expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, April 16, 2014

Fly to Penang.. 5 hari sebelum MH370 hilang..

Salam.. Hingga kini tiada khabar berita tentang kehilangan flight MH370 yang hilang 8 Mac 2014 yang lalu. Macam-macam tekaan, telahan, spekulasi, kontroversi dan sebagainya sampai last-last ramai yang jadi fedup untuk tahu lebih lanjut pasal berita tu. Apa-apa pun kita mesti jangan lupa ahli keluarga krew dan anak kapal yang terlibat. Dorang masih lagi bersedih dan tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi dengan flight MH370 tu. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

So, apa saya nak story ni bukan pasal MH370 tapi story tentang 5 hari sebelum MH370 hilang, saya juga menaiki penerbangan MAS ke Pulau Pinang dari KLIA. Atas urusan tugas rasmi, dapat juga naik MAS setelah sekian lama tak naik MAS.Excited la juga. Huhu..

Pengalaman naik MAS kali ni kurang memuaskan hati. Tak tahulah kenapa. Dari segi layanan semua ok. Maybe flight tu kecil so kurang selesa sedikit dari segi ruang setiap penumpang. Plus masa mendarat di airport, perghhh punyalah kasar flight tu landing. Maybe landasan dia pendek so, pilot kena cepat-cepat landing dan tarik brek dengan pantas untuk perlahankan flight. Takut tau!

Takde apa sangat nak diceritakan actually. Huhu.

After one day di Penang, tiba masa untuk pulang ke KL semula.. Terlalu awal saya sampai di airport maka saya pun jalan-jalan lah dulu di sekitarnya.

Singgah sat makan kat sini akibat perut berkeroncong. Kot-kot ada benda best dari Penang yang boleh dinikmati..

Tak ramai orang.. Maybe sebab bukan time orang ramai datang ke airport kot.

Terpikat dengan mee rebus... Rasanya not bad la.. Tapi macam ada yang kureng sedikit. Untuk kenyangkan perut bolehla.. Huhu..

Dengan milo tarik..

Ready to eat... Muka kebosanan sebenarnya mahu balik cepat. Huhu. 

1st time naik flight demi tugas... Lepas ni akan datang ke sini lagi.. Tak sangka 5 hari selepas trip saya ni, MH370 hilang! Flight MAS pulak tuh! Sepanjang malam saya tak boleh tidur mengenangkannya sebab nasib baiklah bukan flight yang saya naik 5 hari sebelum tu alami kejadian sebegini. Syukur Alhamdulillah.. Hope setiap perjalanan saya tak kira lah naik flight ke, kereta ke, bas ke, keretapi ke sentiasa selamat dan dipermudahkan. Amin..


Misya : Suka naik flight.

1 comment :

Fizi Zaidi said... Reply To This Comment

syukur,..kadang bila tgk vidoe plane yang landing takut pulak nak fly..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...