lah! 

Cicah air asam, perghhh meleleh!!!! Rugi kalau tak cuba. Mostly orang-orang area Keramat ni familiar dengan tempat ni. Biasa dibuka jam 10-11 pagi camtu hingga jam 2-3 petang camtu. Depends pada kuantiti ikan yang ada untuk hari tersebut.

Nasi putih jangan dilupakan. Pelengkap selera... Tambah dengam sup kosong dan kuah asam pedas tu memang hilang jap tekanan. Wakaka... Memang tak menyesal lah makan kat sini. Memang sedap gilerrr. 

Cuma nasihat saya if anda tak bersedia untuk melihat pemandangan kedai ni, tak digalakkan untuk datang. Sebab Pasar Keramat ni dah lama tempatnya. Jadi nampak macam tak terurus dari segi kebersihan dan penyelenggaraannya. So far takde pula yang komplen sakit perut lepas datang sini. huhu.. Mungkin tempat je kot tapi dari segi penyediaan makanan dilakukan dengan cara yang bersih dan selamat dimakan.:)


Jalan punya jalan, tekak sudah dahaga maka lepaklah jap kat gerai cendol tepi jalan.. My mom in law memang suka menyinggah-nyinggah. Suka try test tengok apa yang ada. Huhu.. Kami pun singgahla di tempat ni... Cuaca panas, apa lagi, cendol kacang merah 1!!

Kedai bergerak ni selalu ada kat tepi jalan mana-mana pun. If pandai pilih dapatlah cendol yang sedap.

 
Ermm boleh tahan juga rasanya.. Tapi tak sehebat ada 1 tempat tu di Seremban. Untuk menghilangkan dahaga, oklah tempat ni.. My favourite memang cendol kacang merah! Yummy....!^^



So, if anda takde idea nak makan apa jap lagi maybe entry ni boleh membantu. hehe.. Selamat menjamu selera. Cewah!



Misya : Makan banyak tapi susah naik berat badan.


4 comments :

sYiRa LoKMaN said... Reply To This Comment

sedappp ! yummy ~~

Ummi Shafeha said... Reply To This Comment

bestnya.... Saya pun suka jalan2 cari makan. Dah try mkn ikan bakar kt Bagan Lalang, x jauh pun dari kl. alang2 dtg nk mkn boleh jalan2 tepi pantai

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@sYiRa LoKMaN mmg sodap.. Hehe

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Ummi Shafeha Oh byk kali dengar tempat tu. InsyaAllah nanti saya try gi.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...