expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 13, 2014

Pengalaman naik kapal terbang yang tak dapat dilupakan.. [Pray4MH370]

Salam semua.. MasyaAllah.. Dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar selepas beberapa minit berlepas ke udara. Pada mulanya saya tak percaya sebab sistem udara dan pesawat di Malaysia jarang sekali malah tak pernah sangat ada masalah. Saya di luar masa tu terus balik rumah untuk melihat berita terkini. Sampai jam 3 pagi saya dan suami menghadap TV untuk tahu info lanjut tentang pesawat MH370. Macam-macam benda kami fikirkan.. Terhempas? Kena hijack? Sabotaj? Masuk alam ghaib? Ya Allah hai apalah nasib para penumpang dan krew pesawat tersebut.. Alhamdulillah cousin saya yang merupakan pramugara MAS tidak berada dalam penerbangan tersebut. 


Bila terjadi peristiwa sebegini mengingatkan saya setiap kali menaiki kapal terbang. Sebelum ni bila ada peluang naik flight memang saya antara manusia paling teruja nak terbang ke udara dalam pesawat. Antara flight yang saya pernah naik adalah Air Aisa, MAS, Vietnam Airline, Hong Kong Airlines dan Korean Air. Sebab saya rasa flight merupakan pengangkutan paling selamat dan sejarah kemalangan pun tak banyak. Plus bila dilayan dengan mesra oleh para flight attendance lagilah rasa eksklusif bila dapat naik flight. Tapi sebenarnya banyak risiko yang kita perlu sedia untuk hadapi setiap kali berada dalam perut kapal di atas awan biru sana!


Memang seronok bila dapat naik flight especially untuk ke luar negara. So far semua penerbangan yang saya pernah naik tidak mengecewakan dari segi layanan dan keselesaan. Tapi pernah berlaku beberapa peristiwa yang mendebarkan bila kapal terbang melalui kawasan ribut. Masa tu saya nak ke Jakarta, Indonesia. Hujan turun dengan lebat dan kapten flight memaklumkan cuaca tidak berapa baik. Ya Allah hai bila masuk saja kawasan ribut, perghhhhhhhh takutnya bukan kepalang!! Bayangkan saya dan para penumpang berada dalam keadaan ketakutan sebab flight tu bergoncang dan bergegar dengan kuatnya! Then bila sampai satu tahap tiba-tiba flight tu turun dan naik dengan pantas! Ala-ala naik roller coaster! MasyaAllah masa tu saya fikir sempat ke sampai airport ni. Risau giler sampai mulut dah terkumat-kamit membaca ayat suci kalimah Allah swt. Wajah saya rasanya dah pucat gila masa tu takut sangat. Ada juga penumpang yang menjerit-jerit setiap kali flight tu turun naik dan bergegar akibat petir di luar sana. Serius masa tu fikir antara hidup dan mati rasanya. Tapi Alhamdulillah pilot berjaya mengawal flight dengan baik dan akhirnya kami selamat sampai ke destinasi. Sampai saja di airport saya terus capai paper bag sebab nak termuntah! Masa kat atas takde pape, dah sampai pulak teruwek-uwek.. But this is experience yang saya takkan lupakan bila naik flight. Takot...;(


Pernah juga alami benda yang sama iaitu flight melalui kawasan cuaca yang kurang elok tapi tak seteruk masa saya nak ke Indonesia tu. Yela, apa-apa yang berlaku kat atas tu tiada siapa tahu.. Nak lari ke mana kan? Kalau dah berada dalam ketinggian berpuluh ribu kaki, uish nak terjun pun fikir banyak kali! Ada tu bila time mendarat, ada pilot yang mungkin kurang mahir, landing agak kasar! Bila dah landing tu dia try brek banyak kali untuk slow down kan flight tu sampai kami para penumpang asyik terkedepan nak tahan badan. Mak aih, itu pengalaman pertama cara landing yang tak smooth tu. Risau juga kapal tengah laju, brek tak makan, tak memasal lain jadinya. Mintak la dijauhkan semua tu. 

Masa nak ke Korea baru-baru ni pun flight kami melalui kawasan ribut. Agak mendebarkan juga sebab gegaran yang dialami ambil masa dalam 5 minit barulah reda. Masa tu naik Korean Air.. Dan waktunya sama macam flight MH370. Kami berlepas jam 12.00 am masa tu dan sampai ke Korea jam 7.00am. Memang waktunya lebih kurang macam waktu MH370 berlepas. MH370 hilang dari radar dalam jam 2.40 pagi rite? Masa saya naik Korean Air tu, waktu camtu kami sedang tidur.. Kira flight memang berada dalam keadaan tenang. If apa-apa yang berlaku pun memang kami tak sedar. Bila teringat pengalaman ni, Ya Allah hai apa lah nasib penumpang-penumpang MH370 masa tu.. Tiada siapa yang tahu.. Tapi ada orang inform kalau MAS time camtu para penumpang sedang dihidangkan makanan dan para flight attendance sedang busy melayan penumpang. Jadi apa-apa yang berlaku pun masa tu dorang takkan sedar. Especially waktu malam tak nampak langsung apa-apa di luar sebab sangat gelap. Nak agak flight terbang tinggi ke rendah pun tak dapat agak.



Apa-apa pun mari kita sama-sama doakan MH370 ditemui dan semuanya berada dalam keadaan selamat. Mungkin orang yang tak pernah naik flight kurang rasa feel sebagai penumpang dalam flight. Tapi saya walaupun tak kerap naik flight, saya dapat rasa kerisauan, kebimbangan, kegelisahan yang Tuhan saja tahu if apa-apa berlaku dalam flight tu. Memang takkan ada sesiapa yang dapat selamatkan kita.:( Bayangkan pilot dihadapan sana yang mempunyai tanggunjawab yang sangat berat to ensure semua penumpang dibawa dengan selamat. Dalam kepekatan malam, memang takkan nampak apa-apa di hadapan. If ada hijacker ke, enjin tak berfungsi ke, terlanggar flight lain ke, tugas pilot memang sangat heavy. Memang salute pada mereka sebab bukan mudah nak bawa satu kenderaan yang sangat besar penuh dengan muatan dan nyawa manusia dalam keadaan selamat. So, if nak naik flight banyak-banyakkan berdoa supaya selamat sampai ke destinasi. Mungkin kejadian ini adalah peringatan dari Allah swt supaya banyakkan berdoa kepadaNya.




Misya : Berharap pramugari beragama Islam memakai pakaian yang lebih menutup aurat.

9 comments :

arina abdul rahman said... Reply To This Comment

Ya Allah.. saya pun setiap kali naik flight mesti akan rasa macam2... tapi ita as org islam setiap kali naik kenderaan apa pun jgn lupa baca doa naik kenderaan :)

Khairul Bariah said... Reply To This Comment

tu lah misya, saya sendiri kalau naik flight mesti terkumat kamit baca doa..risau apa2 jadi.
sampai hari ni MH370 belum dapat dikesan, hanya mampu berdoa yang terbaik utk mereka....

Nieyl said... Reply To This Comment

Singgah pagi..

teringat kali ke-2 naik flight walaupun bukan ke luar negara..
dalam negara aje..walaupun x lame..tapi org kata takut tuh tetap ade...
ketika kapal terlanggar awan..mase tuh bergegar la ckit tapi dlm ati tuh..mengucap panjang...berdoa semoga selamat sampai :)

Farah Waheda Wahid said... Reply To This Comment

marilah kita sama2 berdoa buat MH370

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@arina abdul rahman Betul.. naik apa-apa pun kena sentiasa ingat Allah..:)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Khairul Bariah Tula.. Moga semuanya selamat..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Nieyl Huhu gegar sikit je memang takut. ni dah ada kes camni taktahu la perasaan if naik flight lagi lepas ni.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Farah Waheda Wahid Ameen..:)

Mar Mansor said... Reply To This Comment

banyak betul pengalaman Misya naik flight ni..semoga semua pihak y terlibat terus diberi kekuatan utk mencari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...