expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 4, 2014

Korea Free Trip Part 3 || Real Winter Sonata at Nami Island...

Salam semua.. Erm hari ni macam nak update entry tentang trip kali kedua saya ke Korea bersama-sama warga bakal jutawan Elkenian. Part 2 boleh klik SINI. Nami Island...ramai yang teringin nak pergi kan? First time saya ke sini masa tu musim luruh. Masih sejuk tapi feel winter sonata tu agak kurang sebab takde salji. But still seronok sebab masa tu honeymoon berdua je dengan hubby. Huhu. Nak tahu story lanjut boleh klik SINI. But today saya nak story kisah saya dan suami ke Nami Island pada musim sejuk.. Perghhh Memang sejuk babe!! Menggigil-gigil walaupun dah pakai baju agak tebal. Tapi apa yang syoknya kami dapat menikmati suasana sebenar musim sejuk yang penuh nostalgia di Nami Island macam dalam drama top Winter Sonata tu..! ^__^


Selepas makan tengahari di SINI, kami pun dibawa ke jeti untuk menaiki feri cruise ke Nami Island. Betapa terujanya saya bila dapat melihat, memegang dan bermain salji. Memang cantik sungguh ciptaan Allah swt.. Salji-salji tu macam kapas je bila dilihat tapi bila pegang macam ais dalam peti ais je. Hehe..



Huhu gambar edit ala-ala salji turun. Hehe.. 


Suasana di sekitar Nami-ok tempat makan kami..:)

Now, lets go to the Nami island..

Ramai sungguh orang yang nak ke Nami Island ni. Walaupun sejuk tapi rakyat Korea ni memang suka berjalan. 

With my hubby.. Atas feri ni je dah rasa kesejukannya.. Angin agak kuat tapi rasa fresh giler. Huhu..

Dari jauh sudah kelihatan replika ais di Nami Island.. Excited! hehe..

Akhirnya sampai di Nami Island buat kali kedua!! Yahoooo.... Tercapai juga impian mahu melihat keindahan Nami Island pada musim sejuk.

Ramai betul pengunjung yang datang sini.. So, apa lagi, round sepuas-puasnya dan tangkap gambar sebanyak yang mungkin!


Salah satu kolam yang telah beku...

Cewah.. My Hubby pose ala-ala model gitu.. Feeling artis Korea kerrr.. huhu



Cantik kan? 

Jalan punya jalan terjumpa patung Yoo Jin dan Jun Sang - watak hero-heroin Winter Sonata! Alahai sweetnya!


Hehe peluk Jun Sang la kononnya tu..

Amboi suamiku....! Nasib baik patung. Kalau orang betul mahu nak kena piat telinga. Haha..:p

Sempat selfie.. Ahakss..

Di sini ada frame-frame gambar para pelakon winter sonata.. Pulau Nami ni memang dikategorikan pulau yang romantik. Penuh suasana cinta gitu.. Sesuai sangatlah nak berhoneymoon.




Eh, ada salji turun! hehe... 

Nak kiss jugak! Ahaksss...

Di seberang sana, kelihatan salji memenuhi celah-celah hutan.. Macam tepung yang berteraburan. Huhu..




Fuhhh makin lama makin sejuk rasa. Tangan pun macam nak beku dah rasa. So, kami pun rest di salah sebuah cafe.. Menikmati hot chocolate yang sangat sedap! Sambil memanaskan badan..


Sebelum berangkat dari Nami Island, sempatlah snap beberapa keping gambar lagi.. Huhu suasana semakin sejuk.. 



Bilalah kami akan menjejakkan kaki ke sini lagi.. Sangat-sangat enjoy dan puas hati! Berbaloi-baloi buat bisnes Elken, dapat free trip pula. TQ Elken!

Goodbye Nami Island! InsyaAllah nanti kami datang lagi... Mungkin 10 tahun akan datang? Jika dipanjangkan usia.. Nak bawa family pula datang sini. Huhu..

So, our next destination? Tunggu.... Lepas ni kami main salji kow kow tak hengat dunia punya! hehe.. 


Misya : Hadiah perkahwinan dari Elken.

5 comments :

Delimasari said... Reply To This Comment

bestnye

msredcheesecake said... Reply To This Comment

bestnya gi korea...

Ummi Shafeha said... Reply To This Comment

bestnya....

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

seronoknya cik misya, bilalah dapat menjejakkan kaki ke sini.. hu hu hu..

Mar Mansor said... Reply To This Comment

bestnya musim sejuk kat korea..dapat pegi nami island tu..bestnyerrrr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...