expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 25, 2014

Video : MH370 berakhir di Lautan Hindi yang menyeramkan?

Salam semua.. Selasa yang agak suram... Malam tadi our PM, Dato' Seri Najib mengumumkan flight MH370 yang hilang dari radar masa nak ke Beijing mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi. Saya dan suami tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan mengakhiri penerbangan itu? Terhempas ke? Mendarat di mana-mana ke? Entahlah...


But lepas on facebook, rata-rata sudah update status takziah kepada keluarga penumpang dan krew penerbangan MH370 serta bacaan Al-Fatihah untuk para penumpang dan anak kapal. Sebak juga di hati ini. Mereka telah benar-benar pergi buat selama-lamanya... :(


Pelbagai persoalan timbul.. Bagaimanakah flight MH370 boleh beralih arah bertentangan daripada laluan asalnya tanpa berkomunikasi dengan manusia di daratan? Wallahualam.. Pelbagai pendapat dikeluarkan oleh pakar mahupun bukan pakar. Apa-apa pun semuanya kuasa Allah swt yang menentukan. Tapi apa yang berlaku pasti ada sebab dan caranya. Lautan Hindi lokasi terakhir MH370 dikesan... Apakah yang telah berlaku sebenarnya?


Beginilah keadaan Laut Hindi Selatan yang penuh dengan gelora dan ombak besar! SubhanaAllah... Bagaimanakah mereka boleh terselamat dalam keadaan sebegini.. Seriously sangat menakutkan lagi menyeramkan...=(



Al-Fatihah untuk semua mangsa MH370.... Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang telah terjadi kepada kalian..

Misya : Takut mandi laut.

1 comment :

Bunga_Ibrahim14 said... Reply To This Comment

salam..awak ditag! http://eppy25.blogspot.com/2014/03/giveaway-owndesignbook-by.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...